::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts
Showing posts with label renungan bersama. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

::KEMALASAN ITU KEHANCURAN::


Tulisan dari hati kepada minda yang sering tersalah arah

Saya nak dapat dekan
Saya nak dapat 1st class degree
Saya nak jadi finance exec
Saya nak keje dengan gaji besar

Saya nak itu
Saya nak ini
Macam-macam saya nak
Saya nak segala yang terbaik

USAHA
Itu yang paling penting
Saya tahu dan ingat itu
Tapi kadang-kadang saja buat tidak tahu

Saya tahu perlu fokus dalam kelas,
Tapi saya lebih gemar berborak dengan rakan di belakang kelas.

Saya tahu perlu gunakan masa lapang untuk membuat revision,
Tapi saya lebih teruja untuk menonton drama Korea.

Saya tahu perlu siapkan assignment pada hujung minggu,
Tapi saya lebih seronok mencuci mata di shopping mall.

Dengan sikap saya ini
Mampukah saya capai segala kehendak saya itu?

Teringat ayat di dinding kelas dahulu,
Tiada kejayaan semanis madu,
Tanpa pengorbanan sepahit hempedu..

Saya tahu kemalasan yang wujud dalam diri ini semakin merebak
Saya harus menghapuskannya dengan segera
Saya tidak mahu kemalasan ini terus-terusan menghancurkan diri saya
Saya juga tidak mahu menyesal dikemudian hari

Hari ini,
Secara tidak sengaja
Saya terjumpa ayat ini..

"Jika pelajar ekonomi dan kewangan malas dan membaca melompat-lompat, pasti inflasi bertambah."

Sayalah pelajar kewangan itu
Saya jugalah yang pemalas itu
Membaca melompat-lompat itu juga saya
Maknanya saya akan menjadi penyebab pertambahan inflasi?

Pada mulanya saya tidak bersetuju
Saya hanya seorang dari berjuta-juta rakyat Malaysia
Pastilah ia tidak mendatangkan sebarang kesan
Tapi itu jika dilihat dari mata kasar

Saya cuba mengaitkan dengan diri saya
Oh, memang ada kaitan kerana
Saya belajar ini bukan hanya untuk diri sendiri
Tapi juga untuk keluarga, masyarakat, negara dan agama

Saya mahu mencapai cita-cita saya
Saya mahu mengubah nasib keluarga
Saya mahu menyumbang kepada masyarakat
Saya mahu meningkatkan pendapatan negara
Saya mahu memperjuangkan cara Islam dalam segala transaksi






buat pelajar agama, jangan malas jika tidak mahu menempah kesusahan di akhirat kerana fatwa dan ajaran yang menyeleweng.

buat pelajar perubatan, jangan malas jika tidak mahu meninggalkan jarum dalam tubuh pesakit dan membuatkan pesakit anda bertambah sakit.

buat pelajar kejuruteraan, jangan malas jika tidak mahu bangunan runtuh dan jejantas bergoyang-goyang.



::ini bukan lagi masa untuk berangan-angan , mulakan perubahan, berhenti mencipta alasan, jangan bertangguh lagi::

Saturday, January 8, 2011

::cintaku hanya untukmu..::



di saat hati kecewa kerana hajat tidak tercapai,
putus asa menyelubungi diri,
namun, mengenangkan Engkau Maha Mengetahui,
aku yakin ini yang terbaik buatku
tiada lagi putus asa
semangatku pulih semula
harapanmu subur kembali.


tatkala dugaan datang menguji keimananku
aku hampir tersungkur menyerah kalah
seakan tidak sanggup meneruskan perjuangan
namun, atas rahmatMu ya Tuhan,
aku kembali berdiri...


ya Allah
bila terkenangkan dosa-dosa yang telah tercipta,
gerun rasa hati ini kerana takutkan siksaMu,
namun, mengenangkan Engkau Maha Pengampun,
aku yakin dengan taubat yang ikhlas.






ya ALLAH
aku ingin menyerahkan cintaku sepenuhnya kepadaMu

ya Allah ya Tuhanku
Engkau jualah sebaik baik tempat bergantung bagiku



:: usah gelisah jika dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangimu di dunia ini. tapi gelisahlah jika dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihimu di akhirat::

Friday, January 7, 2011

::alfatihah~::



nabi telah berpesan kepada umatnya:

tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.


setiap kali berada dalam keluarga YANEM, ayahanda Shahid juga akan mengingatkan dan mengajak kami bersama-sama sedekahkan alfatihah kepada ibu bapa kami.

tidak kira sama ada ibu bapa kita masih hidup atau telah meninggal dunia,
sedekahkanlah alfatihah kepada mereka setiap hari..

hari ini, atty nak ajak semua rakan taulan sahabat handai pula..
mari sama2 kita sedekahkan alfatihah buat kedua ibubapa yang kita sayang.

oppss..bukan hari ini aje..
tapi hari ini, esok, lusa dan seterusnya ya...=)

jadikanlah amalan kita setiap hari..
moga-moga kita semua beroleh rahmat dari Ilahi..



