::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Tuesday, January 4, 2011

::RENUNGAN | SIAPAKAH SAUDARA KAMU | ::


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(5)

SIAPAKAH SAUDARA KAMU?

[JIRAN 40 KIRI, KANAN, ATAS, BAWAH]

Tahu jawapannya.

Tapi nama jiran-jiranmu. Tahukah?

Jiranmu kerja apa?

Ada keluarga atau masih bujang?

Jiranmu senang atau susah?

kita ambil tahukah?

Mana pergi adab hidup berjiran yang sepatutnya kita amalkan?


Peringatan untuk diriku

::antara tanda akhir zaman, jiran saling tidak kenal mengenal. Bagilah salam bila berjumpa dengan orang Islam walaupun tak kenal::

Bukan susah pun,

Wat camnih..

Pandang. Senyum. Ucap ASSALAMUALAIKUM.

::RENUNGAN | APAKAH PETUNJUK KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(4)


APAKAH PETUNJUK KAMU?

[ALQURAN]

Laju menjawab.

Alquran tu apa?

Kitab suci. Kalam Allah. Petunjuk.

Memang pandai menjawab.

Dah ada petunjuk, kenapa masih sesat?

Tak gunakan petunjuk yang ada.

Berapa sekali sehari baca alQuran?

Inilah aku manusia yang tak tahu bersyukur.

Tak nak gunakan petunjuk yang Allah bagi.

Novel. Blog. Majalah. Akhbar.

Tiap2 hari boleh baca.

Dalam masa 5jam, khatam 1novel aku baca.

Nak khatam Alquran sekali setahun pun susah.



Peringatan untuk diriku

::hak Alquran terhadap umat Nabi Muhammad S.A.W, khatam alQuran sekurang-kurang 2kali setahun. ::

Ya Allah ya tuhanku, tetapkanlah diri hamba-Mu ini agar dapat khatam Quranmu sekurang-kurangnya 2kali setahun, agar aku tetap beroleh petunjukmu.


Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

Monday, January 3, 2011

::RENUNGAN | DI MANA KIBLAT KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(3)


DI MANA KIBLAT KAMU?

[KAABAH KIBLATKU]

Teringat lagu nasyid kumpulan Solehah zaman muda belia dulu.

Untuk mudahkan mengingat, digubah dalam bentuk lagu.

Namun bila Azan berkumandang, arah mana dada menghadap?

Kaabah. TV. Laptop. Majalah.


Peringatan untuk diriku

::Kaabah kiblatku. Jangan hanya tahu menyebut. Pastikan sekurang-kurangnya 5kali sehari dadaku menghadap kiblat.::



Bila terbit sang suria
Begitulah semangat tegar
Meskipun musim kan silih berganti
Ku terus melangkah
Daku gagahi
Mencari arah
Oh Tuhan
Sinari lah kiblat ku

Kala sujud ku ada kesyukuran
Dalam mimpi ada sedih
Menghantui andai ku alpa
Langit kejayaan ku
Berkiblat pada Mu
Hanya satu...

Sunday, January 2, 2011

::RENUNGAN | SIAPA NABI KAMU |


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI(2)

SIAPA NABI KAMU?

[NABI MUHAMMAD S.A.W.]

Itulah yang diajar oleh ayah, mak, ustaz dan ustazah.

Di alam kubur nanti, bila malaikat Allah menggambarkan Nabi di hadapan kita,

Lalu bertanya, “ siapakah lelaki yang diutuskan kepadamu ini?”

Mampukah untuk menuturkan nama yang indah itu?


Peringatan untuk diriku

::orang yang tak amal Sunnah Nabi, tak dapat kenal Nabi. Nabi pun tak kenal umat dia yang tak amal Sunnah Nabi.::


Laksanakanlah urusan seharian kita mengikut Sunnah Nabi, baik dari segi penampilan, pemikiran, makan, minum, mahupun berjalan mengutip bekalan ke akhirat nanti. Moga Nabi mengaku kita sebagai umatnya dan syafaat Nabi akan diperoleh.



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Saturday, January 1, 2011

::RENUNGAN | SIAPA TUHAN KAMU | ::


RENUNGAN UNTUK DIRI SENDIRI (1)

Hanya merenung kembali persediaan yang telah dilakukan selama 20 tahun hidup di muka bumi Allah yang fana’ ini. Jika kamu juga seperti saya, marilah renung bersama.



SIAPA TUHAN KAMU?

[ALLAH]

Jawapan selayaknya keluar dari mulut orang Islam.

Bila ditanya oleh malaikat Mungkar nanti,

Pastikah begitukah jawapannya?

Apa yang meluncur dari bibir jika terkejut?

Mungkin Makian? Celaan? Carutan?

Apa bermain difikiran sebelum melelapkan mata?

ALLAH. Boipren. Skandal. Makhluk lain.

Bangkit dari tidur pula?

ALLAH. Kelas. Assignment. Final Exam. Dating.

Apa yang selalu bermain difikiran, itulah sebenarnya yang bertakhta di hati.

Peringatan untuk diriku

::orang yang menyebut selain ALLAH ketika nak mati, maka tiada jaminan syurga untuknya::

Jadikanlah kelaziman menyebut nama ALLAH, puji ALLAH, fikir kehebatan ALLAH dan lihat kebesaran ALLAH..mudah-mudahan di akhir nanti aku dapat mengucapkan LAILAHAILLALLAH... ameen~