::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label jalandicari. Show all posts
Showing posts with label jalandicari. Show all posts

Monday, March 7, 2011

::USAH PUTUS ASA::







Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is bliss, taste it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.


Friday, January 21, 2011

::AKU TAK MAHUKAN RINDU INI::




Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,

Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.


Kini,
Jika rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.



Sunday, August 22, 2010

SEDEKAH


Daripada Abu Hurairah R.A telah berkata,

Telah bersabda Rasulullah S.A.W,

"Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari

Apabila terbit matahari

Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah,

Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya

Ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah,

Kata-kata manis juga sedekah,

Setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang

Adalah sedekah,

Dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai

Juga merupakan sedekah."

RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM


Tuesday, August 3, 2010

ILHAMKAN KAMI....

Dalam Islam, sebelum membuat sebarang keputusan, kita dicadangkan menunaikan solat Istikharah.

Solat ini bagi memohon petunjuk dari Allah dalam membuat sesuatu keputusan.

Istikharah bermaksud 'meminta Allah mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan' adalah senjata terbaik untuk membuat pilihan yang tepat.

Kita bukan sahaja boleh melakukan solat Istikharah yang membabitkan pemilihan bakal pasangan, tetapi memohon petunjuk Allah dalam perkara lain.

Solat Istikharah membantu kita memohon petunjuk mengenai perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penentuan atau pilihan.

Apabila kita melakukan solat dan doa Istikharah, ia bererti kita memohon semoga Allah menunjukkan keputusan yang terbaik.

Melakukan solat istikharah memberi faedah besar kerana Allah berfirman: "...dan berbincanglah dengan mereka (sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dan lain-lain). Apabila kamu sudah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah..." (AQ Ali Imran 3:159) (HR Bukhari 7/162)

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Pertama, waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar jam 2 pagi). Bagaimanapun, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang diharuskan solat contohnya selepas Maghrib.

2. Niatnya 'Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta'ala.'

3. Dalam rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

4. Dalam rakaat kedua selepas surah Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).

'Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan...) adalah bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya." (sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).'"

Monday, July 26, 2010

PERBAIKI KAMUS CINTAMU WAHAI WANITA...

-ABU FARHAT-

Hanyir.
Loya.
Hambar.

Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.

Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.
Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.

Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.

Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.

Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam, bengkak tidak terawat.

Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.

Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.

Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?
Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.

Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair; luluh bersama maruah dan kehormatanmu.

Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.

It’s your call.

RUMPUT YANG CANTIK

Pada satu hari di sekolah, seorang murid bertanya kepada gurunya. Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar: “Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?”

Cikgu: “Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali. Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas.”

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun ditangannya.

Cikgu bertanya, “Kenapa tiada rumput yang dipilih?”

Pelajar: “tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik. Maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang paling cantik, tapi cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.”

Cikgu: “ya, itulah jawapannya. Maknanaya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada didepan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku. Walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik sepeti rumput tadi.


khayla: hargailah orng yang ada didepan kita…(~;~)