Bila matahari girang memancarkan cahaya,
Manusia itu bersuara,
“ panasnya nak jalan pergi kelas”
Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum di bumi Allah pula,
Manusia itu terus bersuara,
“ asyik hujan aje, bila baju nak kering”
Bila jadual sem ni banyak kelas petang,
Manusia itu tak jemu merungut,
“ bosan la kelas petang-petang. Pagi asyik tidur aje”
Tapi bila jadual sem depan banyak kelas pagi,
Manusia itu merungut lagi,
“ tak bestnya hari-hari kena bangun awal”
Bila assignment bertimbun-timbun,
Manusia itu menyalahkan lecturer yang banyak berjasa,
“ lecturer nih teruk betol. Tak fikir kita nih ada banyak subjek”
Tapi bila assignment takde langsung,
Manusia itu masih tidak berpuas hati,
“ tak rase macam budak U pulak. Assignment pon takde”
Bila sem ni takde study week,
Manusia itu mengeluh entah pada siapa,
“ hurmm, abis je silibus, teros final. Bila nak study??”
Tapi bila ada study week pulak,
Manusia itu lantang menutur kata,
“ tak guna study week panjang-panjang. Bukan study pon”
Bila kuliah baru je stat dua minggu,
Lambatnya nak cuti sem,
Tapi bila skarang dah dua minggu bercuti,
Lambatnya nak abis cuti,
Bosannya cuti panjang2…
::wahai manusia, apakah yang dicari dalam hidupmu? Kegembiraan? Keseronokan? Belajar bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah. Jangan terus-terusan merungut. Bimbang nanti, Allah tarik kembali segala nikmat yang dipinjamkan::
~Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Engkau kurniaan kepadaku..ameen~
No comments:
Post a Comment