::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, June 15, 2014

::SEPINTAS LALU...PERJALANAN KEHIDUPANKU::


Rasa macam dah tak tahu macam mana nak start menulis.
Kalau dulu, ada gap 2jam antara class pon sempat je nak create 1 post.

Tapi, masuk je final year,
perasaan malas dan perasan busy tu makin mejadi-jadi plak.. hehe..

Nak buat ringkasan dari awal 2012 hingga sekarang.

January 2012, habis final exam untuk sem5. Final of the final. Sebab sem6 internship, dah takde final exam. tp ada something yg buatkan ketaq lutut bila tiap kali teringat. Thesis + VIVA...bukan kereta viva ye.. sapa2 yg taktahu, VIVA tu kita kena pronounce as "vaiva". =p

Settle je final exam, sibuk kemas barang + pindah rumah.
Hooiiiii orang kampung, kami dah taknak jadi org MELAKA.
Kami nak jadi org KEY ELL uolss!! *tampar pipi sendiri*

Internship di KL smpai bulan Jun, pastu balik semula Melaka sat.
Settlekan benda alah yg ketaqkan lutut tu la...
Abis je VIVA, rasa macam nak melompat tinggi-tinggi dr tingkat 7 tu sampai la ke bilik pengarah kt tingkat 16.

Dan kemudiannnn.....
Say bye2 to student life, say hye2 to working life.
Kenalah start mencari kerja katanyaaaa....
Tapi disebabkan dah nak masuk bulan Ramadhan, misi mencari kerja perlu di'pause' sehingga Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba... *pomm..pomm...pommm....bunyi mercun*

September 2012,

Start keje as claim clerk kt insurance company.
Keje contract, daily basis..
suka hati ponteng keje kalo malas.
heee... bukan malas, tapi p interview kt company lain.
Sampai Dec 2012 je..malas nak sambung. tak hingin keje kt citu.

Pastu Feb 2013, keje as Accounts Exec kt Bumi Flow,
tp keje sebulan, anta notice resign...
sebab apa?? nanti kita cite...

Lepastuuuu?????


Lepastu dah malas nak apply keje...  *oppsssss*

Sebab apa, sebab dah malas nak g interview..
Berpuluh-puluh company dah pergi sampai berpeluh-peluh.

Kalo bank, dah attend interview Maybank, Public Bank, RHB, Hong Leong.
Tapi kami tak minat buat sales. selamat tinggal bank. *bengg...beng...benggg*


Seriously, menag dah malas apply keje dah pastu.
Mengharap SPA la plak panggil.
Alhamdulillah, memang ada pon SPA panggil..
Nanti lain siaran kita cerita.. :D

dan tiba-tibaaaa............
sekarang dah setengah tahun 2014.
apa jadi sekarang????

.............to be continued.........................
*bajet nak buat saspen*


ehhh... lupa dah gtaw... kami dah graduate on 2nd December 2012... ;)


::SEMOGA IA KEMBALI BERNYAWA SEPERTI DAHULU::

Bismillahirrahmanirrahim....


Fuhhhh..... fuhhhhhh....
*tiup habuk*


Kesian encik ilhamdihatiku ni..
Dah lama dibiarkan kesepian, keseorangan..
Mungkin sedang menanti ajal datang menjemput.
*hahaha...penyakit hiperbola dah datang*


Sebenarnya.....
Bukan tak ingat.
Bukan tak peduli.
Bukan tak sayang.


Abes je zaman degree,
Laptop mula menunjukkan tanda-tanda kena masuk ICU.
Berukband pula dah pandai bg reminder quota are limited.
Mana ntah pergi unlimited promo dia tu.
Mungkin sebab dah makin ramai menjadi penjaga berukband. *ok, fikir positif*


Lagipun sebenarnya bila kita kena keluar dari student life, (taknak, tapi terpaksa)
Masuk ke working life, there's a lotttttt of changes that we need to adapt.




Kepada kawan2 blogger dah almost 3years tak contact, no blogwalking, no comments, no advices, no sharing knowledge and experiences...sorry sgt2.. sape yg terbaca post ni, let's say hi again... :)


insyaAllah, akan meneruskan semula hobi menjadi blogger kerana terlalu banyak benda yg ingin dikongsi, dinukilankna sebagai pengajaran dan kenangan...


Welcome Back Comments






welcome back, encik ilhamdihatiku... :*

Saturday, March 30, 2013

::THE VERY FIRST STEP::




mulakan langkah pertama.... :)

Susah kan nak berubah?
Tak tahu nak mulakan dari mana?
Tak perlu risau, tak perlu bimbang, tak perlu susah hati... 


Ingat fiman Allah SWT,
"Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."
[2:185]


Nabi Muhammad SAW juga bersabda,
Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan). 
[HR al Bukhari:39] 


Walaupun langkah pertama itu sangat susah,
Tapi kita dah buktikan yang kita telah pun berjaya..

 *eh, tadi suruh mulakan langkah pertama, tiba-tiba cakap dah berjaya pulak*

Sabar abang, sabar kakak, sabar adik..
Haaa, lupa lah tu..
jom imbas semula... 

