::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Saturday, March 30, 2013

::THE VERY FIRST STEP::




mulakan langkah pertama.... :)

Susah kan nak berubah?
Tak tahu nak mulakan dari mana?
Tak perlu risau, tak perlu bimbang, tak perlu susah hati... 


Ingat fiman Allah SWT,
"Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."
[2:185]


Nabi Muhammad SAW juga bersabda,
Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan). 
[HR al Bukhari:39] 


Walaupun langkah pertama itu sangat susah,
Tapi kita dah buktikan yang kita telah pun berjaya..

 *eh, tadi suruh mulakan langkah pertama, tiba-tiba cakap dah berjaya pulak*

Sabar abang, sabar kakak, sabar adik..
Haaa, lupa lah tu..
jom imbas semula... 

Masa zaman comel-comel dulu tu..
(sekarang pun comel je lg..)
Ingat lagi masa kita mula-mula belajar berjalan?
Ingat lagi berapa kali kita jatuh?
Susah ke senang nak belajar berjalan tu?
Tapi akhirnya kita boleh berjalan tak?
Sebelum boleh berjalan tu, kita boleh berlari ke?

Nampak?
Dari kecik lagi kita dah berani sahut cabaran,
Tak pernah ada pun perasaan putus asa, menyerah kalah.
Takkan dah besar ni jadi penakut pulak?
Dan kita belajar tu, kena la ikut step kan..
Dari meniarap, merangkak, berdiri, berjalan,
Boleh berlumba lari dengan anak jiran sebelah,
Sampailah jadi johan merentas desa...ehhh?


*kembali ke tajuk asal*

Samalah jugak dengan kita nak berubah ni,
Memang susah lah kalau kita nak ubah hidup kita 100%,
Sebab banyak benda yang dah jadi habit, jadi darah daging..

Tapi jangan lupa yang life is an ongoing process
Berubah pun ada processnya..

Adanya niat nak berubah tu pun dah dapat pahala,
Inikan pula bila kita mula melangkah ke arah perubahan..
Semoga pahala terus-terusan bersama langkah perubahan kita.. :)


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka


pilihlah sendiri nak jadi orang yg untung, atau orang yg rugi, atau orang yg celaka...

*nangis laju2... :'(*

Masih tak tahu nak melangkah dari mana?

follow this step:

1. on FB, DELETE GAMBA2 yg tak proper, DELETE POST2 mengarut
2. kurangkan layan LAGU JIWANG, lebihkan dengar CERAMAH AGAMA
3. kurangkan baca NOVEL CINTAN, lebihkan baca BUKU MOTIVASI
4. kurangkan baca BAHAN GOSIP, lebihkan baca AL-QURAN
5. kurangkan berFB, berTWITTER, lebihkan berMA'THURAT 
6.kurangkan langkah ke SHOPPING MALL, lebihkan langkah ke MASJID,SURAU
7. bukak wardrobe, check balik baju semua..asingkan UNAPPROPRIATE CLOTHES 
8.kurangkan urusan dengan yg BUKAN MAHRAM, lebihkan masa untuk FAMILY
9.rajin-rajinkan diri, lapang-lapangkan masa berBULATAN GEMBIRA 
10.pergi jalan TAR, beli stokin, hand socks, tudung labuh
(beli, pastu jangan simpan je)



walau kita punya perancangan, namun perancangan Allah jauh lebih indah... :)


notakaki:
dari mana pun kita nak melangkah, tanya diri..
Allah redha ke apa yang kita buat ni?


 

Sunday, March 24, 2013

::WORDLESS MOTIVATION::

always bear in mind...


then, aim ur goal!


get rid unnesessary things!!


from hardest, it will become, harder, hard..
then, it will continuously become easy, easier, and easiest... :)


percaya pada diri, dengan azam dan keyakinan..
jom menuju puncak dunia, sambil mengejar jannah!! 



::MASANYA SEMAKIN SUNTUK::



AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!

