::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, January 20, 2011

::SAYA SAYANG KAMU, SAHABAT::

arinih tiba-tiba terdetik hati untuk membuka semula account friendster atty
yang dah entah berapa lama tak bukak..
nak deactivate account, sayang...


syukur alhamdulillah...
atty dapat baca semula kata-kata sahabat,rakan,teman,kawan..dan juga si dia..:)

just copy n paste kata-kata yang best...
sebagai kenangan
sebagai motivasi
juga sebagai panduan




~bErpenaT lelahLah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan..
janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan..
sebab demikianlah hidup ini diciptakan..
~imam As-Syafie~ :)


Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.




seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang menjadi sahabat paling baik bagi kami?
jawab baginda,

"Seseorang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah, apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu mengenai Islam bertambah, apabila kamu melihat perlakuannya, kamu teringat pada kehidupan akhirat.."


::wahai sahabat, walau dimana jua kita berada sekarang,
semoga kita terus dalam rahmat Allah
dan berjaya mencapai apa jua yang diimpikan..
berkatilah persahabatan kami ini Ya Allah...
teguhkan ukhwah kami buat selama-lamanya... :) ::



Wednesday, January 19, 2011

::AYAH, IBU..AMPUNKAN ANAKMU::




Penyelarasan Kalendar Akademik IPTA Dibuat Secara Berperingkat: Khaled


PUTRAJAYA: Penyelarasan kalendar akademik Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) negara akan dilakukan secara berperingkat bermula sesi akademik 2011/2012 dan dijangka beralih sepenuhnya pada sesi akademik 2013/2014.

Penyelarasan itu akan menyaksikan tarikh pendaftaran pelajar baru dianjakkan dua minggu ke hadapan pada setiap sesi akademik yang akhirnya akan bermula pada bulan September berbanding Jun sebelum ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara rasional anjakan kalendar akademik ini adalah bagi memenuhi konsep perkongsian ilmu dengan masyarakat antarabangsa.

Katanya, dalam proses pengantarabangsaan pengajian tinggi Malaysia, pelajar IPTA perlu didedahkan dalam senario pengajian tinggi antarabangsa melalui pendedahan budaya serta amalan luar.

Bagi pelajar lama katanya, pihak kementerian memberikan fleksibiliti kepada IPTA untuk menentukan sama ada pelajar-pelajar tersebut wajib mengikuti kalendar asal ataupun kalendar baru iaitu pada 1 Ogos, 2011.

Bagi sesi akademik 2012/2013 pendaftaran pelajar baru ditetapkan pada 13 Ogos, 2012 dan pelajar lama pada 20 Ogos manakala bagi sesi akademik 2013/2014 pelajar baru akan mendaftar pada 2 September 2013 dan pelajar lama pada 9 September.

Mohamed Khaled berkata, penyelarasan kalendar akademik ini juga akan meluaskan akses kepada pelajar lepasan diploma politeknik di mana mereka boleh meneruskan pengajian ke IPTA dengan mengguna pakai keputusan akhir atau tamat pengajian mereka.

Penyelarasan ini sekaligus memudahkan proses pemilihan di mana mereka juga boleh memasuki IPTA lebih awal dan tidak perlu menunggu sesi 2012 dan kehilangan masa selama setahun untuk memulakan pengajian, katanya.

Penyelarasan kalendar akademik ini terletak di bawa Fasa Kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara atau “Fasa Pengukuhan”, yang bermula pada 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 31 Disember 2015, kata Menteri itu. – BERNAMA

sumber dari:UTUSAN ONLINE


~bersatu kita warga UiTM~



::kalendar akademik baru dah keluar..tp KPT bagi option pulak kt pelajar lama untuk guna kaleNdar baru atau kalendar lama??ohh..mkin tak paham...=,='::

Tuesday, January 18, 2011

::RONTAAN JIWA::


Hati sunyi

Jiwa sepi


Dunia ciptaan sendiri

Aku terperangkap


Aku mahu kau

Aku perlu kau


Yang sentiasa disisi

Berkongsi itu ini


Buat aku tersenyum

Buat aku ketawa


Mendambakan kau

Mengisi ruang kosong


Berkongsi air mata

Mendamaikan jiwa


Mentarbiyah aku ke jalanNya

Memimpinku ke arah kesempurnaan




::muhasabah hati-aku memerlukan kau yang memerlukanku kerana Allah::




Monday, January 17, 2011

::JANGAN PERNAH KAU BERUBAH::




hari ini

setelah penat mencuba
kita berjaya terbang ke atas

terbang bersendirian
kita jadi leka

leka dengan kedamaian
alpa dengan keindahan

keindahan itu mengujakan
lantas mahu terbang lebih tinggi

hanya satu harapan
meneroka yang tersembunyi

kerana keterujaan itu
kita terus lupa

asal kita dari bawah
bersama mereka yang lain

dulu kita bersama mereka
susah senang jatuh bangun bersama

selangkah kita maju kehadapan
mereka kita tinggalkan

mengapa tidak diajak terbang bersama
kerana tidak mahu berkongsi keseronokan

bagaimana jika tiada keseronokan di atas sana?
malah, mara bahaya yang menanti?
kepada siapa kita berharap?



::kita tidak akan berjaya bersendirian::


~wonderpets cakap..apa yang penting...K.E.R.J.A.S.A.M.A.~