Thursday, January 6, 2011

::UTAMAKAN YANG UTAMA::



apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali ku kata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh tipu daya
yang kekal disana
biarlah kita bersama
usahlah hanyut
terus terlena
kerana dunia..

teringat pulak kat lirik lagu MAWI nih...
jomla nyanyi same2...=)

dah abis nyanyi dah?
jom kembali ke topik asal...


rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..
itulah yang dipegang sejak kita jadi 1MALAYSIA..

pencapaian bukan sahaja dari segi duniawi
tapi perlu seimbang dengan pencapaian ukhrawi
biarlah pemimpin-pemimpin negara kita yang bijaksana merealisasikannya

Allah didahulukan, pencapaian amal ibadah diutamakan
cukuplah ini yang menjadi pegangan
buat saya, kamu dan dia
yang bergelar umat Nabi Muhammad

biar apa juga yang kita lakukan
biar dimana sahaja kita berada
biar sesukar mana situasi kita
utamakan ALLAH...

tak paham?
atau saje buat-buat tak paham??

ok, mari kita terjemahkan dalam situasi

situasi1:
seorang incik boifren mengajak cik girfren nye dating.
cik girlfren bersetuju untuk berjumpa kat Taman Tasik XYZ pada pukul 4.30petang.
incik boifren taknak spoilkan date mereka kalau datang lambat..
pukul 3.30 lagi dah datang padahal pukul 4 dah masuk Asar..
nampak kan disini incik boifren mendahulukan cik girfrennye berbanding Allah..
kalau date sekejap, sempatlah Asar diakhir waktu..
tapi kalau terlajak sampai Maghrib?
nauzubillah...

apa akan jadi tiba-tiba Allah balikkan hati cik girfrennya pada orang lain?
adakah incik boifren akan berasa teramat kecewa lalu memohon kepada Allah?
tak malu ke bila time susah baru ingat kat Allah??


jom nyanyi lagu WALIBAND pulak...


*ingat mati ingat sakit ingatlah saat kau sulit
ingat-ingat hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat berapa kali maksiat



sambungg...


situasi2:
seorang pakcik yang sedang sakit. tapi tak sakit tenat lagi lah.
masih mampu untuk ke klinik sendiri.
agaknya zaman sekarang memang ramai orang yang sakit.
kalau tak pergi awal-awal pagi, petanglah baru dapat jumpa doktor.
kerana mahu mendapatkan rawatan secepat mungkin,
seawal pukul 6 pagi pakcik yang sakit itu telah ke klinik.
meninggalkan solat Subuh kerana mahu berjumpa doktor.
doktorkah yang menyembuhkan penyakit?
dapatkah penyakit sembuh tanpa izin Allah?
tak salah rasanya kalau bangun pagi-pagi,
berwudhuk, solat subuh...
kemudian, berdoalah kepada Allah agar penyakit kita dikurangkan.
selesai berdoa, segeralah ke klinik..
hurmmm, dunia zaman sekarang~



paham sudahh??
marilah kita berusaha menghindari situasi-situasi di atas..
semoga Alla jualah yang menjadi tempat kita bergantung...ameen~




:: KALAU TIBA-TIBA ORANG YANG KITA SAYANG.............::



kadang-kadang,
bila terpandang sesuatu benda
terdengar sesuatu kisah
terbaca tentang sesuatu
mengingatkan kita kepada sesuatu itu...
(ayat da macam kap.lam.ya.nga)
hehe~=)merapu bila kebosanan melanda...


tengok balik tajuk entry kat atas.
KALAU TIBA-TIBA ORANG YANG KITA SAYANG.........
(sambung sendiri ikut citarasa anda)

tapi atty nak sambung jadi macam nih.
KALAU TIBA-TIBA ORANG YANG KITA SAYANG TINGGALKAN KITA
(sape yang setuju angkat tangan, sape yang tak setuju angkat kaki..)

ORANG YANG KITA SAYANG
disini tidak merujuk kepada boipren atau gilpren
sama ada secara langsung atau tidak langsung

TINGGALKAN KITA
pula merujuk kepada kepemergian mereka menghadap yang Maha Pencipta

KALAU TIBA-TIBA
(sila berada di dalam dunia imaginasi)

sila bayangkan...
tanpa diduga hari ini
kita kehilangan ibu atau ayah yang disayangi

mungkin semalam
kita bersenda gurau dengan mereka
kita buat mereka tersenyum
kita buat mereka tertawa
kita buat mereka berbangga dengan kita

tapi...
mungkin juga semalam
kita terkasar bahasa dengan mereka
kita melukakan hati mereka
kita hancurkan harapan mereka
air mata mereka menitis kerana kita

hari ini...
mereka pergi meninggalkan kita

adakah kita akan tersenyum seperti semalam
adakah kita akan menyesal dengan hari semalam
adakah kita dapat undurkan waktu

atau...
kita akan menangis semahu-mahunya
mengingatkankan dosa-dosa yang belum diampunkan
mengenangkan jasa-jasa yang belum berbalas


peringatan demi peringatan buat insan yang mudah lupa

::keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua ibubapa::


p/s: entry ni ditulis lepas tengok video kawan atty kt facebook tadi...
alfatihah buat arwah..
semoga sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman..
doa anak yang soleh akan sentiasa bersama ibubapa kita...




atty sayang mak n ayah..:)
maafkan segala salah silap anakanda yang sentiasa buat silap ini..

