::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, January 31, 2013

::KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG::


Kalau dulu berbaju labuh, berseluar longgar,
Kini baju semakin singkat, seluar semakin ketat.

Kalau dulu beriya mengutuk orang yang kapel,
Sekarang dia yang asyik berkepit dengan sang jejaka.

Kalau dulu pandangan terbatas, suara terjaga,
Sekarang dunia dah macam dia yang punya.

Dah?
Habis dah?


ingat ni kawan-kawan... ;)


Amboi awak, perasan je perubahan orang,
cepat je nampak kesalahan orang!

Astaghfirullah,
Mungkin memang dia salah.

Tapi awak,
Awak dah betul sangat ke?
Jom cermin diri sekejap...

Awak...
Hablu minAllah cemerlang?
Hablu minAnnas terjaga?
Aurat tertutup sempurna?
Ikhtilat mengikut landasan?

Tapi,
Dia kan dulu memang stok budak2 baik,
Memanglah kita kena berubah, tapi towards better,
Apa guna berubah jadi makin teruk??

MasyaAllah...

Awak,
Kita ada mata, dapat melihat..
Kita ada telinga, boleh mendengar..
Tapi itu lahiriah sahaja,
Hati dia kita tak dapat baca..


faham ini kan? :)


Awak yakin perubahan ni memang atas kehendaknya?
Awak pasti dia bangga dengan perubahannya?

Mungkin baju dia ketat, seluar dia ketat sebab dia makin berisi?
Mungkin jejaka yang dia berkepit selalu tu abang dia, adik lelaki dia?

Awak nak kepastian?
Jom kita tanya empunya badan... :)



notakaki: buat kali ke enam belas ratus, tajuk tiada kaitan dengan entry... my bad.. -.-'



Thursday, January 17, 2013

:: JOM DUDUK DALAM KASUT::




melihat telatah si kecil yang baru dapat kaki, 
berdiri, berjalan, jatuh...
berdiri semula, berjalan lagi, jatuh lagi...

tiba-tiba mata si kecil bersinar,
senyuman mula terukir diwajah yang comel itu..

oh, nampak 'high heels' ibunya..

pantas si kecil itu mencapai "high heels' itu,
menyarungkan kaki kanan ke kasut kiri,
kasut kiri ke kaki kanan..
dan terus memulakan langkah..

baru menapak beberapa langkah,
si kecil dah tersungkur di atas lantai...

*si kecil yang suci itu, buat apa sekalipun, tetap kelihatan comel*

Pernah terfikir kenapa si kecil tadi boleh tersungkur? 

"kasut tu besar sangat"
"dia pakai kasut terbalik"
" budak tu mana reti pakai high heels"

kita tahu kasut tu tak sesuai, tidak selesa untuk si kecil


awak yg bapak orang tu, tak yah la nak try kasut baby.. :p

the same thing goes pada kita si BESAR semua

kalau kita nak pinjam kasut kawan,
mesti pinjam pada kawan yg sesaiz dengan kita,

sebab kita nakkan keselesaan,
nak mudahkan pergerakan,

taknak tersungkur depan orang ramai,
taknak kasut tertinggal di belakang masa kita tengah berlari.

kasut yang sama,
bila dipakai si pemiliknya, mungkin sangat selesa..
tapi bila dipakai oleh orang lain, mungkin langsung tidak selesa.


letakkan diri anda dalam kasut mereka (baca: put yourself in someone's shoes)

nak memahami perasaan kawan anda?
pinjam kasut mereka, pakai untuk pusing 1 shopping mall
ok, tipu....

letakkan diri anda dalam diri mereka,
sentiasa ingat apa yang kita nampak tak selalunya sama dengan apa yang tersurat

jangan mudah sangat nak judge orang
sebab anda bukan hakim..

**en loqman hakim,
walaupon nama awak hakim, awak pun belum ada hak nak judge org




Saturday, January 5, 2013

::SEKALI-SEKALA, PANDANGLAH KE ATAS::


Nobita berada di atas bangunan.

Sizuka berada di tingkat bawah.

Nobita nak panggil Sizuka, tapi Sizuka tak dengar.

Sizuka pon balik cokelat M&M ke bawah, dengan harapan Sizuka akan tengok ke atas, dari mana cokelat tu jatuh.

Cokelat tu jatuh betul-betul di hadapan Sizuka.

Sizuka cepat-cepat amek, langsung tak mendongak ke atas.


dah bertahun rasenye tak tengok cite doraemon.. =.='


Nobita yang mula rasa geram cepat-cepat amek batu, baling sekuat hati, tepat kena kat kepala Sizuka.

Sizuka mula la sumpah seranah, pandang ke atas nak tengok keje malaun mana yang baling batu tu.


Itulah kehidupan.

Sizuka itulah kita.

Masa Allah baghi nikmat, langsung lupa nak bersyukur pada Allah kat atas sana tu.

Tapi bila Allah turunkan musibah, time tu la kita tak malu nak mohon pertolongan dariNya.

Ehh, betul ke kita macam Sizuka?

*sentap*

Mungkin bukan selalu, tapi memang pernah buat camtu.

Jom semua..muhasabah diri semula.. :)