::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, January 17, 2013

:: JOM DUDUK DALAM KASUT::




melihat telatah si kecil yang baru dapat kaki, 
berdiri, berjalan, jatuh...
berdiri semula, berjalan lagi, jatuh lagi...

tiba-tiba mata si kecil bersinar,
senyuman mula terukir diwajah yang comel itu..

oh, nampak 'high heels' ibunya..

pantas si kecil itu mencapai "high heels' itu,
menyarungkan kaki kanan ke kasut kiri,
kasut kiri ke kaki kanan..
dan terus memulakan langkah..

baru menapak beberapa langkah,
si kecil dah tersungkur di atas lantai...

*si kecil yang suci itu, buat apa sekalipun, tetap kelihatan comel*

Pernah terfikir kenapa si kecil tadi boleh tersungkur? 

"kasut tu besar sangat"
"dia pakai kasut terbalik"
" budak tu mana reti pakai high heels"

kita tahu kasut tu tak sesuai, tidak selesa untuk si kecil


awak yg bapak orang tu, tak yah la nak try kasut baby.. :p

the same thing goes pada kita si BESAR semua

kalau kita nak pinjam kasut kawan,
mesti pinjam pada kawan yg sesaiz dengan kita,

sebab kita nakkan keselesaan,
nak mudahkan pergerakan,

taknak tersungkur depan orang ramai,
taknak kasut tertinggal di belakang masa kita tengah berlari.

kasut yang sama,
bila dipakai si pemiliknya, mungkin sangat selesa..
tapi bila dipakai oleh orang lain, mungkin langsung tidak selesa.


letakkan diri anda dalam kasut mereka (baca: put yourself in someone's shoes)

nak memahami perasaan kawan anda?
pinjam kasut mereka, pakai untuk pusing 1 shopping mall
ok, tipu....

letakkan diri anda dalam diri mereka,
sentiasa ingat apa yang kita nampak tak selalunya sama dengan apa yang tersurat

jangan mudah sangat nak judge orang
sebab anda bukan hakim..

**en loqman hakim,
walaupon nama awak hakim, awak pun belum ada hak nak judge org




Saturday, January 5, 2013

::SEKALI-SEKALA, PANDANGLAH KE ATAS::


Nobita berada di atas bangunan.

Sizuka berada di tingkat bawah.

Nobita nak panggil Sizuka, tapi Sizuka tak dengar.

Sizuka pon balik cokelat M&M ke bawah, dengan harapan Sizuka akan tengok ke atas, dari mana cokelat tu jatuh.

Cokelat tu jatuh betul-betul di hadapan Sizuka.

Sizuka cepat-cepat amek, langsung tak mendongak ke atas.


dah bertahun rasenye tak tengok cite doraemon.. =.='


Nobita yang mula rasa geram cepat-cepat amek batu, baling sekuat hati, tepat kena kat kepala Sizuka.

Sizuka mula la sumpah seranah, pandang ke atas nak tengok keje malaun mana yang baling batu tu.


Itulah kehidupan.

Sizuka itulah kita.

Masa Allah baghi nikmat, langsung lupa nak bersyukur pada Allah kat atas sana tu.

Tapi bila Allah turunkan musibah, time tu la kita tak malu nak mohon pertolongan dariNya.

Ehh, betul ke kita macam Sizuka?

*sentap*

Mungkin bukan selalu, tapi memang pernah buat camtu.

Jom semua..muhasabah diri semula.. :)



Thursday, December 27, 2012

::NASIHAT YANG TAK BERGUNA::



2005,
Kat library,

Bro1:     Bro, aku rasa aku nak kahwin la…
Bro2:     Rilexla bro..degree tak habis pon lagi..



2007,
Lepas konvo,

Bro1:     Bro, aku dah grad. Aku rasa aku nak kahwin la…
Bro2:     Rilexla bro.. dah ada degree, carilah keje yg best dulu..


2009,
Lunch hour,

Bro1:     Bro, aku keje dah best. Nak kahwin la..
Bro2:     Dah cukup duit ke nak kahwin? Kahwin bukan murah,bro..


Beberapa tahun kemudian,

Bro2:     Ehh, ko tak kahwin lagi bro? Dah tua kot…
Bro1:     ……………. T_T …………………………….


Got it??
Sometimes, kita tak perlu dengar cakap orang lain pon to make decision…





Wednesday, December 26, 2012

::SIAPA YANG PALING KEJAM??::



Ada tiga orang lelaki. Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.

Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,


“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.

Dan dia berkata

“Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab

“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku”

Tahukah kamu?

Perempuan itu adalah PALESTIN dan SYRIA.

Lelaki pertama ialah Israel.

Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat.

Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan melihat!



 

Tuesday, December 25, 2012

::ALMOST A YEAR::


Terasa seperti baru 2bulan menyepikan diri dari menconteng, mengarut, meluah perasaan, mengumpat orang, melayan jiwang dan segala yang sewaktu dengannya disini...

Tapi bila dilihat semula, post terakhir bertarikh 15 Februari...

Dan hari ini dah 25 Disember..

Ohh...rupa-rupanya dah lebih 10bulan terbiar sepi..

Alhamdulillah...walaupun hampir setahun tanpa sebarang updates, masih ada yang sudi berkunjung

Masih ada yang sudi membaca..masih ada yang sudi memberikan komen..


perjalanan aku, kau, dia dan kamu....


Semoga idea masih lagi mencurah-curah ke ladang gandum..supaya inche ilhamdihatiku ini tidak lagi sunyi sepi....