::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label fikirlahsahabat. Show all posts
Showing posts with label fikirlahsahabat. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

:: KEMBALI MENGIKUT SUNNAH NABI::



"Awak, kita sekarang zaman moden. 
kehidupan kita tak sama macam zaman Nabi dulu.."

ayat ini dilontar kepada saya 7bulan lepas
dah lama..tapi tak mungkin saya akan melupakannya

siapa yang cakap?
mengapa beliau berkata begitu?
*biarlah rahsia* 
tapi siapa makan cili, memang pedas kan rasanya? :)

kenapa tiba-tiba nak ungkit balik cerita yang dah lepas?
bukan mengungkit sebenarnya, tetapi membangkit
isu yang belum selesai

betul cakap awak..
memang sekarang kita zaman moden
bukan lagi zaman Rasulullah
bukan jua zaman Khulafa' arRasyidin..
kita zaman moden, segalanya moden 

tapi mungkin awak terlupa,
saya juga terlupa..

sila ambil purse masing2..
tengok myKad kita
agama Islam kan?

takde tulis?
cuba tengok betol2...
dah nampak dah?
AGAMA:ISLAM

Islam tu sampai sekarang ada lagi kan?
bukan masa zaman Rasulullah dulu je kan?
so, ada beza ke hidup zaman moden dengan zaman Rasulullah..
*mari fikir sama2..ilmu agama saya memang sangat sikit*

mungkin saya tersilap tafsir
mungkin juga awak yang silap memaknakannya

Rasulullah naik unta,
kita naik Proton Inspira,
sebab tu awak cakap hidup kita berbeza dengan zaman Nabi?

tapi...
Sunnah Nabi tu segala amalan Nabi kan?
bukan material atau perbuatan..
memang kita semakin moden
tapi Sunnah Nabi akan terus terpelihara

kerana dunia semakin moden,
kita memandu proton Inspira
tak perlu lagi menunggang unta
tapi pada dasarnya, Inspira dan unta ini sama

sebelum menaiki unta, 
Rasulullah tidak pernah lupa untuk berdoa
begitu juga sebelum kita menaiki Inspira, perlu berdoa
kerana ini Sunnah Nabi

dalam sehari,
berapa kali kita mengaku bahawa
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?
tapi kenapa kita enggan meniru amalan Rasulullah yang kita akui pesuruh Allah??

lihat remaja diluar sana,
fesyen menyerupai orang barat
kenapa mereka berpakaian begitu?
*malas nak cakap banyak dah*



sila tanya Iman,
jangan tanya Aiman,
sebab nanti Aiman jawab,
Aiman tak kisahh............




suka tengok lelaki yang ada janggut seciput tu..
simpan janggut sunnah nabi jugak kan? :)



Friday, March 4, 2011

:: BERHARGAKAH KITA?::





“Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga”



harga diri boleh kira ke?




Thursday, March 3, 2011

::ILMU ITU SEMANIS EPAL::




Saya ada sebiji epal,
Awak juga ada sebiji epal,

Jika kita tukarkan epal tersebut satu sama lain,
Saya dan awak masih ada sebiji epal...

Tetapi..

Jika saya ada satu ilmu,
Dan awak juga punyai satu ilmu,

Kita tukarkan antara satu sama lain,
Saya dan awak masing-masing punyai dua ilmu..


ini epal saya ini epal awak

tak ada beza pun kan?? :)


Jom awak..
Kita tukar sama-sama.

Eh, saya tak nak tukar epal..
Sebab epal kita dah sama-sama manis kan??

Kita tukar ilmu yang kita ada..

Nanti ilmu saya bertambah,
Ilmu awak juga bertambah…

Awak janganlah kedekut..
Dulu kan masa kat sekolah,

Cikgu kita selalu pesan,
SHARING IS CARING


Awak tak suka jadi orang yang caring ke?





Thursday, February 24, 2011

::HIDUP DI SEBALIK JEJARI::




Ada apa di sebalik jejari runcing tangan kanan dan kiri anda??

Mari kita perhatikan bersama-sama..


