::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Friday, December 18, 2009

~M.A.A.L_H.I.J.R.A.H~



1 MUHARAM 1431 / 18 DISEMBER 2009

salam maal hijrah…

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang
penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting
berlaku dalam sejarah Islam.

Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke
Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan
di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh
negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di
Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”

kepada semua muslimin dan muslimat.


Semoga dengan tahun baru ini, kita akan lebih berusaha untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t.

Semoga hijrah kita untuk lebih memahami dan mengamalkan Islam dapat disempurnakan dengan langkah yang istiqamah.

Dan marilah juga kita sama-sama berdoa agar umat Islam di seluruh dunia ini sentiasa berada dalam keadaan aman sejahtera dan dirahmatiNya.

Ameen…(“,)



Salam Maal Hijrah diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia..xkira la kt mane jugak berada...semoga tahun bru nie membawa seribu keberkatan kepada kita dalam menjalani kehidupan seharian..ameen...=)



kepada bakal akak ipar yg celebrate her 24th bdei todei, epi bdei yew...semoga pnjg umo, murah rezeki n dberkati selalu..ameen...lg 1..smoge cepat kawen..hahaha~=p



bile da tawn bru nie, umo pon da mkin bertambah la..waaa~tolong..xnak msok 20th..rsew mcm da tuer sangat jew bile da masok 20tawn nie..hehe~da tawn baru, azam pn kne la bru..tapi xpikir pn lg ap azam tawn nie..yg paling pnting atie nak beruba ke arah yg lbih baek la of course..insyaAllah..i'll try my best to go for it..hehe~lg 1, atie nak epi owez bersame-same insan tersayang...=)

Monday, December 14, 2009

...R.E.S.U.L.T...

….10th DECEMBER 2009….

Akhirnya…hari yang ditunggu-tunggu telah tiba jua…(tak pernah tunggu pun sebenanye)hehe~ kalo 28/10 hari tue perasaanku bercampur baur kerana takut to face the semester’s exam, arinie lagi la macam2 perasaan ade sebab arinie segala persoalan mengenai examku akan terjawab..arinie result kuar..bani xbani nie??nak check kew xpaya??check??xcheck??check??xcheck???waa~tolong3…aku xtaw nk wtpew nyh…

Setelah berfikir sebaik mungkin, aku putuskan…diriku perlu berani menerima hakikat.. ~apa lagi suriati..check jewla…da penat2 jawab exam, xkan nk taw result ko plak??~itula kata hatiku.. lalala… dengan perasaan yg teramat gementar..ak pn login ke UiTM student portal… alhamdulillah..result xkua lg..kol10 mlm nnt bru bley check..haha~bgos gak..xya fikir lg…hehe~

Tp blom kol10 mlm lg kawan2 da rmai yg da check result dyorg..xpewla..malas nk stuck kt line yg bz gyle 2..almaklumla student uitm dr kampus seluruh malaysia nak check result masing2..aku dgn besar hati bg peluang kt dyorg check dulu..lalala~

Kirenye da 11hb gak laa baru check my result…..alhamdulillah…syukur ya Allah..target achieved..alhamdulillah..3.59..rase macam xcayew pn ad..walaupun xmcm org laen yg bley dpt 3.9..4.00..ak tetap bersyukur. Xmengharap pn dpt lebey dari tue sebab aku sedar usahaku tidak sebanyak mana pun..hehe~gembira yg teramat sangat… xtaw nak cakap ap da.. yg pasti, keputusanku sem nie akan motivate me to work harder for the better achievement after this..huhu..

Yang pasti, skang aku rase lebey yakin dengan diriku..akan kuteruskan perjuangan ini.. anugerah dekan untuk 4sem lagi? Den dapat anugerah naib cancelor? Xya bayar dwet pt?haha~tinggi tol angan2..tp kali nie bukan lagi angan2 kosong..aku akan berusaha ke arah itu..sebab aku yakin xdew yang mustahil dalam hidup kita nie.. Nie janjiku pada diriku sendiri, mak, ayah..

Mak,ayah,k.long,abg,k.cik,adeq kwn2 atie, n jugak awak..tq a lot 4 ur support…doakan kejayaan atie yew..atie sayangg all of u.=)

Sunday, November 8, 2009

exam lagi???

akhirnye..pas da sminggu berehat kt uma,

muncul la masenye untuk berjuang untuk 2 papers lg…

both are killer papers??

Urmm…ntahla….

Nampaknye mcm biase, plan tetap xjd..

Cuti smnggu telah digunakn dgn sebaik mungkin…

Bukan untuk study, tp untuk bercuti..hehe.~

So once again…last minute study…

Ap daaa~



after staying up for the whole night........



forth paper:

date: 11 NOVEMBER 2009


location: G1-1 (graha maju)

time: 0900-1200

course: INFORMATION TECHNOLOGY IN BUSINESS

course code: MGT417





TENSIONNN….

