::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label daily_lyfe. Show all posts
Showing posts with label daily_lyfe. Show all posts

Friday, February 18, 2011

::TEST..TEST..1,2,3..::



Hari ini Jumaat.
18 Februari 2011.
Tamat minggu ke 6.
Tinggal lagi 8 minggu.
Begitu cepat masa berlalu.

Selesai test IFM.
Selesai test Ma E.
Selesai test Mo E.

Test INV.
Test IF.
Test MD.
Setia menanti dalam senarai.

Tutorial lagi.
Kuiz lagi.
Assignment lagi.


Oh test, tutor, kuiz dan esaimen sekalian..cepatlah habis..


Tapi…bila semuanya dah habis,
bukankah maknanya final exam dah makin dekat? (@.@)




::sem ni tak sama dengan sem lepas, tapi apa yang tak sama tu?::
*sekali lagi gambar tiada kaitan*


Tuesday, February 15, 2011

::SALAM MAULIDUR RASUL::






salam maulidur rasul buat semua umat Islam...
mari kita berselawat keatas junjungan Nabi MUHAMMAD S.A.W


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

Monday, February 14, 2011

::SAYA, AWAK & KAMU | SALJI BERJALAN::


terima kasih wahai sahabat sekalian kerana bersama anda, saya dapat belajar ini...

A best friend is more important than a boyfriend.

Sometimes the most used part of a best friend is the shoulder you cry on, and the shoulder you are willing to lend.

Nothing ever sounds stupid, funny, or unbelievable to a best friend, and you never feel stupid saying whatever it is.

In many cases, a hug and a kind word from a best friend is the only thing that helps get you through the day.

A best friend would stick up for you no matter what the consequences are.

I've learned that, most importantly of all, best friends will always be best friends, no matter what is happening in their lives, where they are, or what they are doing. A best friend is irreplaceable. This is the most important thing I could have ever been taught by a best friend.




saya sebenarnya nak tengok lampu2 yang canthek ni aje kt Icity tu..



tapi tiba-tiba kita pakai macam ni...:)

Rupa-rupanya kita nak tengok salji berjalan berjalan di atas salji..

wah~ terasa macam dok obesi dah kan..=))



walaupun kesejukan+kebekuan..tapi kita amat seronok kan..



inilah buktinya..muka penuh ke'excited'an..haha~=))



sangat seronok dikelilingi ais-ais yang sangat sejuk dan lampu yang berwarna warni itu..
bertambah-tambah seronok kerana saya dikelilingi anda semua..:)


+MIRA+SYIMAH+NUN+IPAH+AIMI+MIJAH+
terima kasih banyak2 la ye sudi melayan saya dengan begitu baik
selama 2hari saya berada di shah alam..
sila la datang ke melaka pulak walaupon kt melaka takde salji..:p



Thursday, February 10, 2011

::KEMPEN | KAMI TAK SAMBUT VALENTINE DAY::




mari kita bersama-sama menyokong kempen ini..

mungkin ada di antara mereka yang masih belum tahu kisah sebenar disebalik valentine's day ini,
menjadi tanggungjawab siapalah kan untuk memberitahu mereka...
pastilah saya, awak, kamu, dia dan mereka..:)


Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari
SINI]


Disebabkan itu, Hari Valentine haram disambut oleh masyarakat beragama Islam..

Thursday, February 3, 2011

::tak susah pun | UCAPLAH TERIMA KASIH::


..keadaan di Mesir..


BELUM ADA KEPERLUAN BAWA PULANG PENUNTUT DARI MESIR-MUHYIDDIN


keluar sahaja berita mengenai kenyataan TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai belum ada keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia berdasarkan situasi keselamatan semasa di Mesir,
berbagai-bagai andaian mula keluar dari mulut kita.


kerajaan tidak peka dengan perasaan keluarga pelajar di Mesir

kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia

kerajaan Malaysia terlalu sengkekkah untuk bawa pulang pelajar?

dimana slogan rakyat didahulukan disimpan?

kerajaan itu, kerajaan ini...



Fasa pertama membabitkan penggunaan tiga pesawat C130 dan kapal Bunga Emas 5 yang kini dalam perjalanan dari Teluk Aden ke Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir untuk membawa rakyat Malaysia ke Pelabuhan Jeddah.


Fasa kedua membabitkan misi untuk membawa semua rakyat Malaysia terbabit dari Jeddah ke Malaysia.



namun,
bila muncul pula kenyataan kerajaan Malaysia mula bergerak ke Mesir untuk membawa rakyat Malaysia di Mesir pulang ke tanah air,
berapa ramai pula yang berterima kasih dengan usaha kerajaan ini?



bukan ingin mengata sesiapa,
hanya untuk mengingatkan diri sendiri,
agar menjadi lebih bersyukur,
dan tidak hanya tahu mengkritik...




p/s:
saja menulis setelah terbaca seorang rakan menulis ini:


you know what's funny? people went mad when the Malaysian government delayed the rescue, but when they did extract those helpless Malaysians, no one thanked them. You are the first one. Thank you. *bukan ditujukan kepada saya..hehe~:)*



ada kaitan ke gambar ni?hehe~
..mari ucapkan terima kasih...


wahai rakyat Malaysia sekalian, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sahabat dan keluarga kita di Mesir semuanya selamat. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah berusaha membawa mereka semua pulang ke tanah air. rusuhan yang berlaku ini seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua untuk menjamin keharmonian negara buat selama-lamanya..Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain roboh...



