Siapa setuju, sila angkat tangan sambil tersenyum..:)
Siapa tak setuju, sila ulang pembacaan tajuk hingga anda
setuju!
::SINGLE IS SIMPLE | COUPLE MAKE TROUBLE::
Ini sebenarnya adalah kata-kata seorang akak senior saya di MRSM dulu, semasa sesi usrah untuk menghalang gejala couple dari terus merebak bukan sahaja dalam kalangan senior, tapi juga junior.
“Akak, saya tak faham. Kenapa akak cakap single tu simple and couple could make trouble pulak?”
Tiba-tiba kedengaran suara dari belakang. Semua mata kini tertumpu pada seorang budak perempuan comel yang bertanya tanpa perasaan bersalah itu. (agak-agak siapalah budak tu kan..he.he.he..)
“Akak taknak jawab. Tapi akak tetap dengan pendirian akak yang statement akak 200% betul. Akak nak awak semua fikir sendiri. Tapi kalau sesiapa rasa statement akak ni salah, sila buktikan.”
Kenapa
::SINGLE IS SIMPLE | COUPLE MAKE TROUBLE::
Kenapa?
Kenapa??
Walaupun ini adalah kisah 8tahun lepas, saya masih mencari dan terus mencari jawapan yang sempurna hingga hari ini. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.
Sepanjang 8tahun ini berusaha mencari kebenaran, inilah yang saya peroleh:
Tahun1: single is simple, couple make trouble. Mungkin sebab bila sorang-sorang, kita bebas nak buat ape je. Tapi bila da kapel, kita kena fikir fasal si dia jugak before do something. Perlu jaga hati kapel tersayang?(oh, simplenya jawapan budak ini)
Tahun2: tengok kapel kat sana, tengok kapel kat sini..mereka macam belangkas. wah, mereka pakai baju warna sama. Susahlah kalau takde baju warna sama kan.. (kalau tak pakai baju warna sama, si dia merajukkah? Oh, trouble)
Tahun3: tak payah susah-susah pegi jauh, tengok contoh terdekat, rumet saya yang baru pandai berjinak-jinak dalam dunia kapel. Kalau boleh nak msg 24/7. Xcukup msg, bergayut pulak. Habislah pokok patah. Fon dah jadi kembarnya. Tak boleh berpisah.(tidakkah kapel itu membazirkan wang dan masa. Oh, trouble lagi)
Tahun4: hari ni giliran pelajar aspuri outing. Esok baru pelajar aspura pulak. Tapi si boifren sanggup fly dari maktab sebab nak celebrate anniversary dengan si girlfren tersayang kt mcD. Kalau kantoi kan da masok JDM. Lagi parah masok JDRM. (oh, kerana kapel sanggop melanggar peraturan. Memang trouble)
Tahun5: awak dah ada kapel. Awak juga dah ada kapel. Kapel lagi penting dari kawan baik kan. Sebab tu bila saya ajak awak temankan saya, awak menolak sebab boifren awak xbagi awak keluar. Kawan diabaikan demi boifren. Tiap kali weekend, saya kebosanan.(ini bukan lagi pemerhatian, tapi apa yang saya rasa)
Tahun6: ok. Saya penat untuk menjadi pemerhati lagi. Akhirnya, saya sendiri yang terjebak dengan gejala couple ini. Adakah kerana saya berasa terpinggir? Atau hanya kerana saya dah abis SPM? So sweet kan bila ada orang yang concern kt kita. Tiap-tiap hari ada nite n morning wish. Bangun pagi ada orang kejut. Masa single dulu kena set alarm sendiri. Kan da boleh bangun awal. Mana troublenya?? (oh, jawapan bila akal mula kurang berfungsi)
Tahun7: kapel tu memang best sangat kan. Ada si dia untuk mengadu bila ada problem, ada si dia untuk teman tengok wayang, ada si dia tolong pimpin tangan masa nak melintas jalan. Menghadap fon lagi lama dari menghadap buku. Solat awal waktu dah bertukar ke penghujung. Indah sangat kann…….
Tahun 7 ½: bila ada problem, kenapa tak mengadu kt Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. Kenapa tak mintak pandangan kat mak ayah. Kenapa sanggup biarkan dia yang belum pasti akan menjadi yang halal buatmu memegang kamu. Kenapa sanggup melengah-lengahkan tanggungjawab sebagai hambaNya. (tiba-tiba akalku berfungsi semula. Syukur alhamdulillah ya Allah)
Tahun8: waoh, sudah masok tahun ke8. Kalau saya jumpa akak senior saya itu semula, saya nak cakap banyak2 terima kasih sebab bagi soklan yang mencabar jiwa dan raga ini. Dan akhirnya, pengalaman jua yang menjadi guru yang terbaik buat saya. Mungkin untuk mereka juga..:)
Tahun ini merupakan my final year as BBA (Hons) (Finance) student of UiTM Malacca City Campus. Dengan semangat yang berkobar-kobar untuk melangkah ke alam pekerjaan sebagai FINANCE EXEC, persoalan ini harus diselesaikan kerana selepas ini saya perlu fokus untuk mencari jawapan where to invest to get highest return, how to reduce inflation in the economy and how to achieve steady economic growth.dah takde mase nak fikir benda2 remeh-temeh ni.. (poyo kan):p
::SINGLE IS SIMPLE | COUPLE MAKE TROUBLE::
Melampau tak kalau saya cakap saya menanti cinta selepas nikah…J
Ya Allah, tabahkanlah hati hamba-Mu dalam menghadapi segala ujian dariMu.
Jadikanlah aku hamba yang istiqamah dalam melaksanakan segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMu..ameen~
13 comments:
salam pagi selasa =)
perkongsian yang menarik, 1 st timen dngr ni...belaja rbenda baru masuk sini =)
ziarah rakan yang saya follow =)
@sissyira: tQ..sj menulis berdasarkan pengalaman...:)
saya pun suka je baca..heheh ;p
su, mintak share ae..hehe ^^
alamak, malu la saya zie...
heee~
belajar dari pengalaman erk atty
hehe~
tp btol la pngalaman itu guru yg paling bagos kot..nasib kejap aje pengalaman yg xbest tu..huhu~
awak. saya setuju! *nampak tak ipah tgh agkat tgn?*
hehe
rasanya awak kena agkt tangan smbil berdiri..
baru sy nmpak..haha~
amboi. atie nak kate ipah r***ah ke? haha
ipah terase ke??haha~
ipah terasa ke??haha~
dalam Agama, apabila seorang lelaki tu dah berkenan pada seorang perempuan..jalanNya adalah bertunang..tiada kapel2.. lagi baik bernikah..:)
@student:btol3...:)
Post a Comment