Wednesday, January 5, 2011

::RENUNGAN | SEKALI LAGI |::



sekali lagi sebagai renungan untuk saya, kamu, dan dia...

semoga kita sentiasa tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatan..ameen~


...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya...

al baqarah: 216


sungguh indah peringatan yang diberikan pada kita

mungkin ramai yang telah mengetahui
tapi lumrah manusia..pelupa

mungkin juga terdapat segelintir yang tidak tahu
lantas, yang tahu itu..sampaikanlah

jangan terlampau bencikan sesuatu
kerna pengetahuan kita amat terbatas

jangan pula amat sayangkan sesuatu
mungkin ia akan memakan diri sendiri


sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui
pohonlah petunjuk dariNya...









Tuesday, January 4, 2011

::RENUNGAN | SIAPAKAH SAUDARA KAMU | ::


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(5)

SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

[JIRAN 40 KIRI, KANAN, ATAS, BAWAH]

Tahu jawapannya.

Tapi nama jiran-jiranmu. Tahukah?

Jiranmu kerja apa?

Ada keluarga atau masih bujang?

Jiranmu senang atau susah?

kita ambil tahukah?

Mana pergi adab hidup berjiran yang sepatutnya kita amalkan?


Peringatan untuk diriku

::antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal. Bagilah salam bila berjumpa dengan orang Islam walaupun tak kenal::

Bukan susah pun,

Wat camnih..

Pandang. Senyum. Ucap ASSALAMUALAIKUM.

::RENUNGAN | APAKAH PETUNJUK KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(4)


APAKAH PETUNJUK KAMU?

[ALQURAN]

Laju menjawab.

Alquran tu apa?

Kitab suci. Kalam Allah. Petunjuk.

Memang pandai menjawab.

Dah ada petunjuk, kenapa masih sesat?

Tak gunakan petunjuk yang ada.

Berapa sekali sehari baca alQuran?

Inilah aku manusia yang tak tahu bersyukur.

Tak nak gunakan petunjuk yang Allah bagi.

Novel. Blog. Majalah. Akhbar.

Tiap2 hari boleh baca.

Dalam masa 5jam, khatam 1novel aku baca.

Nak khatam Alquran sekali setahun pun susah.



Peringatan untuk diriku

::hak Alquran terhadap umat Nabi Muhammad S.A.W, khatam alQuran sekurang-kurang 2kali setahun. ::

Ya Allah ya tuhanku, tetapkanlah diri hamba-Mu ini agar dapat khatam Quranmu sekurang-kurangnya 2kali setahun, agar aku tetap beroleh petunjukmu.


Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

Monday, January 3, 2011

::RENUNGAN | DI MANA KIBLAT KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(3)


DI MANA KIBLAT KAMU?

[KAABAH KIBLATKU]

Teringat lagu nasyid kumpulan Solehah zaman muda belia dulu.

Untuk mudahkan mengingat, digubah dalam bentuk lagu.

Namun bila Azan berkumandang, arah mana dada menghadap?

Kaabah. TV. Laptop. Majalah.


Peringatan untuk diriku

::Kaabah kiblatku. Jangan hanya tahu menyebut. Pastikan sekurang-kurangnya 5kali sehari dadaku menghadap kiblat.::



Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Sunday, January 2, 2011

::RENUNGAN | SIAPA NABI KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(2)

SIAPA NABI KAMU?

[NABI MUHAMMAD S.A.W.]

Itulah yang diajar oleh ayah, mak, ustaz dan ustazah.

Di alam kubur nanti, bila malaikat Allah menggambarkan Nabi di hadapan kita,

Lalu bertanya, “ siapakah lelaki yang diutuskan kepadamu ini?”

Mampukah untuk menuturkan nama yang indah itu?


Peringatan untuk diriku

::orang yang tak amal Sunnah Nabi, tak dapat kenal Nabi. Nabi pun tak kenal umat dia yang tak amal Sunnah Nabi.::


Laksanakanlah urusan seharian kita mengikut Sunnah Nabi, baik dari segi penampilan, pemikiran, makan, minum, mahupun berjalan mengutip bekalan ke akhirat nanti. Moga Nabi mengaku kita sebagai umatnya dan syafaat Nabi akan diperoleh.



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah