~~CUKUPLAH SETAKAT INI~~
Sejak berkurun lama….
Ku pendamkan perasaan ini
Tanpa berusaha untu k meluahkannya
Dengan harapan keajaiban akan berlaku
Tanpa kenal erti penat dan jemu
Aku menanti dan terus menanti
Ketibaan saat bahagia itu
Saat yang akan membuatku merasakan
Akulah insan paling bertuah dibumi ini
Akan tetapi….
Kewarasan akal fikiranku sering memberontak
Menyedarkan aku tentang sebuah hakikat
Impian tanpa usaha hanya sia-sia
Menyeruku bertindak realistik
Berhenti berharap pada keajaiban itu
Terus berpijak pada bumi yang nyata
Kuatkah aku?
Sediakah aku?
Beranikah aku?
Kuputuskan….
Biarlah perasaan ini terkubur begitu sahaja
Kerana aku hanyalah insan lemah
Yang sering bermimpi indah
Cukuplah setakat ini…
No comments:
Post a Comment