::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, February 20, 2011

::SEMAKIN HAMPIR::



Specially dedicated to ALL FRIENDS OF MINE..
Semoga kita terus istiqamah dalam mencari kejayaan di dunia dan akhirat..








Sahabatku,
Sedarkah kalian dalam kita melangkah,
Kegagalan itu sentiasa mengiringi kita,
Tak pernah sekali pun kegagalan itu berjauhan dari kita.


Namun,
Tak perlu gusar sahabatku,
Kerana kegagalan itu permulaan bagi kejayaan,
Dengan kegagalan, jalan kejayaan itu semakin hampir.


Saya pernah gagal,
Awak pernah gagal,
Mereka pernah gagal,
Semua orang pernah gagal..
Ada tak sesiapa yang tidak gagal??


Ada sesiapa mahu mempertahankan mereka tidak pernah gagal?


Mungkin anda terlupa,
Mari kita imbas kembali…
Kegagalan bermula sebaik-baik sahaja kita memulakan hidup didunia ini


Semasa kecil,
Ketika kali pertama kau mahu berdiri?
Kau jatuh, kau bangun semula dan kau jatuh lagi.
Selepas itu kau bangun lagi…
Kau tak mengenal erti putus asa,
Kau tak mengenal erti sakit,
Alangkah positifnya hidup seorang kanak-kanak.


Akhirnya,
Kau bukan sekadar mampu berdiri,
Kau mampu berjalan,
Malah mampu berlumba lari dengan anak jiran sebelah.


Kenapa kita tidak bawa persepsi itu sehingga dewasa?
Kenapa kita perlu takutkan risiko, kesilapan & kegagalan?


Bila mentol lampunya gagal menyala,

Thomas Edison cakap,
“I have not failed.
I've just found 10,000 ways that won't work.”


Oh, betapa positifnya beliau..


Kita perlu belajar dari kegagalan,
Semua orang tahu ini,
Setiap kali kita buat kesilapan atas tindakan kita,
kita akan belajar sesuatu yang baru
Juga ia mengajar kita supaya tidak mengulanginya.


Tetapi,
masih ada antara kita yang terlalu fobia akan kesilapan.
Perlu diingat,
Mereka yang tidak pernah gagal adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa dalam hidup sebenarnya.


Sahabatku,
Sedarkah kalian dengan kegagalan itu,
Diri anda akan semakin kuat.


Thomas Edison cakap lagi,
“Many of life's failures are men who did not realize
how close they were to success when they gave up.”


Kejayaan kita semakin hampir.
Jadi, jangan takut untuk gagal.
Jika ada idea, lakukan sahaja.
Gagal atau berjaya itu belakang kira — yang penting KITA CUBA..

8 comments:

zi_anny said...

kita hampir grad ke??
apa kaitan lagu yg dlm video ngan lyric kat lua tu??

khayla fadwah said...

seriously dunno...haha~
orang jiwa kaco..cani la kot...=))

bunga said...

jiwo2..

saya said...

like. like. like

khayla fadwah said...

@bunga: sapo plop la jiwo??haha~

@saya: saya like jgop..:)

Zaher said...

assalamualaikum...
kegagalan adalah milik orang yang tak pernah mencuba...

selagi kita berfikiran positif jalan kejayaan akan sentiasa terbuka luas.

HAZWAN17 said...

boleh jadi pemuisi atty ni

khayla fadwah said...

@zaher:wslm..btol3..hee.. =)
sentiasalah kita jd positif..


@hazwan:haha~boleh eyh??:p