Sesungguhnya kehebatan seorang manusia tidaklah ditentukan oleh usia. Pandanglah, lihatlah dunia di sekeliling kita. Terdapat ramai sahaja manusia yang berusia 60 tahun tetapi memiliki jiwa dan pemikiran berusia 6 tahun.
Mereka ini masih tenggelam dalam keseronokan dan hal-hal yang tidak bermakna dalam hidup ini. Sebagaimana mereka begitu mudah dirangsang keseronokan, begitu jugalah mereka ini begitu mudah dikalahkan oleh ujian. Sedikit dugaan hidup menumbangkan kekuatan dirinya.
Mereka ini tidak lebih daripada sekumpulan kanak-kanak yang terperangkap dalam tubuh manusia dewasa.
Sedangkan di satu sudut yang lain, kita bertemu dengan orang muda yang kata-katanya, tingkah lakunya dan pemikirannya menyerlahkan kematangan dan kemanusiaan hakiki.
Jelaslah usia tidak menjamin kehebatan seseorang…
No comments:
Post a Comment