::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label koksirkokdey. Show all posts
Showing posts with label koksirkokdey. Show all posts

Saturday, February 26, 2011

::MUNGKIN PERLU JADI SIBADUT?::




apa perasaan tengok gambar ini?


comel sangat kan dengan rambut warna-warni,
baju warna-warni, muka pun warna-warni..


mesti semua orang akan ketawa tengok gamba nih kan..
ok lah, kalau tak, paling kurang pun boleh buat tersenyum,kannn....:)


ada ke orang yang bila tengok gamba ni,
rasa nak marah?
rasa nak nangis?
mungkin la jika ada yang mengalami sejenis fobia-takut-sama-itu-badut


kalau yang ini pula??


nampak macam sangat gembira,kan..
hidup tanpa masalah..
senyum sampai telinga...


tapi bukankah SIBADUT itu hanyalah MANUSIA BIASA??


kalau dah nama pun manusia,
ada ke yang takde masalah,
ada ke yang tak pernah menangis,
ada ke yang boleh tersenyum 24/7


kenapa mereka sanggup menjadi SIBADUT yang comot-tapi-comel
sanggup meletakkan pelbagai warna dimuka?


SIBADUT melukis senyuman diwajah,
dengan tujuan untuk membuat orang yang melihatnya tersenyum..
tapi dalam hatu mereka, sipa yang tahu..
mungkin sedang menangis duka..

dengan muka yang comot itu,
kalau menangis pun mesti orang tak nampak kan..


oh SIBADUT,
sanggup mencomotkan diri demi membuat orang lain ketawa,
walau perasaan hati tiada siapa yang mengerti..



kalau SIBADUT sedih macam ni, ada orang ketawa jugak ke?




::mungkin perlu menjadi SIBADUT agar senyuman orang disekeliling mampu dilihat sentiasa, walau hati menangis sendiri::



Saturday, January 22, 2011

sudahlah sudah


Bukan niat hatiku
untuk mengundur diri
Keadaan yang memaksaku terpaksa pergi
Walau berat dihati untuk ku tempuhi
Kuharap kau mengerti


Air mata mengalir tanpa kusedari
Sedih dan sebak di dalam hati
Cukup sampai di sini perjuangan terhenti
Ku harap kau mengerti

Friday, January 14, 2011

::KEKUATAN YANG HILANG::




sick of crying

tired of trying

yes..i'm smiling...





but inside

i'm dying...



::apabila akal dan hati saling memberontak, jiwa makin kacau::

Thursday, November 25, 2010

TAK NAK JADI DEWASA??


Masa zaman kanak-kanak dulu

Nak cepat-cepat jadi dewasa

Boleh pakai kasut tumit tinggi

Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org selalu tanya apa cita-cita

Boleh pergi mana-mana kita suka

Boleh bercinta

Boleh balik rumah lewat malam

Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru perasan..

Rupa-rupanya...

Jadi dewasa ni...

Kena matang

Kena profesional

Banyak tanggungjawab

Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu

Banyak essay nak kena tulis

Banyak pakai duit

Tak boleh emosional tak bertempat

Kena cari makan sendiri

Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan

Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita

Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina

And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Namun itulah sunnatullah

Perlu hadapi dengan redha dan tabah...



::kadang kadang bila dah banyak sangat problem, memang rase nak balek zaman kanak-kanak je...bestnye..heeee~=)::

Thursday, November 11, 2010

::SEMBANG PETANG::


Chitchat bersama seorang mamat yang bongok sengal di petang hari sambil berangan angan kat mana nak praktikal walaupun baru je abis part3 and praktikal adalah semasa part6 nanti…lalala~


+ awak amik course ape?

- finance.

+ ohh, nanti mcm mana bidang kerjanya?

- kerja kt bank ke, under ministry of finance ke, xpon mana2 company la.. kn semua ada finance department..

+ ohh.. along, kn?

- apa pulak along??

+along kn finance company, betol lah tu…


Nak gelak golek-golek rase..hahahahahahahahah~ok, sabar atie sabar… nak kena tembak agaknya mamat nih.. ada jugak orang macam nih.. penat aku blaja kt U, dia boleh cakap aku nak jadi along.. helloo, saya bukan ALONG, ANGAH, atau ACHIK.. tapi saya ALANG.. =,=’



jadi ALONG, ANGAH, ACHIK yg nih lagi best kot..;p


::mungkin jugak la along tuh semua xstudent U, berpegang pada prinsip high risk, high return. Tu yang berani jadi along..P.E.A.C.E::

Thursday, September 23, 2010

dulu.vs.kini

dulu orang cakap:

kalau kail panjang sejengkal,
lautan dalam jangan diduga.


tapi sekarang kena tukar:

walau kail panjang sejengkal,
cuba la juga mengail
untung-untung ada ikan termakan umpan.. :)


Tuesday, August 24, 2010

::CIRI2 LELAKI IDAMAN::


MGT 543

PERSONEL DEVELOPMENT

23 OGOS 2010

8.30 PAGI

PELAJARAN HARI INI:- berdasarkan tajuk diatas...:)


Beriman

Tak mengharap pon dapat ustaz ke, tahfiz ke, just cukuplah dapat mengimamkan solat jemaah..

sebab xpernah lupa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Memang diri nih xbaik, tapi dia kan pemimpin keluarga, kena la baik…hehe~


Dapat terima saya dan keluarga saya seadanya

Saya adalah saya, bukan orang lain. Xnak jadi hipokrit. So, terima saya as I am. Perlu terima keluarga saya juga, sebab awak bukan nak kahwin dengan saya je. Tapi dengan keluarga saya juga. Sila sayang keluarga saya seperti mana saya sayang mereka.


Tak merokok

Itu sangat penting. Sebab saya sayang diri saya. Juga sayang awak. Kalau awak mati dulu, siapa nak jaga saya. Kalau awak mati dulu, haih, sanggup bunuh saya ke dengan asap yang busuk tu?


Tua dari saya.

Mungkin perlu. Tapi xnakla tua sangat. Xlebih dari 5tahun. Bukan xnak yang sebaya, tapi kalau sebaya, cane nk panggil abang??lalala~


Memahami

Saya percaya pada sixth sense. Lebih2 lagi dengan orang yang kita sayang. Kalau betul awak sayang saya, mesti awak dapat faham saya dengan amat faham,kn??


Penyabar

Saya ni kurang sangat sabarnya. So, awak la yang kena sabar dengan kerenah saya. Kalau dah dua2 dah xsabar, mau terbalik umah kita nanti..haha~


Ekonomi yang stabil

Amat perlu la sebab xda yang free dalam dunia nih. Xnak lebih2 pon, cukuplah kita boleh dapat apa yg kita nak..huhu~


Anak yatim

Boleh x? senang, balik raya xyah nak berebut-rebut.. tiap2 tahun balik umah parents saya aje..hahaha~

Apa lagi ek?


Sedap mata memandang..

Penyayang

Selalu ambil berat

Suka kt budak2…

Bla bla bla….


Bukanla demand ke ape..tp biase la, idaman hati..haha~

Ada kaitan ke benda nih semua dengan subjek PD tuh??

Saje je an..=p