Wednesday, January 12, 2011

::MELOMPAT LEBIH TINGGI::




rasa macam baru je mula sem baru
pejam celik pejam celik
dah nak habis dua minggu
dah start study?

sem nih susah
24jam kredit
tahu itu
tapi buat-buat tak tahu
(oh manusia yang tidak sedar diri)

"lecturer ni bosan"
"lecturer tu strict sangat la"
"lecturer ni tak best"
"lecturer tu suke bagi esaimen banyak2"

woah, cepat tol melatah
laju je buat konklusi
macam da kenal sangat dengan semua lecturer

*don't judge a book by it's cover*

lecturer baru masuk kelas sekali dua
dah cop macam-macam

rilex la dulu
tunggu seminggu dua lagi
mana tahu lecturer tu best sangat sebenarnya
saja nak provok student awal-awal2 kelas
macam tak biasa pulak kan...

tak pasal-pasal tambah dosa kan
bila ntah agaknya nak mintak maaf
kalau betol best,
mesti nyesal kutuk awal2..

tapi kalau betol tak best,
amik la inisiatif sendiri
cane nak jadi best
da besar kan
da boleh fikir
=)


::siapalah kita tanpa lecturer...::




UiTM dihatiku...*tibe2 aje..

tajok xde kaitan langsung...meng0ng..haha~

Tuesday, January 11, 2011

::BUY1 FREE1..JOM SERBU KENNY ROGERS::





Time to don RED all over again this 12 January 2011 as the annual ROASTERS Eating Day (RED) is back! Wear RED – the colour of life, to celebrate good health and vitality through good eating and healthy living with Kenny Rogers ROASTERS (KRR).


The ticket to a year full of vitality starts with an active lifestyle fueled by a wholesome and healthy diet. KRR is in support of maintaining your resolution to a healthy 2011 for you and your loved one. Celebrate health and vitality by wearing something RED to any KRR restaurant and get two (2) Kenny’s Quarter Meals for the price of one.

Whether it is a RED lipstick, cap, t-shirt or trousers, celebrate health and vitality of you and your loved one or friend by wearing RED – the colour of life to KRR!


Visit the KRR restaurant nearest to you and enjoy this gift of health!

Forward this message to as many friends as possible to show that you care for them!


JOM....KENNY ROGERS ESOK...=)

Monday, December 27, 2010

::SEPANG EMAS PANTAI::



mungkin inilah percutian terakhirku untuk tahun 2010...
=)
sepang emas pantai..
nak taw best tak??
rasakan sendiri...hehe~















Saturday, December 11, 2010

::KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UITM DEC 2010::


Bukak aje UiTM STUDENT PORTAL keluar announcement nih...

Attention to all Students !!
Final Examination Results for Semester 1 2010/2011will be sent through email to all students on 10th Dec 2010. The Final Examination Result can also be accessed beginning 9.00 am, 10th Dec 2010.
Do you want to see your Examination Result for current semester now?
Yes please
click here


ohh, perlu berbangga dengan UiTM dihatiku kerana telah mengupgrade sistem mereka. terima kasih bebanyak wahai incik UITM dihatiku kerana telah melapangkan masa untuk menghantar result kami via email lantas menyebabkan kami tidak lagi perlu bersesak-sesak dalam traffic di STUDENT PORTAL...

pukul 5.43 pagi, incik ISIS telah menghantar email yang bertajuk UITM EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 2010. tengok masa yg tulis kt situ aje sbenanya. tak dapek la aku nak tunggu pepagi bute camtuh. tidow lg bgos..haha~

kol7 pagi lagi aku da on lappy nih..berdebar menantikan adakah mimpi akan menjadi kenyataan atau mimpi hanya sekadar mainan tidur...wah, inilah hasilnya....



mimpiku jadi kenyataan, ANUGERAH DEKAN tidak mampu dipertahankan buat kali yang ketiga. peringatan dah diberi, tapi aku buat-buat xpaham. usaha seciput. nak mengharapkan hasil sebesar gunung. memang xdapek la..tapi teror jugak aku, bermimpi benda yang betol..hahaha~



pasnih nak mimpi jadi CFO la pulak...mane taw ada rezeki mimpiku jadi nyata lagi, jadi CFO la aku...jangan jadi UFO sudah...lalala~=)

Thursday, December 2, 2010

::ASMARA::

Tak pernah ku fahami ertimu padaku
Tak pernah ku mengerti hadirmu untukku
Rasa yang pernah kau bagi
Cinta yang telah kau beri

