::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Saturday, October 8, 2011

:: PERFUME TU WANGI?? ....::




BVLGARI
GUCCI
CALVIN KLEIN
HUGO
DOLCE & GABBANA
CELINE DION

Sebut apa sahaja nama perfume itu,
Dengan yakin dia memberikan komen,

“Perfume tu mahal, tapi sangat wangi”

“Perfume tu bau dia tahan lama, nice”

“Perfume tu ok la, soft..sesuai dengan awak”

Dah boleh ambil alih tugas promoter dah ni.. J

Semua orang nak wangi
Semua orang suka wangi

perfume kat LABUAN duty free.. :)


Sanggup berhabis beratus-ratus
Sebab nak beli perfume yang paling wangi
Perfume yang baunya tahan berjam-jam lamanya,

Mungkin puas hati bila dengar suara-suara halus berkata begini,

“Perfume apa dia pakai tu, wangi gile!”
*kesian, buat apa wangi tapi gila..oppsss*

“Semerbak satu ofis bila dia lalu”

Dia tersenyum senang dengan kata-kata itu,
Lagi-lagi kalau ayat itu keluar dari mulut sang jejaka,
Hati mula berasa bangga,

Astaghfirullah

Betul ke ni rasa bangga?
BANGGA SEBAB DAPAT DOSA?

Kenapa pulak dapat dosa?
Kan Allah suka kalau kita berhias, berpakaian cantik, kemas, wangi…

Betul,
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

Firman Allah SWT,
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan lah kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
[al Aa’raf:31]

Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas

Melampau lah tu kan kalau harga perfume sampai beratus-ratus
Melampau jugak la kan kalau sampai satu ofis boleh bau perfume kita
Melampau tak kalau sebulan sebotol perfume habis?

Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi atau haruman

So, kena buang lah minyak wangi yang ada semua ni?
Ehh, jangan…kan dah beratus-ratus duit habis..

Tak salah kalau kita nak pakai perfume,
Pakailah wangi-wangi masa kita ada kat dalam rumah..

Buat apa nak pakai perfume dalam rumah?
Membazir je…

Ha, dah tahu membazir kenapa sanggup berhabis beli perfume?

Pakailah wangi-wangi dalam rumah
Kan ada sang suami…*eheemmmmmmmm….*
(ok, ini in advance..;p)

Tiba-tiba terfikir,
Semua orang suka wangi,
Kita wangi sebab pakai minyak wangi,

Mujur dosa itu tidak berbau,
Kalaulah ia berbau, adakah orang yang hendak mendekati diriku ini?

Jom pastikan diri kita wangi dan terus mewangi dengan menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah… J




Sunday, September 11, 2011

:: MUDA LAGI LA...::



Bila status Y!M jadi macam ni..


Status facebook pula begini..

Dan ini status skype...

APAKAH MAKNANYA??
*senang nye soalan..:p *


tiba-tiba popup window keluar...

+ "gatai la ni ye..."

- "akak!!!! mereka gembira..baru 21tahun dah kahwin..tak aci.. =,='

+ "lar, jodoh dah sampai, nak buat macam mana.."

- "tapi sama je macam org, tgah belajar lagi........"

+ "elok lah tu nikah..kan tu yang dituntut Allah..
mengelakkan berlaku zina berleluasa..

- " tapi.......

+ " yati pun nak kahwin boleh, kalau dah ada duit, sedia mental dan fizikal, boleh...
janji kena kuat, nikah kahwin bukan perkara main-main..."

- "takde duit pun boleh..nikah khitbah boleh,kn? heeeee........."

+ "boleh je..nak ke? nanti akak suruh abang gtaw mak...."

....................................................................................

alahai akak iparku sorang ni pun, senangnya...
tapi kalaulah semua orang berfikir macam ni,

YESSSS!!! BOLEH KAHWIN TAHUN NI GAK!!

Kalau dulu bukan main lagi,
Selagi belum ada kerja tetap,
Selagi belum ada kereta sendiri,
Tak nak kahwin!

Tapi sekarang, macam tak menyempat dah..

Sebabnya...
Saya jeles dengan mereka..
Si jejaka ada makwe,
Si gadis ada pakwe...
( pakwe = pak tua, makwe= mak tua??)

Mereka keluar makan bersama,
Mereka 'study grup' bersama,
Mereka berjalan bersama,
Mereka berpimpin tangan,
(nampak macam sweet sangat,kn)
Mereka ada si dia untuk berkongsi masalah,
Mereka ada si dia untuk berkongsi ketawa,
Mereka ada si dia untuk berkongsi air mata..

