
Salahkah jika air mata ini menitis,
Kerana menyedari suatu kesilapan yang masih belum diperbaiki?
Salahkah jika air mata ini menitis,
Kerana tersedar diri ini banyak terleka?
Salah jika air mata ini menitis,
Kerana menyedari jauhnya diri dari sifat mahmudah?
Salahkah jika air mata ini menitis,
Kerana sering tewas dengan dugaan hidup?
Salahkah jika air mata ini menitis,
Kerana belum peroleh apa yang diingini?
Sahabat,teman,rakan,kawan…
Ketawalah, ketawalah sepuasnya melihat diri ini menangis
Mungkin kamu tidak mengerti,
Mungkin juga kamu tidak faham,
Atau mungkin kamu belum menyedari??
Ayuh sahabat,teman,rakan dan kawanku sekalian…
Ayuh menuju ke jalan itu…
Jalan yang diredhai oleh Tuhanmu…
::sahabat yang baik adalah yang ada bersama semasa kita ketawa dan menangis,
sama2 merasakan kegembiraan dan kesedihan itu..tapi kenapa sukar dicari??::
No comments:
Post a Comment