pantun melayu yang selalu kita dengar, menggambarkan sifat masyarakat sekeliling kita yang sanggup mengenepikan keluarga demi kekasih hati tersayang. memang bukan semua yang sanggup melakukan sedemikian rupa, tapi bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu belanga..
kepada yang pernah melakukan demikian atau pernah terlintas di fikiran untuk melakukan, ambillah masa sejenak dan renungkan kembali..
tanpa ibu bapa siapalah anda saudara dan saudari?
siapakah yang selayaknya kita percaya?
si kekasih hati yang baru dikenali atau ibubapa yang menjaga kita sejak kali pertama kita melihat dunia?
redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa
tenangkah kehidupan tanpa restu ibu bapa?
damaikah hidup tanpa redha ayah bonda?
::ku pohon restu darimu, ayah dan ibu::
No comments:
Post a Comment