Kelima-lima jari yang lurus ini,
Cuba renung dalam-dalam..
KEWAJIPAN SOLAT LIMA WAKTU JANGAN DIABAIKAN


Itu jika dilihat secara keseluruhan..
Jika diteroka satu-persatu pula,


Bermula dari jari kelingking,
Terletak di hujung, kecil dan kerdil..
Begitulah kehidupan kita,
Bermula dari kecil, membesar, dan terus membesar…


Orang dulu-dulu cakap,
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”
KEGAGALAN MENDIDIK DI USIA INI PASTINYA MEMBERI KESAN YANG BESAR DIMASA HADAPAN


Beralih kepada jari kedua,
Jari manis diberi nama..
Begitulah usia remaja,
Semanis jari yang comel mulus ini.


Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.


Namun, sila berjaga-jaga..
Disinilah kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan..
HANYA IMAN DAN TAQWA MENUNJUK JALAN KEBENARAN


Berganjak ke tengah-tengah,
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya
Zaman remaja ditinggal, alam dewasa mula menjengah


Ketika ini, kita telah mempunyai status..
Kerjaya rancak melonjak naik,
Ekonomi makin bertambah kukuh..


Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini,
Banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
KEGAGALAN MENGAWAL EMOSI LANTAS TERUS MASUK KE JERANGKAP NAFSU DAN SYAITAN.
JUSTERU ITU, AMAL IBADAT MESTI DILIPATGANDAKAN.


Perhatikan pula jari keempat,
Jari telunjuk yang setia menunjuk arah..
Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya ALLAH SWT ketika solat..


Bila sudah di tahap ini,
Kita perlu tampil sebagai model kepada generasi baru,
Menjadi pembimbing yang sentiasa hebat berfikir dan berhujah.


Akhir sekali, renung ibu jari..
Walau besar dan pendek,
Tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.

Buat generasi muda,
Mari kita jadikan mereka yang berpengalaman ini sebagai rujukan..
Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi,
Mungkin kita boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari
dan angkat ibu jari ke atas suatu hari nanti…





Hari ini 24 Februari 2011..
alhamdulillah, dah 21 tahun awak hidup di dunia ini..
jangan lupakan pengorbanan ayah ibu dan keluarga awak selama ini..
semoga kita sama-sama beroleh rahmat dalam mencari kejayaan dunia dan akhirat..



Friday, February 11, 2011

::MENGAPA JADI BEGINI::




::needs a shoulder to cry on::

Apabila emosi menguasai jiwa,
Akal tidak mampu untuk berfikir dengan waras.

Hanya itu yang mampu kukatakan,
Bukan kepada orang lain, tetapi kepada diri sendiri.

Apa juga yang dilakukan,
Semua mengundang perasaan tak menyenangkan ini.

Kelmarin,
Lihat gambar-gambar di facebook,
Berbagai-bagai perasaan muncul
Akhirnya, entry
[ini] ditulis..

Hari ini,
Buka blog si polan,
Rancak bercerita hari indah bertemu si kekasih hati,
Lantas butang
X disudut atas sebelah kanan ditekan.

Perasaan apakah sebenarnya ini?

Marah?
Sedih?
Geram?
Kecewa?
Cemburu?
Kesal?


Aku tidak tahu,
Memang sukar untuk ditafsir.

Aku tidak tahu,
Mengapa perlu wujudnya perasaan begini.

Aku tidak tahu,
Mengharapkan limpahan rahmatMu ya Allah.

Aku memohon padaMu yang Maha Penyayang,
Hidupkan sangkaan yang baik dalam diriku.


Golden Rule,
Treat Others As You Want To Be Treated


Maafkanku wahai sekalian manusia..

Wednesday, February 9, 2011

::INI LUAHAN HATI::



Tamat je zaman sekolah rendah,
Parents sibuk nak hantar anak ke sekolah agama,
SAM, SMA, SMKA..sekolah agama,
Dengan harapan anak berakhlak mulia.

Ibu bapa bangga anak sekolah agama
Siap banding dengan anak jiran yang pergi MRSM
Konon sekolah lain tak sehebat sekolah agama
Akhlak teruk kalau tak masuk sekolah agama.

Zaman sekolah dulu, dialah BADAR
Bila bercakap pasal akhlak, pasal couple, pasal itu semasa,
Dialah yang paling hebat..

