::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, October 24, 2010

::final exam part 3 BBA Finance::



finally...

masa yang menakutkan ditunggu telah tiba

(kalau tak ditunggu pun, tetap tiba juga)

baik cakap ditunggu la kot..

nampak macam penting la jugak..

final exam kali yang pertama ketiga

sejak bergelar student UiTM KBM

dah dua kali lepas

patutnya macam xda masalah la..

alah bisa tegal biasa orang cakap..hoh0~

taking this opportunity to wish GOOD LUCKS and ALL THE BEST to all my friends especially BBAF3C students... lets us make our lecturers PROUD of us..tak lupa juga kepada kawan2 atie dmana juga anda berada.. sekarang mmg musim final exam,kn.. so, good luck semua..:)


Thursday, October 21, 2010

::harapanku.kepadamu::


I wonder if he realizes how much I care about him...
That I spend hours thinking about him...
Hours talking about him.
I wonder if he realizes that all my friends know all about him,
But he doesn't even know them.
Does it even cross his mind that someone right under his nose cares so much for him?
That everything makes me think of him....
Many song lyrics remind me of him.
Does it occur to him that the person who loves him is right in front of him?
I guess it's not that obvious.
One day I'll tell him everything...
How I've day-dreamed about us being together...
That I've dreamt of kissing him or being in his arms...
Maybe one day I'll tell him,
But today is not that day...


::apabila tiba masanya, akan kuucapkan I LOVE U itu pada insan yang selayaknya::


one fine day...............

Friday, October 15, 2010

::hadirnya.kesedaran::




Kelas tamat.

Laptop.

Online.

Facebook.


Saat bertukar minit.

Minit berganti jam.

Masa terus berjalan.

Masih menghadap laptop.


YM terus aktif.

FB dari wall si polan.

Terus ke wall si polan.

Solat di akhir waktu.

Buku ilmiah ditolak ke tepi.

Assignment di biar tidak bersentuh.


Bukan hari ini sahaja.

Semalam juga begitu.

Sebelum semalam juga begitu.

Esok masih begitukah?


*imbas kembali*

Awal sem.

Mood takde lagi nak study.

Rilex la dulu.

Nanti kita struggle la.

Banyak masa lagi nih.


*rasa macam baru semalam*

Tapi kini………..


Lihat planner di sudut penjuru meja.

Pandang kalendar tergantung di dinding.

Renung jam di pergelangan tangan

Ini sudah masuk Oktober.


Bukan lagi Julai.

Sibuk dengan pendaftaran kelas.

Pendaftaran subjek untuk sem baru.

Cuba mengenali pensyarah baru.


Ini sudah sampai penghujung.

Exam tinggal berapa hari je lagi.

Study week mungkin penyelamat.

Mungkin juga langsung tidak membantu.


Tak percaya?

Sila percaya, ini bukan mimpi.


Belum bersedia?

Siapa yang peduli.


Hentikan masa?

Ini bukan cerita Doraemon.


Salah siapa?

Internet melekakan?

Facebook sangat seronok?

Masa amat cepat berlalu?

Jangan tuding jari ke mana-mana.


SALAHKAN DIRI SENDRI.

YA, SALAHKAN DIRI SENDIRI.

YANG TIDAK TAHU MENGURUS MASA.

YANG BIARKAN DIRI TERLEKA..



::lain kali tanya IMAN, jangan tanya AIMAN, sebab nanti aiman jawab "AIMAN TAK KISAH"::

::aku.dia.dan.kamu::

sakitku mencintaimu
deritaku merinduimu
seksaku menyayangimu
biarkan aku tanggung sendiri

sumpahmu untuk berubah
entah sudah kali ke berapa
janji kosongmu tak sudah sudah
lepaskan saja aku disini

pergilah kau dari diriku
biar kuteruskan hidup tanpamu
tiada cinta tiada sayangmu lagi
meski hati tidak merelakan

pergilah sayang
jangan kau hiraukan tentang diriku
pergilah sayang
biarkan aku begini





ya Allah Maha Pemurah dan Maha Pencipta, terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia, jika nyata aku bukanlah tulang rusuknya, kikiskanlah pesonanya dari kedua mata....dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada, ku doakan Kau bahagiakanlah keduanya, padaMu kupohon sucikan hatiku, sehingga dapat melaksanakan segala perintahMu dan meninggalkan segala laranganMu...amin, amin ya rabbal alamin.....

Thursday, October 14, 2010

::kisah itu ini::


Suatu kisah

Kisah benar belaka

Seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa

Diusulkan emak tersayang

Bukan calang-calang calon yang diusulkan

Lulusan universiti Timur tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pendek kata tip top!

Si pemuda mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula

Si pemuda menjenguk ke web

Laman Facebook kegemaran ramai

Satu keajaiban!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Namun, bergambar sakan

Aduh!

Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Kerana gambar ditayang

Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal

Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur

Akhirnya solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali

Si pemuda tetap tidak berganjak

Dengan keputusan itu

Wahai Muslimah,

Aku dan kamu

Mari mempelajari

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada

Seribu lelaki

Yang tidak soleh

Wednesday, October 13, 2010

::ini luahan hati::


terasa ingin menulis lagi..
dengan perasaan yang sangat tidak menentu
marah.sedih.bengang.terasa seperti ingin menangis

jangan terasa hati

jangan rasa bersalah

kerana kamu memang tidak bersalah

saya yang bersalah

kerana tidak pernah mahu berterus terang
tentang apa yang disukai
tentang apa yang dibenci

mungkin juga bersalah
kerana membenarkan keadaan itu wujud

kenapa perlu lakukannya??
untuk menghiburkan hati
untuk menunjukkan kasih sayang
untuk menunjukkan keprihatinan

kerana hari ini 12 oktober

dan bukannya 01 april?


cuba bayangkan pula

jika ini terjadi kepada kamu

akan tersenyum bahagiakah kamu



tidak mengapa.saya tidak marah.kerana salah saya sendiri.dan bukan salah kamu.tapi mulai hari ini,sila ingat bahawa saya tidak suka dengan gurauan yang melampau itu.


::ya Tuhanku, aku hambaMu yang kuat. tidak akn menangis menghadapi
perkara yang remeh temeh seperti ini...tidak sama sekali.
semoga aku mampu untuk terus tersenyum::