::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Monday, January 23, 2012

::DAH SIAP KE??::


Lokasi: D3.13, Blok Al Khawarizmi, Kolej Mencari Jodoh
Masa: Selepas Zohor, sebelum Asar..

Siti A begitu khusyuk dan tekun membaca novel terbaru yang dibelinya, 
Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada...

tiba-tiba......

I, I love you like a love song, baby..
I, I love you like a love song, baby..
I, I love you like a love song, baby..
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
(ini adalah ringtone belekberi Siti A)

incoming call.....
Nurul B

+ Assalamulaikum....Siti, jom kita keluar.

- Waalaikumussalam..Nak pergi mana? 

+ Jalan-jalan pusing kolej, lepak tasik bagi ikan makan jom.. Bosan la petang-petang ni.

- Ohh, boleh gak. Bila nak pergi?

+ Siap-siaplah dulu... Lagi 10minit Nurul sampai..

- OK.... 

10minit kemudian........

Siti A masih meneruskan pembacaannya sehinggalah pintu biliknya dibuka...

+ Siti, jomlah....

- Eh, dah sampai? Sorry2..jap eh, nak get ready..

+ Astaghfirullahalazim...tak siap lagi? 


*************************************************************************

Senario ini pernah terjadi pada anda semua?
Kebanyakkan orang mungkin pernahla,kan...

Tak kiralah kita yang lambat bersiap,
Atau kawan kita yang lambat bersiap..

Bila kawan kita dah sampai, barulah kita gopoh-gapah bersiap
Padahal kawan kita dah bagi masa kat kita untuk bersiap
Masa tu lah baru kita nak cari baju, seluar yang sesuai..
Pakai mekap segala bagai....

Walaupun kita lambat, kawan kita sanggup tunggu kita..
Last-last, siap gak kita..
Lawa, cun, cantik, comel...

Tapi.......
Mari bercakap tentang ajal, tentang kematian...


Berapa ramai antara kita..
Yang dah siap, yang dah bersedia..
Untuk berjumpa dengan malaikat Izrail..

Sebab kita semua tahu,
kematian itu adalah perkara yang pasti

Cuma,
Kita tak tahu bila kita akan mati
Bila malaikat Izrail nak datang menjemput  kita..

Yang sihat waalafiat,
Mereka rasa susah untuk mereka tiba-tiba mati

Yang muda belia,
Mereka rasa bila dah tua nanti baru mereka akan mati

Tapi, pernah ke kita fikirkan kemungkinan yang kita akan ditimpa kecelakaan,
eksiden, terkena penyakit kronik..ataupun apa jua malapetaka
ketika kita masih lagi berusia dua puluhan..
malahan belasan tahun..

TIADA SIAPA YANG BOLEH CONFIRMKAN 
DIA MASIH AKAN HIDUP PADA ESOK HARI

Bila malaikat Izrail dah sampai,
Tiada siapa yang boleh menghalang..
Tak sempat pun kita nak mintak penangguhan

Tunggu kejap boleh? Nak bersiap dulu ni..

Jika masa itu kita telahpun bersiap,
Dah cukup amalan untuk jumpa Allah SWT,
Alhamdulillah, mungkin kita boleh tersenyum...

Tapi,
Jika masa itu kita masih terkontang kanting,
Macam mana??

Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya
Bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok..



notakaki:
ini adalah peringatan untuk semua, terutamanya kepada diri sendiri..
marilah kita bersama-sama menghensemkan diri kita, mengcunkan diri kita,
untuk berjumpa dengan Allah SWT..






Wednesday, January 4, 2012

::FINAL OF THE FINAL::

Ya Allah, kami memohon pada-Mu...
berkatilah segala ilmu yang kami pelajari selama ini.
kuatkanlah daya ingatan kami, ya Allah..
jangan Engkau tarik segala ilmu yang kami pelajari di saat kami amat memerlukannya. bantulah , tolonglah kami ya Allah...
Tuhan yang Maha Penyayang lg Maha Pengasih, berikanlah kejayaan kepada kami dalam final exam kami...
hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan. bantu kami menunaikan impian kedua org tua kami...


Amin ya rabbala'lamin.... 

Thursday, December 15, 2011

::AWAK NAK JADI PELANGI SAYA??::


friends are like colors of the rainbow, unique and brilliant alone, but even better together


Jadilah sahabat bagaikan pelangi,
jarang sekali ia hadir,
namun sudah cukup menceriakan hati.



Sahabat yang baik,
hadirnya menenangkan,
perginya tidak membuatkan kita gelisah.
Kerana kita tahu dia pandai menjaga diri dan iman.

“Tidak sempurna iman seseorang, selagi dia tidak menyayangi saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya sendiri.” 


Sayangkah kita pada sahabat?


Kita cakap kita sayang,
tetapi bila kita melihat di depan mata mereka melakukan kesalahan,
kita akan teragak-agak untuk menegur.

Takut-takut kalau ditegur nanti akan ada yang terasa hati.
Tetapi kita patut lebih takut apabila nanti tidak bertemu di syurga.
Kalau boleh ke syurga bersama-sama.
Sahabat itu susah dan senangnya bersama.
Sahabat itu berlapar bersama.
Sahabat itu berpanas berhujan bersama.
Sayangilah sahabat kerana Allah.
Insya Allah, sahabat juga akan sayangkan kamu.


Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous 
(Az-Zukhruf, 43:67)




saat hati kelam mencari jawapan,
carilah ia di dalam Kalam Allah..  
alQuran itu panduan hidup yang lengkap, 
memang aku tak dapat menafikannya lagi..




Tuesday, December 13, 2011

:: AKU YANG TETAP AKU::



Aku selalu menegur, tapi begitu pantang ditegur...

Aku selalu menasihati, tapi begitu payah untuk dinasihati...


Aku banyak berdosa, tapi jarang benar mengingatkan dosa...


Aku banyak melakukan maksiat, tapi masih diriku suka pada kemaksiatan...


Aku bencikan penipu, tapi aku juga adalah seorang penipu...



Aku bencikan musuh Islam, tapi aku jugalah yang merosakkan Islam...

Aku acapkali menangis, tapi tangisanku itu hanyalah kepura-puraan...


Aku acapkali melaungkan kebaikan, tapi aku sendiri tidak mengikutinya...


Aku mungkin nampak mulia di hadapan mata manusia,

tapi akulah yang paling hina di hadapan Allah...


Ya Allah, ampunkan aku... :'(


ku diam seribu bahasa
mengenang kembali hakikat diri ini dijadikan
hidup hanya kerana mahu mendapat cinta si dia?
hidup hanya kerana mahu menggapai cita-cita?
hidup hanya kerana mahu mengejar dunia?


Ya Rabbi, 
jangan kau hukum aku saat aku terlupa,
saat aku lalai, leka dengan mainan duniawi


"Tidak aku jadikan jin dan juga manusia melainkan untuk beribadah kepadaku" 
(az-Zariyat:56)



wahai hati, ingatlah ini.....
ISTIQAMAH...
easy, no..possible, yes.. :)


Friday, December 9, 2011

::TAK MAMPU JADI PADI, JANGAN JADI LALANG::



si anak:     banyaknya lalang kat sini..mak, kenapa diorang biarkan tanah ni terbiar?

si emak:    mana lalang pulak...itukan padi..

si anak:     ohhh...padi ke?patutlah banyak...tp takkan tanam padi sampai tepi jalan?

si emak:    dalam petak sawah sana, memang padi..tepi jalan ni lalang...

si anak:     ye ke? same jee..

si emak:    .................


*inilah dialog antara si anak dan si emak beberapa tahun dahulu...
siapakah si emak? siapakah si anak? 

yang pastinya puan emak adalah seorang wanita yang bertanggungjawab dan amat penyayang 
manakala si anak pastilah budak kecik perasan comel yang tak reti bezakan padi dan lalang.. =.='

the rest is hostory...

********************************************************


seorang budak kecik perasan comel tu
mungkin sebenarnya mewakili semua rakan seusianya yang dua kali lima dengannya, 
tak tahu nak bezakan padi dan lalang..
takpelah budak kecik tak kenal mana padi, mana lalang..
banyak masa lagi boleh belajar..
tapi kalau yang dah panjang berjela pun tak reti nak beza?

nak salahkan siapa?
takkan nak salahkan ibu mengandung..

takpe..takpe..nanti kita boleh buat lawatan ke sawah padi.. :D

tapi siapa tak pernah dengar, nampak, baca, dan pape yg seangkatan dengannya,

Follow the paddy's disposition, the fleshier it gets the lower it bows down
ayat dalam gambar ni, sila jangan mengaku anda orang Melayu... =p

dari sejak zaman Tok Kadok dulu lagi, 
nenek moyang kita pesan...
ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
tapi disebabkan oleh nenek moyang dah meninggal dunia,
dengan pesanan2 dia kita kebumikan... =.='

memang susahla kan nak ikut resmi padi, 
nak ikut macam mana, kenal pun tak!

almaklumlah, tak kenal maka tak cinta,kan...

tapi kan..tapi kan...
jadi padi mesti best,
jadi buruan orang...

terutamanya orang-orang berperut Melayu
yang rasa macam nak mati kalau tak makan nasik sehari
walaupun dah melantak 3bijik burger Spicy Chicken McDeluxe...

memang orang tak makan padi, 
tapi ce tanya,

nasi oh nasi dari mana engkau datang?
(sila nyanyi ikut lagu BangauOhBangau)

tak kisahlah kalau tak boleh ikut resmi padi,
mungkin lepas buat lawatan ke sawah padi nanti, 
baru boleh ikut...baru boleh amalkan..

tapi, sekurang-kurangnya..
kalau tak mampu nak jadi padi,
buat apa nak jadi lalang? 

tahu tak lalang tu tak berguna?

lalang tu sanggup biarkan diri dia ditiup angin
kiri,kanan,kiri,kanan,belakang,depan..
bila angin dah mengganas, 
rebah menyembah bumi..

lalang tu takkan tumbuh kat rumah-rumah yang penghuninya sedang beriang ria
lalang takkan tumbuh kat padang sekolah yang tiap-tiap hari kena pijak dengan budak sekolah yang perasan atlet negara..

lalang tu...
tahu tak lalang tu tumbuh kat kawasan rumah tinggal
kat kawasan yang orang tak pernah pijak...


tapi, keputusan ditangan kau,
nak jadi padi, nak jadi lalang...
yang penting jangan jadi belalang..





notakaki:
aku manusia, bukan robot yang tiada perasaan..
maaf kau terasa, aku lagi terasa..