Tup tup tamat sahaja zaman sekolah,
Segala-galanya berubah sekelip mata..

Tudung labuh itu bertukar menjadi selendang
Teramat nipis hingga menampakkan leher dan rambut

Baju yang disekolah dulu teramatlah longgar,
Kini diketatkan seketat yang boleh..

Kenapa begitu ketara perubahan emosi mereka??
Hanya Allah yang tahu..

Kalau dulu dialah yang sibuk menegakkan COUPLE ITU HARAM,
Kini dengan bangganya menayang gambar bersama boifren di facebook..

Ilmu agama hanya diaplikasi dalam pagar sekolah..
Nak salahkan siapa?

Salahkan ibu bapa yang memaksa ke sekolah agama?
Salahkan persekitaran yang sangat mempengaruhi?

Mana pergi ilmu-ilmu yang dikutip selama 5tahun lepas?
Kenapa tak beramal dengan ilmu yang dimiliki?

Memang bukan semua budak sekolah agama begitu,
Tapi majoritinya begitu..

Orang kata,
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..


Beramallah dengan ilmu yang dimiliki
Pastikan perubahan kita ke arah kebaikan..


::dulu ada orang mempertikaikan kenapa ayah dan emak menghantar saya ke MRSM. Bukan belajar agama pun. Mungkin mengharap emak ayah saya menghantar saya ke sekolah agama seperti anaknya. Tapi jika ilmu agama hanya diamal ketika di dalam pagar sekolah, berbaloikah?::

Tak kira lah kat mana pun kita belajar, yang penting kita istiqamah dalam menghayati agama Islam.
Jujur cakap, dulu saya sangat respect dengan budak sekolah agama..
tapi tidak lagi kini… dan saya bersyukur menjadi pelajar MRSM..(perlukah nyatakan ini)hehe~


tiada niat untuk menghentam budak-budak sekolah agama.
Menulis berdasarkan pemerhatian.
Memang saya sendiri bukanlah budak yang baik..


Tapi at least takde la orang cakap, nama aje budak sekolah agama…






Friday, February 4, 2011

::INDAH PADA MASANYA::














Ya tuhanku

Teguhkan rasa cinta padamu

Ya tuhanku

Pinjamkan aku kekuatan dariMu


::tidak dalam mood untuk menulis berjela-jela::


Thursday, February 3, 2011

::tak susah pun | UCAPLAH TERIMA KASIH::


..keadaan di Mesir..


BELUM ADA KEPERLUAN BAWA PULANG PENUNTUT DARI MESIR-MUHYIDDIN


keluar sahaja berita mengenai kenyataan TPM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai belum ada keperluan untuk membawa pulang pelajar Malaysia berdasarkan situasi keselamatan semasa di Mesir,
berbagai-bagai andaian mula keluar dari mulut kita.


kerajaan tidak peka dengan perasaan keluarga pelajar di Mesir

kerajaan tidak mengutamakan kebajikan rakyat Malaysia

kerajaan Malaysia terlalu sengkekkah untuk bawa pulang pelajar?

dimana slogan rakyat didahulukan disimpan?

kerajaan itu, kerajaan ini...



Fasa pertama membabitkan penggunaan tiga pesawat C130 dan kapal Bunga Emas 5 yang kini dalam perjalanan dari Teluk Aden ke Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir untuk membawa rakyat Malaysia ke Pelabuhan Jeddah.


Fasa kedua membabitkan misi untuk membawa semua rakyat Malaysia terbabit dari Jeddah ke Malaysia.



namun,
bila muncul pula kenyataan kerajaan Malaysia mula bergerak ke Mesir untuk membawa rakyat Malaysia di Mesir pulang ke tanah air,
berapa ramai pula yang berterima kasih dengan usaha kerajaan ini?



bukan ingin mengata sesiapa,
hanya untuk mengingatkan diri sendiri,
agar menjadi lebih bersyukur,
dan tidak hanya tahu mengkritik...




p/s:
saja menulis setelah terbaca seorang rakan menulis ini:


you know what's funny? people went mad when the Malaysian government delayed the rescue, but when they did extract those helpless Malaysians, no one thanked them. You are the first one. Thank you. *bukan ditujukan kepada saya..hehe~:)*



ada kaitan ke gambar ni?hehe~
..mari ucapkan terima kasih...


wahai rakyat Malaysia sekalian, marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana sahabat dan keluarga kita di Mesir semuanya selamat. tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah berusaha membawa mereka semua pulang ke tanah air. rusuhan yang berlaku ini seharusnya dijadikan iktibar kepada kita semua untuk menjamin keharmonian negara buat selama-lamanya..Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain roboh...