Teringin nak rasa apa yang mereka rasa..
Tapi , biarlah dengan si dia yang halal bagiku.. :)

Bukan tiada Allah untuk meminta pertolongan,
Bukan tiada ibu bapa untuk meluah isi hati,
Bukan tiada rakan-rakan untuk berkongsi suka dan duka,
Bukan tiada abang dan akak untuk berjalan bersama..

Tapi
Saya
Perempuan
Normal
Perasaan
Hadir
Bukan
Dipaksa


tiba-tiba lagi...
popup windows keluar semula....


- "tapi kan kak, dyer abis blajar lambat lagi la...
org sambung masters dulu eh.. nanti kami sama2 habis..."

+ "sapa cakap tak boleh kahwin masa belajar??....."

...............................................................................................

persoalannya: siapakah dyer?
*biarlah menjadi rahsia antara kami sahaja...tettt......*

buat mereka-mereka yang seusia saya,
yang telah selamat diijabqabulkan,
selamat membina Baitul Muslim,
saya bangga dengan anda,
Barakallahulakuma wabaraka aliakuma..
Wajama'a bainakuma filkhair.. :)
Doakan kami-kami dapat mengikut jejak langkah anda.. ;)

notakaki:saya memang muda lagi...saja nk kaitkan dgn tajuk...heee~
notakaki2:yati tu nama manjaku among my family members..*manjalah sgt.. :p *


p/s: esok start sem baru..so esok lah baru kembali semula hidup sebagai pelajar..:)



::100511-090911::



100511
melaka -----> endau
.
.
.
.
.
. 4bulan mencari erti hidup
.
.
.
.
.
090911
endau -----> melaka


4bulan,
ada yang cakap, sekejap je tu..
ada yang cakap, lamanyaaa..

bergantung bagaimana kita gunakan masa 4bulan tu..

betul, sekejap..
bila banyak sangat urusan penting yang kita kena selesaikan

betul juga, lama sangat 4bulan tu..
bila kita tak tahu nak isi apa dalam 4bulan tu..

walaupun masa mula-mula sangat menentang cuti sem yang selalunya 2bulan aje tiba-tiba jadi 4bulan,
tapi lepas lalui sendiri masa 4bulan tu..
aku bersyukur..
*org dah cakap, let it be, just follow the flow, DEGIL.. :p*

ilmu bukan boleh dikutip dalam kelas sahaja,
bukan boleh dikutip semasa bergelar pelajar sahaja,
tapi ilmu Allah itu ada dimana-mana,
boleh didapati bila-bila masa sahaja..

bercuti selama 4bulan,
hanya berehat dari menjadi pelajar di uni,
yang lain-lain, still go on..
malah semakin bertambah..

belajar menjadi seorang hamba Allah yang patuh kepadaNya,
cuba untuk mematuhi segala perintah, meninggalkan segala larangan
ok, belum berjaya..dan takkan berhenti selagi tak berjaya

belajar menjadi seorang anak yang solehah,
mak, ayah..maafkan atie,
masih belum mampu menjadi anak yang terbaik..

belajar menjadi adik dan kakak yang memahami,
yes, family first..
tapi kalau ikut law, siblings pun kita tak boleh percaya 100%.. camno?

belajar menjadi seorang fasilitator yang baik.. *ehemm..*
pertama kali, pastilah jauh dari kesempurnaan,
cuti lain kali boleh try lagi.. :)

belajar menjadi seorang pekerja yang komited..
komited ke kalau asyik maen fb? :p

belajar menjdi seorang rakan, sahabat dan teman yang.............
dunno the exact word to put..

belajar menjadi seorang isteri mithali...*ok, tipu+gatai+perasan*
jauh panggang dari api lagi nak jadi isteri orang!


teringat pesanan cikgu normaliah,
orang yang sentiasa sibuk akan lebih menghargai masa..

tapi...
ramai orang yang tak sibuk mana pun,
tapi buat-buat sibuk, perasan sibuk..
sampai nak baca alQuran Kareem sehelai sehari pun xsempat..



kalau dari kecik sampai sekarang,
kalau baca sehari sehelai,
agak-agak dah berapa kali khatam ek?



padahal Allah SWT dah ingatkan,
If We had sent down this Qur'an upon a mountain, you would have seen it humbled and coming apart from fear of Allah . And these examples We present to the people that perhaps they will give thought. [59:21]



notakaki:
azam sem baru.. *sem baru pun perlu ada azam ke?*
baca alQuran sekurang-kurangnya a page a day..
bukan sekadar membaca, cuba untuk memahami.. :)



Wednesday, September 7, 2011

::SOMEBODY THAT I USED TO KNOW::






buat kamu:
terima kasih atas warna-warna yang telah kau calitkan dalam hidupku
biarpun sekejap, warna itu menceriakan..:)