::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, November 8, 2009

exam lagi???

akhirnye..pas da sminggu berehat kt uma,

muncul la masenye untuk berjuang untuk 2 papers lg…

both are killer papers??

Urmm…ntahla….

Nampaknye mcm biase, plan tetap xjd..

Cuti smnggu telah digunakn dgn sebaik mungkin…

Bukan untuk study, tp untuk bercuti..hehe.~

So once again…last minute study…

Ap daaa~



after staying up for the whole night........



forth paper:

date: 11 NOVEMBER 2009


location: G1-1 (graha maju)

time: 0900-1200

course: INFORMATION TECHNOLOGY IN BUSINESS

course code: MGT417





TENSIONNN….

Gyle btol paper mgt nyh…

Bley kua soklan cm2??

Bengong btol…

Boyend our expectations….lalala~

Tp nk wt cmnew…

Usaha xcukup sgt kot..

Redha jewla..tawakal….

Tinggal lg 1 paper jew…

Ad mase lagi 3hari untuk study law…

Time to studyyy………….







last paper...

date: 14 NOVEMBER 2009

location: G2-1 (graha maju)

time: 1415-1715

course: BUSINESS LAW

course code: LAW416





for this last paper, lg la malas nk comment papew..huhu~

berasa amat sedih kerana….

Memikirkan kenungkinan untuk repaet paper next sem…

OMG…jgnla kne repeat…

Da la..malas nak pk da..yg pntg skang exam sem1 da abs…

Alhamdulillah…syukur Ya allah…

Keputusanku??

Belum tiba masa untuk berbicara mengenainya..hehe~

Skang masa untuk berpindah ke ORCHARD SQUARE…

Home sweet home???









Saturday, November 7, 2009

me n I again...







Friday, November 6, 2009

mengintai langit......

Bismillahirrahmanirrahim….



Assalammualaikum wrt wbt.



Khas Buatmu,



Bakal suamiku.



Perasaanku yang sering memberontak mencari kepastian sejak sekian lama telah membuatkan aku tergerak untuk menulis warkah ini kepada dirimu yang masih belum kukenali sehingga kini. Tidurku tidak pernah lena memikirkan tanggungjawab besarku yang perlu difikirkan sehingga tiba masanya. Walaupun aku sendiri tidak pasti bilakah masanya akan kunjung tiba, aku berharap catatanku ini dapat memberikan ketenangan dalam diriku yang tanpa jemu memikirkan kehadiran seorang lelaki yang akan menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata untuk dirimu. Itulah cintaku dan hatiku…





Sedaya upaya aku berusaha untuk menjaga maruah dan mahkota diriku sebaik mungkin yang akan aku serahkan kepada suamiku, iaitu dirimu suatu hari nanti…Walaupun tidak pernah bersua muka denganmu, aku tahu kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi kerana aku yakin, apabila tiba masanya, kau akan datang kepadaku, mengambil alih tanggungjawab kedua ibu bapaku, iaitu tanggungjawab menjaga dan mendidikku. Aku hanyalah amanah kepada kedua orang tuaku buat seketika sementara menunggu dirimu melengkapkan diri dengan iman dan ilmu yang diperlukan untuk menunaikan tanggungjawabmu terhadapku.



Kadang-kadang, aku berasa gusar menantikan dirimu kerana aku takut imanku yang sedikit ini membuatkan aku leka lantas membuka pintu hatiku untuk lelaki lain. seboleh-bolehnya, aku cuba menjaga pergaulanku dengan bukan mahramku. Akan tetapi, andai ini tetap berlaku, maafkan dirku. Fikirkanlah kembali bahawa aku hanyalah teman yang dijadikan dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa memerlukan bimbingan darimu. seringkali hampir terpesong dari landasan kerana aku buruan syaitan. Maka selayaknya, kau lah yang muncul dalam hidupku, mendorongku ke jalan yang benar.





Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Bukanlah aku terlalu cerewet dalam mencari pasangan hidup, tetapi telah menjadi lumrah manusia yang inginkan yang terbaik dalam hidup mereka, termasuklah aku.disebabkan janji Allah itulah, aku terus berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang baik agar aku dikurniakan lelaki yang sebenarnya untukku. Siapakah dia yang menjadi pilihanku?