Ayat itu dah 150 juta kali diulang-ulang
Tapi dia masih lagi belum memulakan langkah pertama


BELUM BERSEDIA untuk berubah 100%?
TAKUT dengan penerimaan masyarakat selepas ini?
TAK PASTI sama ada betul ke tak keputusan yang dibuat?


change for good ain't a crime...berapa kali nak gtaw??

Nak tunggu apa lagi?
Bukan kita tak tahu, 
Esok pasti ada, tapi ia belum pasti untuk kita..

"Aku nak pakai tudung labuh, nak pakai stokin, nak pakai baju labuh..
Tapi nanti mesti orang cakap aku nak jadi ustazah.."
"Aku dah taknak keluar tengok wayang, pergi karaoke, lepak ramai-ramai dengan lelaki..
Tapi nanti mesti diorang cakap aku ketinggalan zaman..
Macam mana kalau diorang dah taknak kawan dengan aku?.."

"Aku dah taknak message-message, calling-calling dengan si dia..
Bukan sebab aku dah bosan dengan dia, tapi aku taknak kami terus-terusan berdosa..
Tapi macam mana aku nak jelaskan kat dia? Dia boleh terima ke?.."


Cukup-cukuplah tu bermonolog sendirian..

mulakan langkah pertama...HARI INI!!
Awak takkan ke mana-mana selagi kaki tu tak mula melangkah

UNTUK BERUBAH, MEMANG SUSAH
TAPI, IA BUKAN MUSTAHIL!!


nak tunggu apa lagi? dah takda masa dah ni... :'(

Takut dengan penerimaan masyarakat sekeliling?
Cuba fikir semula,
Mana lebih penting...
Pandangan Allah terhadap kita atau pandangan manusia terhadap kita?



notakaki:
dengan lafaz bismillah, aku mulakan langkah pertama..
moga Allah redha... :'(


Tuesday, March 19, 2013

::JOM UBAH PAGIKU DAN PAGIMU::





biasa dah kan tengok fenomena camni...

Pagi yang gelap
Kini sudah terang....

Dan rutin harian bermula seperti biasa...

Tetapi hari ini, tidak sama dengan semalam...
Dan semoga hari esok, tidak sama dengan hari ini...


Dalam tren itu...

Seorang adik tengah scroll down FB laju2..
Takut benar jika ada 'berita penting' yang tertinggal
Memandangkan dah lama tak on FB itu..

7jam lamanya..
Sejak last log in pukul 12 malam tadi, sebelum tidur...

Dengan keasyikkan berita-berita di FB,
Si adik langsung tidak mengendahkan orang-orang disekeliling..

Tiba-tiba.............

Kepala diangkat,
Mata tertancap ke hadapan...
Tiada suasana yang indah..
Jauh sekali perkara luar biasa yang terjadi..

Yang kelihatan,
Hanya seorang kakak yang sedang duduk,
Memegang sebuah alma'thurat,
Tenang mengalunkannya...

Hati di sapa pelbagai perasaan...
Mata yang kembali menatap telefon pintar di tangan,
Mula terasa panas..

Telefon pintar lantas dimasukkan dalam beg..

Pelbagai persoalan mula menerjah fikiran..

Bila kali terakhir baca ma'thurat?
Mana lagi penting antara ma'thurat dan FB?
Telefon pintar tu banyak Islamic app, tapi kenapa guna untuk berFB je?

*nangis laju-laju.... :'(*


jom tambah pahala dengan sematfon kita... :D


notakaki: tiap2 hari naik tren, sempat je gunakan 15minit tu untuk baca ma'thurat..
baca ma'thurat, kompem dapat pahala...
tapi baca FB, mungkin dapat dosa bila terbaca fakta @ auta yg tak tahu sumbernya...


jom ubah gaya hidup, jom gapai Mardhatillah... :)


:: IN A RELATIONSHIP??::





buat mereka-mereka yang sedang hangat dilamun asmara
*wekk...muntah hijau*


"a relationship should be between two people, not the whole world"


perlukah semua benda diexposed ke segala laman social yg ada?




reminder to all -  
ur relationship is not a priority unless u are officially married to that person.