::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, June 23, 2011

::10 PESANAN BUMI KEPADA KITA::




Berkata Anas Bin Malik r. a;



Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.



1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.



2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.



3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.



4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.



5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.



6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku



7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.



8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.



9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.



10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.




Sekadar peringatan pada diri sendiri
yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia
namun masih ramai lagi manusia yang lalai dan leka



.

Friday, June 17, 2011

::HARI INI 17 JUN 2011::




awal sem
semangat study tak datang lagi
tengah sem
assignments bergunung
akhir sem
final exam muncul
nak go all out pun macam susah
habis je exam
malas nak fikir pasal result
konon2 tak nak amik tahu
tapi sampai je ari result keluar,
lepas subuh terus on laptop
dah berusaha
nak jugak la tahu hasilnya,kan..
(this is so-called my student life cycle)

ni lah yang terjadi lagi untuk kali ke4 as uitm student

sem 3 dah jatuh bergolek -golek
sem 4 ni takut sangat jatuh tersungkur terus

tapi........
bukak je yahoo mail
dah ada email dari uitm


::rasa macam mimpi pun ada,syukur ya Razzaq::


semangat yang hilang dah muncul kembali
alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah
tinggal lagi 1sem untuk struggle
rasa macam tak sabar nak masuk sem 5..hehe~



jalan semakin bercahaya
puncak semakin kelihatan
kan kuteruskan langkah kaki ini



dis.is.my.3rd.time.tiba2.air.mata.mengalir.laju.
tanpa.dapat.kukawal.dipagi.hari.
harini dah 15rejab, bolehlah tunaikan nazar..:)
i'm CFO wannabe, insyaAllah...
~alhamdulillah, ya Allah..siapalah aku tanpa pertolonganMu~

Thursday, June 16, 2011

::PENGALAMAN ITU GURU YANG TERBAIK::



Maha suci Allah…
Indahnya pengalaman itu

Memang tidak dapat dinafikan lagi
Pengalaman itu guru yang terbaik

Kerana untuk mendapatkan pengalaman itu,
Kitalah yang wajib menjadi pelakonnya

Bukan masa
Bukan jua usia
Kesungguhan, keinginan
Yang menjadi ukuran




::pengalaman yang mungkin sangat sekejap, tetapi paling berharga::






::3 MONTHS TO GO::



Bismillah…

cuti semester paling lama
4bulan
11 mei – 12 september

Tapi,
Lama tak menulis

Semasa minggu kuliah,
Walau berkejaran dengan assignment,
Blog masih sempat disentuh,
Idea masih mampu dicerna..

Kini,

Sibuk?
Mungkin..

Ada 24jam sehari

Walau tidak berbuat apa2
Masa itu terus berlalu

Jika dimanfaatkan sepenuhnya
Tetap tidak cukup

bukan,
bukan masa yang menjadi penghalang

tempat yang tidak sesuai
idea yang tidak mahu muncul
itu penghalang utama


ada broadband, coverage takde
ada coverage, laptop takde
ada laptop, idea takde


Johor-Melaka-KL-Johor-Kelantan-Terengganu-Johor-KL-Johor

Tapi utara tetap tak sampai2..:)



p/s: hanya sekadar nak inform tentang cuti2 malaysiaku..:p


Thursday, June 2, 2011

::RHYTHM OF SURRENDER::




Can you hear the rhythm of Allah’s creation?
The rhythm of the clapping of the thunder and the rain.
Can you see the rhythm of Allah’s creation?
The lightning and the leaves, and the seasons as they change.

Watch the children in the field, spinning round and round.
Watch their silly, dizzy falls upon the ground.
They grip on to long grass afraid of spinning with the sun.
Reality deceives them neath the smiling mask of fun.

Can you see the rhythm of Allah’s creation?
The rhythm of the children aging brown hair into gray.
Can you see the rhythm of Allah’s creation?
Alternation of the moon and the stars passing into day.

Watch the grown-ups all twirling with the clock throughout the day.
Watch them spinning with the hours while the clock hands tick away.
They talk and grip the world as they would catch a falling knife.
Reality deceives them neath the musing games of life.

Can you hear the rhythm of Allah’s creation?
The storm against the sand, and the pulsating waves.
Can you see the rhythm of Allah’s creation?
The rhythm of the children running wind upon the graves.


The rhythm of our world beats in surrender to Allah. Our blood and our breathing testify. The rhythm if surrender is a part of who we are.

With each heartbeat and involuntary blink of our eyes.
A part of us we cant deny.




Wednesday, June 1, 2011

::REZEKI ITU DARI ALLAH::




"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya
dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi
tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)


sesungguhnya rezeki itu dari Allah
marilah kita melakukan amalan-amalan yang dapat memurahkan rezeki kita,
insyaAllah..


Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
2. Memperbanyak istighfar
3. Tinggalkan perbuatan dosa
4. Sentiasa ingat Allah
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
7. Tunaikan hajat orang lain
8. Banyak berselawat
9. Buat kebajikan banyak-banyak
10. Berpagi-pagi
11. Menjalin silaturrahim
12. Melazimi kekal berwuduk
13. Bersedekah
14. Melazimi solat malam (tahajud)
15. Melazimi solat Dhuha
16. Bersyukur kepada Allah
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
18. Berdoa
19. Berikhtiar sehabisnya
20. Bertawakal


"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram."
(Ar-ra'd: 28)



::rezeki dari Allah itu tidak kira masa, syukur alhamdulillah ya Razzaq::