dulu lain.
sekarang lain.
dulu pelajar sekolah..
kini mahasiswa universiti.
oh, ini bukan kisah perjalanan hidup.
hanya sebahagian dari pengalaman yang telah dirasai.
dulu,
bila sebut pelajar sekolah agama
woah, saya sangat respect akan mereka.
sebab....
mereka orang yang soleh
mereka orang yang solehah
mereka rajin mengikuti usrah
mereka sangat menjaga aurat
mereka hafaz 30juzu' alQuran
hingga,
saya berasa malu dengan mereka.
kerana...
saya langsung tidak layak bergandingan mereka
aurat kekadang terbuka sana, terdedah sini
lebih menghafaz lagu jiwang berbanding zikir munajat
sanggup berjam-jam menghadap novel cinta
namun sukar menggunakan 5minit untuk membaca kitab suci alQuran
perlu dipaksa untuk mengikuti usrah.
tapi, ada suara-suara sumbang kedengaran dibelakang
alah, macamlah baik sangat budak sekolah agama tu. tak percaya bacalah paper. dyorang lagi banyak buat hal.
oh, hanya mampu butakan mata, pekakkan telinga.
budak sekolah agama budak baik.
saya masih berpegang itu.
kerana nila setitik, rosak susu belanga.
walaupun hanya setitik nila yang termasuk ke dalam susu, keseluruhan susu perlu dibuang. dah tak boleh diminum. oh, tidak...merepek lagi.
cerita bukan pasal nila
bukan juga pasal susu.
tapi kembali ke cerita asal
cerita budak sekolah agama.
jika dulu saya sangat respect akan mereka
kini tidak lagi.
walau tahu mereka tidak harus dipersalahkan
tapi hanya kerana seorang perempuan yang bijak.
kaitannya, sama seperti perumpamaan di atas.
hati terasa ingin meluahkan segala perbuatan beliau pada saya
tapi tangan malas untuk mengetuk keyboard.
maknanya, biarlah rahsia.
tak baik buka aib orang, kan..kan..kan..:)
sehingga saya terjumpa ini...
apakah sikap kita??
pernahkah kita mendekati 'pendosa-pendosa yang beragama ini',
atau kita sekadar menghina kesilapan, ketersasaran mereka dari jauh sahaja?
kadangkala, ada something di luar jangkaan berlaku dalm hidup mereka ini. sebab
itu dari sebaik-baik manusia, mereka boleh berubah sebegitu rupa. kita yang
biasa-biasa ini, melenting la. kita terlupa bahawa dia rupanya manusia juga.
selesai membaca blog seorang sahabat...
ouchh, sakit!!
tepat terkena batang hidung sendiri.
maknanya,
saya perlu menegur beliau
tapi...
beliau budak sekolah agama.
saya bukan budak sekolah agama.
sudah-sudah!!
beliau manusia.
saya juga manusia.
tanggungjawab sesama manusia.
berpesan-pesan pada kebaikan.
berpesan-pesan pada kesabaran.
ingat ye...
bila menegur pula
bukan hanya sekali
tapi berkali kali sehingga
terjadi salah satu daripada ini.
1.saya mati
2.beliau mati
3.matahari terbit dari barat
4.beliau berubah
sesungguhnya, menyebarkan kebaikan itu adalah tanggungjawab orang yang beriman. tidak kira, saya, dia, kamu atau beliau budak sekolah agama atau tidak...;)
No comments:
Post a Comment