::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, June 30, 2010

kepura-puraan itu???



Selama ini…

Bertahun lamanya…

Aku hidup dalam kepuraan-puraan…

Kepuraan-puraan yang dicipta tanpa relaku…

Yang dicipta oleh pemikiran yang sempit…

Pemikiran insan kerdil yang terlalu ingin menjaga hati…

Menjaga hati sang arjuna yang hanya wujud dikala kesepian…

Kesepian yang selalu menjengah tanpa diundang…

Salahkah aku??

Salahkah aku yang ingin selalu menjaga hatinya?

Perlukah???

Perlukah aku teruskan..

Dengan kepuraan-puraan ini?

….Di akhir nanti….



Dalam kedinginan pekat malam

Termenung aku sendirian

Menginsafi nasib diri

Yang semakin kecundang

Dalam lautan ragam manusia…

Aku cuba berdiri gagah

Menongkah arus yang kian deras

Memerah segala kudrat yang ada

Berbekalkan

Secebis keimanan

Segenggam harapan

Dan secebis nasihat

Yang berjaya kukutip

Dalam perjalanan hidup…

Kini,

Aku menyedari suatu hakikat

Yang amat sukar ditelan

Hakikat yang bisa menyebabkan

Hati dan akalku saling memberontak

Enggan bekerjasama lagi

Akhirnya,

Aku terus rebah

Untuk sekelian kalinya…

Wednesday, June 23, 2010

apabila akal yg cerdik mula menjadi bodoh...

Aku pernah fikir yang logik akal ni hebat. Logik akal manusia anugerah yang tiada dalam penciptaan mahluk lain di muka bumi ni. Aku pernah fikir yang manusia terdidik ni logik akalnya jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mendapat pendidikan. Aku juga pernah fikir tiada salahnya meluahkan logik akal secara lepas bebas.

Itu apa yang pernah aku fikir…

Aku tengok, makin ramai yang mula gila menggunakan logik akal masing-masing mengatasi segala-galanya. Aku tengok seseorang yang rasa dia sangat terdidik mula mengenepikan pandangan orang lain dan rasa logik akal dia sahaja yang betul. Aku juga tengok makin ramai yang tanpa segan silu mula meluahkan logik akal yang sebenarnya lansung salah secara lepas bebas.

Itu yang aku tengok…

Aku rasa tiada salahnya kalau nak guna logik akal dalam perkara yang sistematik dan mempunyai corak yang berulang. Aku rasa tiada salahnya kalau nak guna logik akal dalam perkara dan urusan yang nyata memang itu sahaja jalan yang ada untuk mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Tapi aku juga rasa logik akal tidak akan pernah dapat membaca dan menyelesaikan hal berkaitan hati dan perasaan.

Itu apa yang aku rasa…

Kau rasa banggakah dengan logik akal kau itu untuk mencabar sesetengah perkara yang nyata salah? Lalu dengan pantas logik akal akan mula mencari alasan kebebasan bersuara sebagai jawapan untuk mencantas kembali. Kebebasan bersuara itu sampai mana?

Nyatanya, logik akal tetap ada hadnya. Sedarlah di mana had itu berada. Kau manusia, aku manusia. Manusia itu pelupa. Pelupa kaitanya dengan otak. Dalam otak diletakkan akal (kalaulah betul ia ada di situ). Makanya, kau buatlah kesimpulan terakhir untuk analogi bodoh aku ni.

beliamuda: Kau ada akal, kau fikirlah sendiri. Bukan satu dan bukan dua. Tapi banyak.

Wednesday, June 16, 2010

sahabatku.............


kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji dan yang belum diuji....

Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan


Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda kaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan Anda Berbeza dengan Orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa


Jangan Bersedih Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan


Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi

Monday, June 14, 2010

~PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN SISWA NELAYAN~

PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN SISWA NELAYAN

ANJURAN YAYASAN NELAYAN MALAYSIA (YANEM)

01-03 JUN 2010

AIR TENANG RESORT, JANDA BAIK , PAHANG

BERBAKTI MEMBINA MASYARAKAT DAN NEGARA



...anak-anak nelayan berkumpul bersama...



...kumpulan 2ringgit...+fareez+azlimi+faizal+azmi+atie+hanum+saadah+...





...kumpulan 1saat...+daniel+amir+pojie+hazim+ain+linda+ros+...





baris...akan mengahadap kekiri..............berkawad pakai slipar jepun???

bolehlaaa....=)





...after mandi lumpur~kami masih mampu tersenyum...c",)



abg popo....tolongla kami siapkan tali nih....huhu~





...excitedkah kami untuk meredah halangan selepas ini???...





...chayok2...go..go...hazeem..ngeee~...





..lalu aku berenang...lalu aku berenang...lalala~





...juri-juri profesional kami bagi MALAM RAJA LAUT...





...siapakah???....lalala~





...duyung???dugong???...berjaye menarik perhatian audience...





...kami...menunjukkan bakat dalam...IMPIAN SEORANG NELAYAN...





...MY GRUP...2ringgit...2ringgit...





...ANAK NELAYAN BOLEH....yeayhhh!!!...





...inilah hasil kerja kami...kreatif???...





...fasilitator kami sayang....K.INTAN+ABG.POPO+K.ANA+EN.SHAHID+K.JU+ABG A.K...



walaupun sekejap...begitu banyak yang dapat dikutip...semoga kita semua terus cemerlang...dapat berbakti kepada masyarakat dan negara...ameen~...c",)