Setelah ku terjatuh baru ku sedari
Betapa kau kekasih hingga hujung hati
Rasa yang setia menanti
Cinta yang tak akan pergi

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Terlambat ku akui berertinya dirimu
Kerna hanya dirimu sambut cinta
Penawar peritku

Hanya dirimu
Tulus cintaku

Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku
Menyesal ku akui tak terima cintamu
Dan kini engkau pergi meninggalkan hidupku

Terlambat ku akui berertinya dirimuKerna hanya dirimu
Sanggup cinta penawar peritku
Sanggup cinta pengusap tangisku

.::6th sense-menyesal::.

tiba-tiba terasa nak tulis pasal cite asmara nih...sebab pelakon dyer yang hensem jalan cerita yang menarik..tiba-tiba berangan nak dapat incik hubby camtuh.. tiba-tiba lagi..haha~ kat btol berangan..tapi xsalah pon kan..kalaulah dapat incik hubby macam asmara tu. Memang sayalah perempuan yang paling bertuah di alam semesta muka bumi ini..hehehe~ malas nak tulis panjang-panjang...nak teruskan berangan…siapalah yang ada ciri-ciri jejaka idaman Malaya itu silalah isi borang..*wink*

Wednesday, November 24, 2010

::DARI AWAL HINGGA AKHIR::



Awl sem.

Mood takde lagi nak study.

Takpe, rilex la dulu.

Banyak masa lagi.

Nanti kita struggle la…


Mid sem.

Esok kuiz ini.

Lusa test itu.

Jumaat submit assignment itu.

Takpe, siapkan assignment dulu.

Test dengan kuiz tu tawakal aje.

Alaa, berapa peratus aje.

Nanti final kita score la...


Akhir sem.

Minggu depan dah final.

Satu apa pon xstudy lagi nih.

Sempat ke nak cover semua?

Carrymark dah la rendah.

Arghhh..tension!!!


Tak boleh dah study last minit.

Otak dah tepu.

Buat aje lah setakat yang mampu.

Takpe, sem depan berubah.

Nanti kita buat betol-betol.

Stop main-main dah..


Takpe, nanti..

Takpe, nanti..

Takpe, nanti..

Dari sem satu,

Sampai sem tiga..

Agak-agak sampai bila terus begini??


::tabiat TAKPE merosakkan bumi diri sendiri. Jangan biarkan sampai tergolek ke bawah baru nak berhenti cakap TAKPE. Tawakal lepas abis berusaha. Usaha pon tak, takde makna la nak tawakal::

Tuesday, November 23, 2010

::JADILAH MANUSIA YANG BERSYUKUR::


Bila matahari girang memancarkan cahaya,

Manusia itu bersuara,

“ panasnya nak jalan pergi kelas”

Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum di bumi Allah pula,

Manusia itu terus bersuara,

“ asyik hujan aje, bila baju nak kering”

Bila jadual sem ni banyak kelas petang,

Manusia itu tak jemu merungut,

“ bosan la kelas petang-petang. Pagi asyik tidur aje”

Tapi bila jadual sem depan banyak kelas pagi,

Manusia itu merungut lagi,

“ tak bestnya hari-hari kena bangun awal”

Bila assignment bertimbun-timbun,

Manusia itu menyalahkan lecturer yang banyak berjasa,

“ lecturer nih teruk betol. Tak fikir kita nih ada banyak subjek”

Tapi bila assignment takde langsung,

Manusia itu masih tidak berpuas hati,

“ tak rase macam budak U pulak. Assignment pon takde”

Bila sem ni takde study week,

Manusia itu mengeluh entah pada siapa,

“ hurmm, abis je silibus, teros final. Bila nak study??”

Tapi bila ada study week pulak,

Manusia itu lantang menutur kata,

“ tak guna study week panjang-panjang. Bukan study pon”

Bila kuliah baru je stat dua minggu,

Lambatnya nak cuti sem,

Tapi bila skarang dah dua minggu bercuti,

Lambatnya nak abis cuti,

Bosannya cuti panjang2…

::wahai manusia, apakah yang dicari dalam hidupmu? Kegembiraan? Keseronokan? Belajar bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah. Jangan terus-terusan merungut. Bimbang nanti, Allah tarik kembali segala nikmat yang dipinjamkan::


~Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Engkau kurniaan kepadaku..ameen~

Wednesday, November 10, 2010

::FINALLY, FINAL EXAM DAH ABIS::


17.15P.M
09 NOVEMBER 2010

akhirnya....
berjaya menamatkan peperiksaan akhir sem nih.
keluar dewan dengan perasaan yang bercampur-baur.

GEMBIRA
exam habis = cuti sem bermula

SEDIH
kalau "mimpi" itu menjadi kenyataan

TAKUT
memikirkan result yang bakal diperoleh sem nih

KECEWA
tak dapat buat yang terbaik


*positifkan diri*

USAHA. dah..tp xtaw cukup or x..
DOA. dah jugak...teruskan. jangan berhenti.
TAWAKAL. hanya pada ALLAH tempat kita bergantung.