::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Monday, September 5, 2011

::AIDILFITRI | HARI RAYA AIR MATA::



Walaupun arini dah 7 Syawal, tapi nak tulis gak pasal hari raya..
Raya sebulan,kan..
So, sempat lagi la nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
Kepada semua... :)




Bermula 2 minggu sebelum Syawal menjelma,
Lagu-lagu raya makin galak berkumandang dicorong radio,
Petanda Aidilfitri makin hampir,
Pembakar semangat untuk melakukan persiapan raya..


Tapi...
Kalau dengar lagu
Dendang Perantau (Allahyarham Tan Sri P.Ramlee),
Musafir di Aidilfitri (Allahyarham S.Jibeng),
Pulanglah (Aishah),
Dari Jauh Kupohon Maaf (Allahyarham Datuk Sudirman Arshad),
dan Lagu Air Mata Syawal (Datuk Siti Nurhaliza)

Agak-agak kita boleh tersenyum bahagia ke?


Lagu yang mendayu-dayu dan menikam kalbu itu
Seolah-olah mengajak kita untuk bersedih
Sedih terkenangkan ayah ibu yang telah meninggal dunia
Sedih kerana berjauhan dari ibubapa dan kaum keluarga
Malah, sedih juga kerana berjauhan dengan kekasih hati dihari mulia..


Dah dengar lagu-lagu yang menghibakan,
Tiba malam Hari Raya,
Kita dihidangkan dengan laungan takbir raya yang mendayu-dayu
Mereka-mereka bertakbir dengan wajah sayu,
Mendorong kita untuk sama bersedih


Tak cukup dengan lagu,
Tak cukup dengan takbir,
Tayangan drama dan filem ditelevisyen turut memainkan peranan,
Sebelum raya hinggalah selepas raya,
Cerita-cerita yang ditayangkan berjaya mengalirkan air mata kita,
Dari kisah keluarga yang ditimpa kemalangan ketika hendak pulang beraya dikampung,
Hinggalah kisah si ibu yang menanggung kerinduan menanti kepulangan anak di Aidilfitri

Bukankah hari raya tu sebenarnya hari untuk kita bergembira?


Kanak-kanak je yang gembira sambut raya?
Bagi kanak-kanak, memang gembiralah menyambut hari raya,
Sebab boleh p kutip duit raya banyak-banyak.. =p


Tapi kita pun mestilah bergembira
Sebab dah berjaya mengharungi bulan Ramadhan
Lagi gembira kalau matlamat Ramadhan tercapai
dan roh Ramadhan tu kita dapat rasa.. :)


Pada hari raya, kita disunatkan pakai pakaian baru dan cantik,
Mandi sunat hari raya, pakai bau-bauan...
Takkanlah dah pakai cantik-cantik, kita nak bersedih pulak..
Maknanya, kita memang kena bergembiralah pada hari raya..


Tapi...
Kenapa lagu raya tu sedih-sedih?
Kenapa takbir raya tu mendayu-dayu sangat?
Kenapa drama hari raya drama air mata?


Tak semua orang bernasib baik macam kita..
Sebulan berpuasa untuk membantu kita memahami kesusahan dan penderitaan fakir miskin,
Takkan dah habis puasa kita nak lupakan mereka macam tu je..
Sebab tu lagu-lagu sedih ni ada, cerita-cerita sedih ni ada..
Untuk ingatkan kita yang kegembiraan tu pun nikmat dari Allah.. :)




notakaki: airmata yang mengalir kerana gembira mungkin lebih bermakna... :)






No comments: