::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label friend. Show all posts
Showing posts with label friend. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

::ANDAI ESOK KAU MENINGGALKANKU::



Semalam,
Aku tidak puas hati dengan kau
Hanya kerna kau tak mengejutkanku dari lena di subuh hari
Kau cuba menjelaskan,

Namun,
Aku tetap menyalahkan dirimu
Kerana kau aku lewat ke kelas
Tanpa sempat mendengar penjelasanmu.

Semalam,
Aku memaksa kau menemaniku,
Kau hanya menurut, tidak membantah,
Walau kau punya urusan lain.

Namun,
Bila kau mengajakku menemanimu pula,
Beribu alasan aku berikan,
kau hanya membalas dengan senyum manis.

Semalam,
Aku terperangkap dalam masalah ciptaanku sendiri,
Kau tanpa jemu menjadi pendengar setia,
Tanpa bosan cuba mengeluarkanku dari masalah itu.

Namun,
Bila giliran kau pula ditimpa masalah,
Aku dengan selamba membutakan mata,
Memekakkan telinga dari mengetahui masalahmu.

Semalam,
Niat hatiku hanya ingin bergurau denganmu,
Tapi mungkin kerana gurauanku melampaui batas,
Kau terasa denganku,

Aku sedar,
Dirimu mula berubah,
Namun, aku buat tidak peduli,
Konon diriku langsung tidak bersalah.

Semalam,
Aku telah merosakkan harta kesayanganmu,
Kau tidak marah kerana tahu aku tidak sengaja,
Namun aku dengan egonya, langsung tidak meminta maaf.


Hari ini,
Tiba-tiba aku tersentak,
Seakan baru terjaga dari mimpi panjang,
Satu persatu bermain di layar ingatan.


Sepanjang kita bersama,
Beginikah caraku menyanjung persahabatan kita?


Andai esok kau meninggalkanku..
Pasti aku menjadi orang yang sangat menyesal


Menyesal kerana tidak pernah terlontar ucapan terima kasih atas segala pengorbananmu
Menyesal kerana tidak pernah terucap kata-kata maaf tiap kali aku menyakiti hatimu
Menyesal kerana tidak pernah rasa bersyukur kerana kau setia di sisi tika susah dan senang
Menyesal kerana tidak pernah menghargai dirimu yang hadir dalam hidup ini..




Oh sahabat, rakan, kawan dan jua teman…
Maafkan diriku ini yang telah banyak menyakiti kalian..



Thursday, January 20, 2011

::SAYA SAYANG KAMU, SAHABAT::

arinih tiba-tiba terdetik hati untuk membuka semula account friendster atty
yang dah entah berapa lama tak bukak..
nak deactivate account, sayang...


syukur alhamdulillah...
atty dapat baca semula kata-kata sahabat,rakan,teman,kawan..dan juga si dia..:)

just copy n paste kata-kata yang best...
sebagai kenangan
sebagai motivasi
juga sebagai panduan




~bErpenaT lelahLah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan..
sebab demikianlah hidup ini diciptakan..
~imam As-Syafie~ :)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.




seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?
jawab baginda,

"Seseorang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat.."


::wahai sahabat, walau dimana jua kita berada sekarang,
semoga kita terus dalam rahmat Allah
dan berjaya mencapai apa jua yang diimpikan..
berkatilah persahabatan kami ini Ya Allah...
teguhkan ukhwah kami buat selama-lamanya... :) ::



Monday, January 17, 2011

::JANGAN PERNAH KAU BERUBAH::




hari ini

setelah penat mencuba
kita berjaya terbang ke atas

terbang bersendirian
kita jadi leka

leka dengan kedamaian
alpa dengan keindahan

keindahan itu mengujakan
lantas mahu terbang lebih tinggi

hanya satu harapan
meneroka yang tersembunyi

kerana keterujaan itu
kita terus lupa

asal kita dari bawah
bersama mereka yang lain

dulu kita bersama mereka
susah senang jatuh bangun bersama

selangkah kita maju kehadapan
mereka kita tinggalkan

mengapa tidak diajak terbang bersama
kerana tidak mahu berkongsi keseronokan

bagaimana jika tiada keseronokan di atas sana?
malah, mara bahaya yang menanti?
kepada siapa kita berharap?



::kita tidak akan berjaya bersendirian::


~wonderpets cakap..apa yang penting...K.E.R.J.A.S.A.M.A.~



Wednesday, December 22, 2010

::KONTEST | BILANGAN ORANG PALING RAMAI DALAM SATU GAMBAR |



nak join lagi satu kontest....
kontest apakah???
jeng...jeng.jenggg....



nak taw syarat2 pertandingan ini??
sile la tanya kepada [incik penganjur]



agak-agak cukup ramai tak kami di sini??
siapakah kami??
dimanakah kami??
apakah yang kami lakukan??
dimanakah pula saya??

dah puas dah selongkar folder dalam lappy
ini je gamba yang paling ramai ade agaknya
kalau ade yang lain pon,
mungkin dah terlepas pandang..

kami 29orang semuanya disini
mungkin tak seramai gambar kawan2 lain
tapi kami 1pasukan yang kuat
kami adalah SISWA-SISWI YANEM
(yayasan nelayan malaysia)

gambar ini dirakam sebagai kenangan kami semasa
PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN SISWA NELAYAN
Di AIR TENANG RESORT, JANDA BAIK PAHANG
Pada 01-03 JUN 2010 yang lalu
dengan slogan
BERSAMA BERBAKTI MEMBINA MASYARAKAT DAN NEGARA
insyaAllah....
kami anak-anak nelayan akan melaksanakannya...=)

dah nampak saya dimana??
nampak??
tak nampak??
tengok betol2...
tu.....
saya terselit kt belakang di sebelah kiri..hehe~

gambar saya tak cukup ramai??
silalah tayang gambar2 anda pula....=)

:: KONTEST | DI MANA SAHABAT BAIK ANDA |



saje-saje rase nak cuba try test join kontest nih....
yang dah dianjurkan oleh cik aisyah...
mai la join ramai2...=)



oh, dimana dia sahabat baik saya...
sahabat baik saya ada di dalam gambar...lalala~
(mai nyanyi same2 macam lagu anak kambing saya) hehehe~



inilah gambar saya bersama sahabat baik saya...
nak kenal siapakah sabahat baik saya ini??
kalau rasa nak berkenalan, sile la..hehe~=)

gambar ini telah diambil semasa hari raya aidilfitri 2010 yang kelima..
orang lain beraya makan kuih raya, mintak duwet raya...
kami melepak kat tepi pantai..
pantai penyabong endau
salah satu tempat yang best kt endau
*(promote cket)*
ok jugak kan...
sebab kami ada persamaan
kami cinta akan pantai dan laut..

beberapa bulan lepas
kami lepak kt pantai nih jugak...
konon-konon nak release tension before final exam...

kenapa saya cakap wanie adalah sahabat baik saya??
sebab kami kenal dari sekolah rendah lagi
naik sekolah menengah, walaupon kami terpisah
namun, jarak tidak memisahkan persahabatan kami..
hanya mengharapkan cuti sekolah
kami dapat mencuri peluang untuk bertemu..

sedang lidah lagi tergigit,
adat jugak la bergaduh dengan kawan sendiri kan..
tapi, perselisihan paham yang berlaku mematangkan kami
dan mengeratkan lagi ukhwah yang terbina...
semoga persahabatan kami terus mendapat keberkatan dariNya..ameen~=)

Saturday, November 20, 2010

::SELAMANYA::



Memori semalam hadir bersama
Sebuah kisah luka
mengingatkan aku akan
Keagungan Tuhan

Sengketa yang melanda
Membuatkan aku sesal sendiri
Perlukah ianya berakhir sebegini
Kini ku sedar setelah lama
Ku mencari
Sebuah persahabatan

Perjalanan kita ini masih jauh
Penuh dengan onak duri
Penuh cabaran
Dan jua rintangan
Perjalanan yang jauh ini
Perlukan teman-teman yang
Memahami yang sejati
Mampu membimbing diri ini

Silaturahim yang telah
Terjalin kini
Bersamalah kita hargai
Walaupun kita terkadang
Bersengketa
Itukan lumrah
Mendewasakan kita
Pengalaman yang dilalui semalam
Mengajar kita hakikat kehidupan

Suka duka kita tempuhi bersama
Menjadi kenangan indah kekal
Untuk selamanya


Monday, August 30, 2010

adakalanya....

Ada kalanya...
kuingin sekali tersenyum
mengenang wajahmu dan manis senyummu
kembali memutar kenangan lalu

beriak tenang di tasik hatiku...

Ada kalanya...
kuingin sekali membelai harapan
mewarna impian yang kian lama tercipta

mengubah jaluran pelangi milik kita

namun, ada kalanya...
kutakut segalanya tak terrealisasi
sekadar angan-angan dan mimpi di siang hari

ku takut air mata kan gugur lagi

Kasih, perasaan apa yang berputik kini
hingga mengganggu emosi diri
hingga malamku sendat dengan mimpi

Kusangsi...
di mana letaknya bahagia
cukupkah dengan bersandiwara
seperti tiada getar di dalam rasa

seperti tiada cinta di dalam hati...

namun... terlalu sukarnya meluah rasa
terlalu payahnya menutur kata
saat bila kan terlaksana...
kasih ini apa kesudahannya..?








Tuesday, August 17, 2010

10 THINGS I HAVE LEARNED FROM YOU…


I've learned that there are many good friends around, but true best friends are hard to come by.

I've learned that a best friend is more important than a boyfriend.

I've learned that sometimes the most used part of a best friend is the shoulder you cry on, and the shoulder you are willing to lend.

I've learned that nothing ever sounds stupid, funny, or unbelievable to a best friend, and you never feel stupid saying whatever it is.

I've learned that when your heart has been broken, a best friend is the best band-aid for it.

I've learned that a best friend will call you in the middle of the night to talk without thinking, and it's OK.

I've learned that in many cases, a hug and a kind word from a best friend is the only thing that helps get you through the day.

I've learned that a best friend would stick up for you no matter what the consequences are.

I've learned that best friends can sing at the top of their lungs and not worry about singing the wrong words or being out of tune. .

I've learned that, most importantly of all, best friends will always be best friends, no matter what is happening in their lives, where they are, or what they are doing. A best friend is irreplaceable. This is the most important thing I could have ever been taught by a best friend.