::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label tyme jiwang. Show all posts
Showing posts with label tyme jiwang. Show all posts

Friday, March 11, 2011

::PADAN MUKA::




Dulu..


Mereka bertanya
Pantas kau menjawab


“Aku mahu menunggu..”

Mereka membantah..


Menunggu?
Terus menunggu?


Sampai bila?
Sampai semuanya hancur berkecai?


Aku pekakkan telinga..
Butakan mata..


Konon penantian itu
Bahagia akhirnya..


Kini,
Mereka sudah tak peduli..
Tanggunglah sendiri..


Degil..
Padan muka..


Mari bertepuk tangan
untuk kebodohan diri sendiri


Rasakan akibatnya
Kau sendiri yang pilih


Jangan salahkan hidup
kalau gagal bertindak adil
Untuk kegembiraan sendiri



dengar lagu ini
dengar lagu itu
argghhhh.....
semua mengingatkan kau...
diam!!!





Saturday, January 8, 2011

::PENANTIAN::


menanti
menanti
terus menanti
entah sampai bila

mahu menjerit
tapi dengarkah dia

AKU SAYANG KAMU..
MENANTI KAMU DISINI..

oh angin...
sampaikan jeritan ini kepadanya
hanya kau dapat membantu

bawalah pulang khabar gembira
aku yang derita disini
mahu tersenyum
seperti manusia lain

penantian itu satu penyeksaan

tapi kalau di akhir nanti
kebahagiaan pasti menjadi milikku
aku rela...




~bila malam menjelang..aku menjadi sang perindu..ohh, jiwang lagi...~

Friday, January 7, 2011

::saya rindu akan INCIK ILHAM::





ya Allah..
jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada CINTA HAKIKI
dan RINDU ABADI hanya kepadaMu...


:: atty rindu sangat kt incik ilham...::

hidup baik-baik kat sana...
semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah...=)

Friday, December 3, 2010

::YA ALLAH, AKU JATUH CINTA!!::



Kadang-kadang serasa mahu menjerit

Tapi, betulkah?

Bagaimana ingin tahu benarkah kita dilamun cinta?

Bagaimana perasaan jika kita jatuh cinta?

Betulkah perasaanku kini dipanggil cinta?

Kenapa orang cakap jatuh cinta?

Sebab itu adalah kejadian yang tidak disengajakankah?

Ok, saya tidak pernah merancang untuk jatuh..

Same goes to jatuh cinta…lalala~


Cintaku pada semua……

Cinta pada ALLAH

Cinta pada RASULULLAH

Cinta pada AYAH IBU

Cinta pada KELUARGA

Cinta pada SAHABAT

Cinta pada KAMU juga…=)

Wednesday, August 18, 2010

::C.I.N.T.A_T.E.R.A.K.H.I.R::

Kau Cinta pertamaku
Engkau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa menafikan kasih kita

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu

Tiada tara didunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu dimataku
Satu antara seribu

Tiada tara didunia

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kitakan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan

Segalanya ketentuan Tuhan

::aiman::cinta terakhir~


Wednesday, June 30, 2010

kepura-puraan itu???



Selama ini…

Bertahun lamanya…

Aku hidup dalam kepuraan-puraan…

Kepuraan-puraan yang dicipta tanpa relaku…

Yang dicipta oleh pemikiran yang sempit…

Pemikiran insan kerdil yang terlalu ingin menjaga hati…

Menjaga hati sang arjuna yang hanya wujud dikala kesepian…

Kesepian yang selalu menjengah tanpa diundang…

Salahkah aku??

Salahkah aku yang ingin selalu menjaga hatinya?

Perlukah???

Perlukah aku teruskan..

Dengan kepuraan-puraan ini?

….Di akhir nanti….



Dalam kedinginan pekat malam

Termenung aku sendirian

Menginsafi nasib diri

Yang semakin kecundang

Dalam lautan ragam manusia…

Aku cuba berdiri gagah

Menongkah arus yang kian deras

Memerah segala kudrat yang ada

Berbekalkan

Secebis keimanan

Segenggam harapan

Dan secebis nasihat

Yang berjaya kukutip

Dalam perjalanan hidup…

Kini,

Aku menyedari suatu hakikat

Yang amat sukar ditelan

Hakikat yang bisa menyebabkan

Hati dan akalku saling memberontak

Enggan bekerjasama lagi

Akhirnya,

Aku terus rebah

Untuk sekelian kalinya…

Thursday, May 27, 2010

Dia……



Dia.. insan pertama yang bertakhta

Dia.. insan pertama yg kucinta

Dia.. pernah membuat kubahagia

Dia yang mengajarku tentang erti rindu

Dia.. yang dlu pernah kusanjungi

Pergi sehingga kini tak berganti

Hilang dari pandangan hidup ini

Membawa luka pedih tak terperi

Tiada kuduga permulaan yg jernih

Menjadi keruh dengan tiba-tiba

Bisa rintangan antara aku dan dia

Cinta terhalang oleh orang tua

Kini terkilan sungguh rasa hati

Dia.. tak pernah lagi kutemui

Dia.. kuabadikan dalam jiwa

Terima kasih atas segalanya…