
coretan kehidupanku, seorang anak laut yang bercita-cita seluas lautan...
::I THANK YOU::
Friday, January 21, 2011
::AKU TAK MAHUKAN RINDU INI::

Tuesday, January 18, 2011
::RONTAAN JIWA::
Hati sunyi
Jiwa sepi
Dunia ciptaan sendiri
Aku terperangkap
Aku mahu kau
Aku perlu kau
Yang sentiasa disisi
Berkongsi itu ini
Buat aku tersenyum
Buat aku ketawa
Mendambakan kau
Mengisi ruang kosong
Berkongsi air mata
Mendamaikan jiwa
Mentarbiyah aku ke jalanNya
Memimpinku ke arah kesempurnaan
::muhasabah hati-aku memerlukan kau yang memerlukanku kerana Allah::
Tuesday, December 21, 2010
::KITA TIDAK BERHARTA::
Hilangkan empat perkara sebelum jiwa bertambah kacau.
PERTAMA: Hilangkan harta yang ada.
Bukan maknanya kena jual handphone yang ada.
Jangan campak laptop ke dinding.
Kan penting untuk buat assignment.
Hilangkan AKU. Gantikan dengan ALLAH.
Tak perlu lagi sebut harta aku. Harta saya. Harta engkau. Harta kamu.
Tapi katakan harta ALLAH.
Segala-galanya milik ALLAH.
Kita hanya meminjam.
Perlu pulangkan semula bila tiba masanya.
Bila kita yakin ALLAH akan menjaga harta itu.
Perlu ada rasa bimbang lagikah?

TAWAKAL
Itu paling penting. Hati tenang. Hidup bahagia.
renung-renungkan dan selamat beramal!!!
lagi 3?? mari fikir sama-sama...=)
Friday, August 13, 2010
Anda ingin lebih cantik dan menarik??
1) Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
2) Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
3) Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
4) Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
5) Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
6) Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.
7) Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
8) Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.
iluvislam.com
Sunday, August 8, 2010
DARI SEORANG TEMAN KEPADAKU...
Muslimah,
Apabila teruna memandang dikau,
Kau tunduklah mengelak panahan syaitan.
Apabila teruna mendekatimu selangkah,
Berundurlah dikau beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Kau anggaplah itu kalimah iblis syaitan.
Apabila teruna menabur harapan indah,
Kau ingatlah janjinya lebih bahagia di sana.
Kerana kau mengerti dan menyedari
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak semurah itu…