Wednesday, February 2, 2011

::kau kata | LELAKI ITU KUAT, WANITA ITU LEMAH?::



mata itu pastinya mampu melihat
telinga itu pastinya mampu mendengar
tapi sekeping hati itu
belum pasti dapat menilai...


kuatkah lelaki itu,
yang terus bergoyang kaki di kerusi apabila pulang dari pejabat,
menonton televisyen sambil ketawa berdekah-dekah.


lemahkan wanita itu,
yang tekun melaksanakan tugas sebagai kerani di pejabat,
gigih pula melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik pulang kerumah,
mengemas rumah dan memasak untuk suami dan anak-anak,
tanpa sepatah keluhan meniti di bibir.


kuatkah lelaki itu,
yang memiliki suara lebih garang berbanding wanita,
namun segan mengeluarkan suara itu untuk melaungkan azan,
malu untuk mengalunkan kalimah suci alQuran dengan kelantangan itu.


lemahkah wanita itu,
yang suka mendiamkan diri bila berlaku perselisihan faham,
diam itu, diam yang dalam maknanya,
diam itu, mampu memadam api kemarahan dihati lelaki.


kuatkah lelaki itu,
yang masih lena diulit mimpi ketika azan subuh berkumandang,
yang masih seronok menendang bola dipadang ketika masuk waktu maghrib.


lemahkah wanita itu,
yang gigih mengejutkan lelaki dari lena disubuh hari tanpa bersungut,
yang sudah siap sedia menunggu seruan mengerjakan solat sebelum azan maghrib berkumandang.


lelaki, benar kau kuat..
jika kau mampu menahan kemarahanmu.


wanita, benar kau lemah..
namun, ada lagi orang lebih lemah dari dirimu.
orang yang sebenarnya lemah adalah orang yang melihat maksiat didepan matanya tanpa ada sedikitpun di dalam hatinya untuk membenci maksiat berkenaan.



ayuh lelaki-lelaki sekalian,
buktikan kekuatanmu yang sebenar.

wahai wanita,
jangan tersilap mengakui kelemahanmu itu...





Thursday, January 20, 2011

::SAYA SAYANG KAMU, SAHABAT::

arinih tiba-tiba terdetik hati untuk membuka semula account friendster atty
yang dah entah berapa lama tak bukak..
nak deactivate account, sayang...


syukur alhamdulillah...
atty dapat baca semula kata-kata sahabat,rakan,teman,kawan..dan juga si dia..:)

just copy n paste kata-kata yang best...
sebagai kenangan
sebagai motivasi
juga sebagai panduan




~bErpenaT lelahLah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan..
sebab demikianlah hidup ini diciptakan..
~imam As-Syafie~ :)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.




seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?
jawab baginda,

"Seseorang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat.."


::wahai sahabat, walau dimana jua kita berada sekarang,
semoga kita terus dalam rahmat Allah
dan berjaya mencapai apa jua yang diimpikan..
berkatilah persahabatan kami ini Ya Allah...
teguhkan ukhwah kami buat selama-lamanya... :) ::



Tuesday, January 18, 2011

::RONTAAN JIWA::


Hati sunyi

Jiwa sepi


Dunia ciptaan sendiri

Aku terperangkap


Aku mahu kau

Aku perlu kau


Yang sentiasa disisi

Berkongsi itu ini


Buat aku tersenyum

Buat aku ketawa


Mendambakan kau

Mengisi ruang kosong


Berkongsi air mata

Mendamaikan jiwa


Mentarbiyah aku ke jalanNya

Memimpinku ke arah kesempurnaan




::muhasabah hati-aku memerlukan kau yang memerlukanku kerana Allah::