Gyle btol paper mgt nyh…

Bley kua soklan cm2??

Bengong btol…

Boyend our expectations….lalala~

Tp nk wt cmnew…

Usaha xcukup sgt kot..

Redha jewla..tawakal….

Tinggal lg 1 paper jew…

Ad mase lagi 3hari untuk study law…

Time to studyyy………….







last paper...

date: 14 NOVEMBER 2009

location: G2-1 (graha maju)

time: 1415-1715

course: BUSINESS LAW

course code: LAW416





for this last paper, lg la malas nk comment papew..huhu~

berasa amat sedih kerana….

Memikirkan kenungkinan untuk repaet paper next sem…

OMG…jgnla kne repeat…

Da la..malas nak pk da..yg pntg skang exam sem1 da abs…

Alhamdulillah…syukur Ya allah…

Keputusanku??

Belum tiba masa untuk berbicara mengenainya..hehe~

Skang masa untuk berpindah ke ORCHARD SQUARE…

Home sweet home???









Saturday, November 7, 2009

me n I again...







Friday, November 6, 2009

mengintai langit......

Bismillahirrahmanirrahim….



Assalammualaikum wrt wbt.



Khas Buatmu,



Bakal suamiku.



Perasaanku yang sering memberontak mencari kepastian sejak sekian lama telah membuatkan aku tergerak untuk menulis warkah ini kepada dirimu yang masih belum kukenali sehingga kini. Tidurku tidak pernah lena memikirkan tanggungjawab besarku yang perlu difikirkan sehingga tiba masanya. Walaupun aku sendiri tidak pasti bilakah masanya akan kunjung tiba, aku berharap catatanku ini dapat memberikan ketenangan dalam diriku yang tanpa jemu memikirkan kehadiran seorang lelaki yang akan menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata untuk dirimu. Itulah cintaku dan hatiku…





Sedaya upaya aku berusaha untuk menjaga maruah dan mahkota diriku sebaik mungkin yang akan aku serahkan kepada suamiku, iaitu dirimu suatu hari nanti…Walaupun tidak pernah bersua muka denganmu, aku tahu kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi kerana aku yakin, apabila tiba masanya, kau akan datang kepadaku, mengambil alih tanggungjawab kedua ibu bapaku, iaitu tanggungjawab menjaga dan mendidikku. Aku hanyalah amanah kepada kedua orang tuaku buat seketika sementara menunggu dirimu melengkapkan diri dengan iman dan ilmu yang diperlukan untuk menunaikan tanggungjawabmu terhadapku.



Kadang-kadang, aku berasa gusar menantikan dirimu kerana aku takut imanku yang sedikit ini membuatkan aku leka lantas membuka pintu hatiku untuk lelaki lain. seboleh-bolehnya, aku cuba menjaga pergaulanku dengan bukan mahramku. Akan tetapi, andai ini tetap berlaku, maafkan dirku. Fikirkanlah kembali bahawa aku hanyalah teman yang dijadikan dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa memerlukan bimbingan darimu. seringkali hampir terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan. Maka selayaknya, kau lah yang muncul dalam hidupku, mendorongku ke jalan yang benar.





Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Bukanlah aku terlalu cerewet dalam mencari pasangan hidup, tetapi telah menjadi lumrah manusia yang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, termasuklah aku.disebabkan janji Allah itulah, aku terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang baik agar aku dikurniakan lelaki yang sebenarnya untukku. Siapakah dia yang menjadi pilihanku?



Aku sedang menanti dia seorang lelaki yang bakal bergelar suamiku. Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, yang sentiasa basah lidahnya dengan zikrullah… biarlah kau seorang yang papa, bakhil, bisu dan buta. Itu akan menyenangkanku. Papa dalam ilmu yang tidak berfaedah dan tidak berguna. Papa dalam memilki sikap-sikap mazmumah. Tetapi kaya dalam ilmu pengetahuan yang berguna, yang mampu menegakkan syiar Islam. Kau kaya dengan sifatmu yang sabar dalam menempuh onak duri kehidupan. Biarlah kau bakhil dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahrammu tetapi amat pemurah meluangkan masamu untuk beribadat kepada Khaliqmu. Biarlah kau bisu dari mengungkapkan ucapan yang boleh meracun akal fikiran, bisu daripada perkataan yang boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi biarlah kau lantang dalam menyuarakan kebenaran dimuka bumi ini. Biarlah matamu buta daripada melihat maksiat dan perkara-perkara lagha. Buta daripada melihat aurat wanita-wanita ajnabi. Tetapi matamu sentiasa terang menyaksikan keagungan Tuhanmu. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.





Aku mengimpikan dirimu yang mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.





Aku tidak pernah mengimpikan kemewahan dunia.Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan kepadaku selama ini. Aku tidak akan sekali-kali membenarkan dirimu menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Juga akan melalaikan aku dengan harta dunia yang banyak itu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.



Dariku,



Bakal isterimu...