::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, February 9, 2011

::INI LUAHAN HATI::



Tamat je zaman sekolah rendah,
Parents sibuk nak hantar anak ke sekolah agama,
SAM, SMA, SMKA..sekolah agama,
Dengan harapan anak berakhlak mulia.

Ibu bapa bangga anak sekolah agama
Siap banding dengan anak jiran yang pergi MRSM
Konon sekolah lain tak sehebat sekolah agama
Akhlak teruk kalau tak masuk sekolah agama.

Zaman sekolah dulu, dialah BADAR
Bila bercakap pasal akhlak, pasal couple, pasal itu semasa,
Dialah yang paling hebat..

Tup tup tamat sahaja zaman sekolah,
Segala-galanya berubah sekelip mata..

Tudung labuh itu bertukar menjadi selendang
Teramat nipis hingga menampakkan leher dan rambut

Baju yang disekolah dulu teramatlah longgar,
Kini diketatkan seketat yang boleh..

Kenapa begitu ketara perubahan emosi mereka??
Hanya Allah yang tahu..

Kalau dulu dialah yang sibuk menegakkan COUPLE ITU HARAM,
Kini dengan bangganya menayang gambar bersama boifren di facebook..

Ilmu agama hanya diaplikasi dalam pagar sekolah..
Nak salahkan siapa?

Salahkan ibu bapa yang memaksa ke sekolah agama?
Salahkan persekitaran yang sangat mempengaruhi?

Mana pergi ilmu-ilmu yang dikutip selama 5tahun lepas?
Kenapa tak beramal dengan ilmu yang dimiliki?

Memang bukan semua budak sekolah agama begitu,
Tapi majoritinya begitu..

Orang kata,
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..


Beramallah dengan ilmu yang dimiliki
Pastikan perubahan kita ke arah kebaikan..


::dulu ada orang mempertikaikan kenapa ayah dan emak menghantar saya ke MRSM. Bukan belajar agama pun. Mungkin mengharap emak ayah saya menghantar saya ke sekolah agama seperti anaknya. Tapi jika ilmu agama hanya diamal ketika di dalam pagar sekolah, berbaloikah?::

Tak kira lah kat mana pun kita belajar, yang penting kita istiqamah dalam menghayati agama Islam.
Jujur cakap, dulu saya sangat respect dengan budak sekolah agama..
tapi tidak lagi kini… dan saya bersyukur menjadi pelajar MRSM..(perlukah nyatakan ini)hehe~


tiada niat untuk menghentam budak-budak sekolah agama.
Menulis berdasarkan pemerhatian.
Memang saya sendiri bukanlah budak yang baik..


Tapi at least takde la orang cakap, nama aje budak sekolah agama…






6 comments:

♥ zuai™ ♥ said...

haha , samelahh , ayah beria2 nak saya masuk sekolah agama , macam la best sangat , tapi bile tengok budak agama pindah sekolah saya , langsung hilang tanggapan baek saya kat skola agama sebab perangai budah uh terok nak mati -,,-

khayla fadwah said...

tak semua macam tu..
n xsemestinya kat sekolah agama je kita boleh membentuk diri untuk berakhlak mulia..:)

zi_anny said...

sebab bukan senang nak istiqamah,
bukan senang nak tolak godaan duniawi,
bukan senang nak tekadkan hati..
iman kena kuat..

saya pun bukan budak sekolah agama..bukan juga budak mrsm..tapi benda yg sama pernah berlaku depan mata~:)

khayla fadwah said...

tak kisah la sekolah mana2 pon..
sekarang kita 1 u kn zie..hehe~

kiwi said...

betul kata zi_anny tu. jadi budak sekolah agama pun susah jugak. bila bertudung labuh orang kita kata 'ketinggalan zaman'. tapi bila berfesyen orang kita kata 'harap je sekolah agama'.

khayla fadwah said...

kema:ntahla..ak pon xtaw npe ak tulis entry nih..geram kot