Aku sedang menanti dia seorang lelaki yang bakal bergelar suamiku. Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan Allah, yang sentiasa basah lidahnya dengan zikrullah… biarlah kau seorang yang papa, bakhil, bisu dan buta. Itu akan menyenangkanku. Papa dalam ilmu yang tidak berfaedah dan tidak berguna. Papa dalam memilki sikap-sikap mazmumah. Tetapi kaya dalam ilmu pengetahuan yang berguna, yang mampu menegakkan syiar Islam. Kau kaya dengan sifatmu yang sabar dalam menempuh onak duri kehidupan. Biarlah kau bakhil dalam memberikan senyuman kepada wanita yang bukan mahrammu tetapi amat pemurah meluangkan masamu untuk beribadat kepada Khaliqmu. Biarlah kau bisu dari mengungkapkan ucapan yang boleh meracun akal fikiran, bisu daripada perkataan yang boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi biarlah kau lantang dalam menyuarakan kebenaran dimuka bumi ini. Biarlah matamu buta daripada melihat maksiat dan perkara-perkara lagha. Buta daripada melihat aurat wanita-wanita ajnabi. Tetapi matamu sentiasa terang menyaksikan keagungan Tuhanmu. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.





Aku mengimpikan dirimu yang mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.





Aku tidak pernah mengimpikan kemewahan dunia.Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan kepadaku selama ini. Aku tidak akan sekali-kali membenarkan dirimu menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Juga akan melalaikan aku dengan harta dunia yang banyak itu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.



Dariku,



Bakal isterimu...

...GPRS…3G…HSDPA…



Regarding to the topic above,it’s my pleasure to continue writing in this cool blog of mine… hehe~my unsatisfactory feelings toward celcom service getting down from days to days…it is because….they had upgraded their service in my hometown..finally,it’s come to the end…alhamdulillah…

It’s almost one and half month aku xblek uma sebenanye..thats why lambat cket nk taw latest news…ngee~ balek2 jew, mak gtaw skang da bley wt vdeo call…da xcited da dengar..tp btol kew?? To ensure that it is true...aku pn bukak la laptop aku…n cucuk my broadband into usb port…lampu yg berkelip2 berwarna biru…kenyataan semakin menyerlah…ak pn tros la try to connect…

connecting……………………………………

connected to celcom hsdpa??? Waa~seronok gyle rasew…bukan ape pn sbenanye..tp 2 la.. just make sure I always get to keep in touch ngn dyer la….hehe~no need to find cc anymore..my broadband is functioning well..lalala~

Urmmm….i’m think that’s all that I can type for this moment..whatever it is, thanks a lot to celcom that always do the best for their customers…walaupun ramai yg skew kutuk celcom, ak pduli ape..celcom tetap besh….p.e.a.c.e…=)

Tuesday, November 3, 2009

~mY fiRst Sem eXam~

tanggal 28 oktober 2009...
akhirnya tarikh yg dtunggu2 tiba jua...
walaupun sebenarnya ditunggu dengan hanya separuh rela...
perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata2...
takut+berdebar+gementar+sedih+gembira+teruja+........yg sewaktu dengannya..

after staying up for the whole night........


date: 28 OCTOBER 2009

location: G1-1 (graha maju)
time: 1415-1715
course: ECONOMY
course code: ECO415


cuak ar gak mule2 nk g exam..almaklumla 1st tyme nk exm since jd dak u..hehe~
cari exam hall pn xjmpew..tmpat baru...xpena msok pn bngunan graha maju 2 b4 this..
akhrnye...berjaya la gak jwb 1st paper utk sem nyh...
tp no comment la...coz got a few problems..
exam hall yg sgt sjok+xckup msew nk jwb..
redha jewla...sbb mak pesan tawakal selepas berusaha..huhu~


2nd paper...
date: 29 OCTOBER 2009
location: G2-1 (graha maju)
time: 0900-1200
course: INTRODUCTION TO HUMAN RESOURCE MANAGEMENT
course code: HRM533


for this second paper, lg la malas nk comment papew..huhu~
lega la cket da 2 paper lepas..stil ad msew nk study utk paper ke3..


3rd paper...
date: 02 NOVEMBER 2009
location: G1-2 (graha maju)
time: 1415-1715
course: FINANCIAL ACCOUNTING
course code: ACC418


xtaw la apew bakal jd kt 3rd paper nyh...
kol1615 ak da cbut dr exam hall..
semata2 nk kejar bas nk blek uma...
hahaaha~gara2 ketensionan dok kt tun mutahir...
tp hope ok la..
soklan dye pn bley tahan la..xsusah sgt...


so skang 3 paper da lepas...alhamdulillah...
tggal lg 2 paper...tp gyle tkowt...
killer 2...MGT417 n LAW416...
tp memandangkan paper 2 lambat lg..sempat la nk struggle kot..hehe~
xsabar nk abs exm...
then cuti sem...waa~seronoknye...huhu...