Masa zaman comel-comel dulu tu..
(sekarang pun comel je lg..)
Ingat lagi masa kita mula-mula belajar berjalan?
Ingat lagi berapa kali kita jatuh?
Susah ke senang nak belajar berjalan tu?
Tapi akhirnya kita boleh berjalan tak?
Sebelum boleh berjalan tu, kita boleh berlari ke?

Nampak?
Dari kecik lagi kita dah berani sahut cabaran,
Tak pernah ada pun perasaan putus asa, menyerah kalah.
Takkan dah besar ni jadi penakut pulak?
Dan kita belajar tu, kena la ikut step kan..
Dari meniarap, merangkak, berdiri, berjalan,
Boleh berlumba lari dengan anak jiran sebelah,
Sampailah jadi johan merentas desa...ehhh?


*kembali ke tajuk asal*

Samalah jugak dengan kita nak berubah ni,
Memang susah lah kalau kita nak ubah hidup kita 100%,
Sebab banyak benda yang dah jadi habit, jadi darah daging..

Tapi jangan lupa yang life is an ongoing process
Berubah pun ada processnya..

Adanya niat nak berubah tu pun dah dapat pahala,
Inikan pula bila kita mula melangkah ke arah perubahan..
Semoga pahala terus-terusan bersama langkah perubahan kita.. :)


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka


pilihlah sendiri nak jadi orang yg untung, atau orang yg rugi, atau orang yg celaka...

*nangis laju2... :'(*

Masih tak tahu nak melangkah dari mana?

follow this step:

1. on FB, DELETE GAMBA2 yg tak proper, DELETE POST2 mengarut
2. kurangkan layan LAGU JIWANG, lebihkan dengar CERAMAH AGAMA
3. kurangkan baca NOVEL CINTAN, lebihkan baca BUKU MOTIVASI
4. kurangkan baca BAHAN GOSIP, lebihkan baca AL-QURAN
5. kurangkan berFB, berTWITTER, lebihkan berMA'THURAT 
6.kurangkan langkah ke SHOPPING MALL, lebihkan langkah ke MASJID,SURAU
7. bukak wardrobe, check balik baju semua..asingkan UNAPPROPRIATE CLOTHES 
8.kurangkan urusan dengan yg BUKAN MAHRAM, lebihkan masa untuk FAMILY
9.rajin-rajinkan diri, lapang-lapangkan masa berBULATAN GEMBIRA 
10.pergi jalan TAR, beli stokin, hand socks, tudung labuh
(beli, pastu jangan simpan je)



walau kita punya perancangan, namun perancangan Allah jauh lebih indah... :)


notakaki:
dari mana pun kita nak melangkah, tanya diri..
Allah redha ke apa yang kita buat ni?


 

Sunday, March 24, 2013

::WORDLESS MOTIVATION::

always bear in mind...


then, aim ur goal!


get rid unnesessary things!!


from hardest, it will become, harder, hard..
then, it will continuously become easy, easier, and easiest... :)


percaya pada diri, dengan azam dan keyakinan..
jom menuju puncak dunia, sambil mengejar jannah!! 



::MASANYA SEMAKIN SUNTUK::



AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!

Ayat itu dah 150 juta kali diulang-ulang
Tapi dia masih lagi belum memulakan langkah pertama


BELUM BERSEDIA untuk berubah 100%?
TAKUT dengan penerimaan masyarakat selepas ini?
TAK PASTI sama ada betul ke tak keputusan yang dibuat?


change for good ain't a crime...berapa kali nak gtaw??

Nak tunggu apa lagi?
Bukan kita tak tahu, 
Esok pasti ada, tapi ia belum pasti untuk kita..

"Aku nak pakai tudung labuh, nak pakai stokin, nak pakai baju labuh..
Tapi nanti mesti orang cakap aku nak jadi ustazah.."
"Aku dah taknak keluar tengok wayang, pergi karaoke, lepak ramai-ramai dengan lelaki..
Tapi nanti mesti diorang cakap aku ketinggalan zaman..
Macam mana kalau diorang dah taknak kawan dengan aku?.."

"Aku dah taknak message-message, calling-calling dengan si dia..
Bukan sebab aku dah bosan dengan dia, tapi aku taknak kami terus-terusan berdosa..
Tapi macam mana aku nak jelaskan kat dia? Dia boleh terima ke?.."


Cukup-cukuplah tu bermonolog sendirian..

mulakan langkah pertama...HARI INI!!
Awak takkan ke mana-mana selagi kaki tu tak mula melangkah

UNTUK BERUBAH, MEMANG SUSAH
TAPI, IA BUKAN MUSTAHIL!!


nak tunggu apa lagi? dah takda masa dah ni... :'(

Takut dengan penerimaan masyarakat sekeliling?
Cuba fikir semula,
Mana lebih penting...
Pandangan Allah terhadap kita atau pandangan manusia terhadap kita?



notakaki:
dengan lafaz bismillah, aku mulakan langkah pertama..
moga Allah redha... :'(