::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, February 3, 2011

::ANDAI ESOK KAU MENINGGALKANKU::



Semalam,
Aku tidak puas hati dengan kau
Hanya kerna kau tak mengejutkanku dari lena di subuh hari
Kau cuba menjelaskan,

Namun,
Aku tetap menyalahkan dirimu
Kerana kau aku lewat ke kelas
Tanpa sempat mendengar penjelasanmu.

Semalam,
Aku memaksa kau menemaniku,
Kau hanya menurut, tidak membantah,
Walau kau punya urusan lain.

Namun,
Bila kau mengajakku menemanimu pula,
Beribu alasan aku berikan,
kau hanya membalas dengan senyum manis.

Semalam,
Aku terperangkap dalam masalah ciptaanku sendiri,
Kau tanpa jemu menjadi pendengar setia,
Tanpa bosan cuba mengeluarkanku dari masalah itu.

Namun,
Bila giliran kau pula ditimpa masalah,
Aku dengan selamba membutakan mata,
Memekakkan telinga dari mengetahui masalahmu.

Semalam,
Niat hatiku hanya ingin bergurau denganmu,
Tapi mungkin kerana gurauanku melampaui batas,
Kau terasa denganku,

Aku sedar,
Dirimu mula berubah,
Namun, aku buat tidak peduli,
Konon diriku langsung tidak bersalah.

Semalam,
Aku telah merosakkan harta kesayanganmu,
Kau tidak marah kerana tahu aku tidak sengaja,
Namun aku dengan egonya, langsung tidak meminta maaf.


Hari ini,
Tiba-tiba aku tersentak,
Seakan baru terjaga dari mimpi panjang,
Satu persatu bermain di layar ingatan.


Sepanjang kita bersama,
Beginikah caraku menyanjung persahabatan kita?


Andai esok kau meninggalkanku..
Pasti aku menjadi orang yang sangat menyesal


Menyesal kerana tidak pernah terlontar ucapan terima kasih atas segala pengorbananmu
Menyesal kerana tidak pernah terucap kata-kata maaf tiap kali aku menyakiti hatimu
Menyesal kerana tidak pernah rasa bersyukur kerana kau setia di sisi tika susah dan senang
Menyesal kerana tidak pernah menghargai dirimu yang hadir dalam hidup ini..




Oh sahabat, rakan, kawan dan jua teman…
Maafkan diriku ini yang telah banyak menyakiti kalian..



No comments: