::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Monday, January 23, 2012

::DAH SIAP KE??::


Lokasi: D3.13, Blok Al Khawarizmi, Kolej Mencari Jodoh
Masa: Selepas Zohor, sebelum Asar..

Siti A begitu khusyuk dan tekun membaca novel terbaru yang dibelinya, 
Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada...

tiba-tiba......

I, I love you like a love song, baby..
I, I love you like a love song, baby..
I, I love you like a love song, baby..
And I keep hittin' repeat-peat-peat-peat-peat-peat
(ini adalah ringtone belekberi Siti A)

incoming call.....
Nurul B

+ Assalamulaikum....Siti, jom kita keluar.

- Waalaikumussalam..Nak pergi mana? 

+ Jalan-jalan pusing kolej, lepak tasik bagi ikan makan jom.. Bosan la petang-petang ni.

- Ohh, boleh gak. Bila nak pergi?

+ Siap-siaplah dulu... Lagi 10minit Nurul sampai..

- OK.... 

10minit kemudian........

Siti A masih meneruskan pembacaannya sehinggalah pintu biliknya dibuka...

+ Siti, jomlah....

- Eh, dah sampai? Sorry2..jap eh, nak get ready..

+ Astaghfirullahalazim...tak siap lagi? 


*************************************************************************

Senario ini pernah terjadi pada anda semua?
Kebanyakkan orang mungkin pernahla,kan...

Tak kiralah kita yang lambat bersiap,
Atau kawan kita yang lambat bersiap..

Bila kawan kita dah sampai, barulah kita gopoh-gapah bersiap
Padahal kawan kita dah bagi masa kat kita untuk bersiap
Masa tu lah baru kita nak cari baju, seluar yang sesuai..
Pakai mekap segala bagai....

Walaupun kita lambat, kawan kita sanggup tunggu kita..
Last-last, siap gak kita..
Lawa, cun, cantik, comel...

Tapi.......
Mari bercakap tentang ajal, tentang kematian...


Berapa ramai antara kita..
Yang dah siap, yang dah bersedia..
Untuk berjumpa dengan malaikat Izrail..

Sebab kita semua tahu,
kematian itu adalah perkara yang pasti

Cuma,
Kita tak tahu bila kita akan mati
Bila malaikat Izrail nak datang menjemput  kita..

Yang sihat waalafiat,
Mereka rasa susah untuk mereka tiba-tiba mati

Yang muda belia,
Mereka rasa bila dah tua nanti baru mereka akan mati

Tapi, pernah ke kita fikirkan kemungkinan yang kita akan ditimpa kecelakaan,
eksiden, terkena penyakit kronik..ataupun apa jua malapetaka
ketika kita masih lagi berusia dua puluhan..
malahan belasan tahun..

TIADA SIAPA YANG BOLEH CONFIRMKAN 
DIA MASIH AKAN HIDUP PADA ESOK HARI

Bila malaikat Izrail dah sampai,
Tiada siapa yang boleh menghalang..
Tak sempat pun kita nak mintak penangguhan

Tunggu kejap boleh? Nak bersiap dulu ni..

Jika masa itu kita telahpun bersiap,
Dah cukup amalan untuk jumpa Allah SWT,
Alhamdulillah, mungkin kita boleh tersenyum...

Tapi,
Jika masa itu kita masih terkontang kanting,
Macam mana??

Bekerjalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup untuk selama-lamanya
Bekerjalah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok..



notakaki:
ini adalah peringatan untuk semua, terutamanya kepada diri sendiri..
marilah kita bersama-sama menghensemkan diri kita, mengcunkan diri kita,
untuk berjumpa dengan Allah SWT..






Wednesday, January 4, 2012

::FINAL OF THE FINAL::

Ya Allah, kami memohon pada-Mu...
berkatilah segala ilmu yang kami pelajari selama ini.
kuatkanlah daya ingatan kami, ya Allah..
jangan Engkau tarik segala ilmu yang kami pelajari di saat kami amat memerlukannya. bantulah , tolonglah kami ya Allah...
Tuhan yang Maha Penyayang lg Maha Pengasih, berikanlah kejayaan kepada kami dalam final exam kami...
hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan. bantu kami menunaikan impian kedua org tua kami...


Amin ya rabbala'lamin....