::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Saturday, October 15, 2011

::BAHAGIAKAN MEREKA BERSAMA::



Seorang sahabat tak jemu-jemu mengingatkan..


Kita tidak akan bahagia selagi orang di sisi kita tidak bahagia. 


Untuk kita bahagia, 
carilah orang yang paling hampir dengan kita 
dan bahagiaakanlah mereka. 


Hanya setelah itu, 
barulah kita akan merasa bahagia. 


Bahagia itu tidak memerlukan kos
Bahagia itu tidak akan berkurang jika diberikan..


Bahagia itu umpama cahaya..


Semakin banyak bahagia diberikan, semakin teranglah cahaya itu.. :)


Kata bijak pandai, dengan menyalakan lilin orang lain, 
lilin kita tidak akan padam... 
tetapi kita akan mendapat lebih banyak cahaya.




hapuskan biru, biar semuanya kuning.. :)



Hidup terlalu singkat. 
Hidup hanya sekali. 
Yang pergi tak kan kembali.

Yang hilang, mungkin tumbuh lagi... 
Tetapi tidak semua perkara akan tumbuh semula. 

Apakah ibu-bapa yang 'hilang' akan berganti? 
Apakah anak, isteri, suami yang 'pergi'... akan pulang semula? 

Jadi, hargailah semuanya selama segalanya masih ada. 
Pulanglah ke rumah dengan ceria, tebarkan salam, lebarkan senyuman. 

Mungkin esok, anda tidak 'pulang' 
atau tidak ada lagi sidia yang setia menunggu di sebalik pintu. 
Mungkin anda 'pergi' atau dia yang 'pergi'. 

Hargailah nyawa dan kehidupan dengan sayang dan cinta. 


Kita tidak akan bahagia, selagi orang di sisi kita tidak bahagia!






"I'm Panah Arjuna..I spread the LOVE..."
rasa macam comel sangat ayat nie..
*ok, takdop kaite pom..*



Friday, October 14, 2011

::SELAMAT DATANG KE DUNIA::



14 OKTOBER 2011

Syukur alhamdulillah ya Allah..
Ahli keluarga kami bertambah..
Kehadiran cucu sulong dalam keluarga..

Tahniah buat abang dan akak..
Selamat menjalankan tanggungjawab
Menjaga anugerah yang tidak ternilai ini..

"kanak-kanak ibarat kain putih, 
ibubapalah yang bertanggungjawab mewarnakannya...."


::cucu sulong mak+ayah::

buat baby, 
semoga menjadi nuur buat momi dan abi kamu..
menjadi saadah dalam keluarga besar kita..
menjadi si solehah yang tabah mengharungi ujian hidup..
salam sayang dari auntie.. :) 




Wednesday, October 12, 2011

::LAYAKKAH KITA BERGELAR MUSLIM?::



ini entry berbulan-bulan lama dahulu
dah cukup lama terkurung dalam draft, 
baru sempat di post.. :) 

CUBAAN....bersama USTAZ AKHIL HAYY

Siapa pernah tonton ini?

CUBAAN
ASTRO OASIS (C106)
SABTU, 7.30PM

Mungkin ada antara kita yang telah menjadi rancangan kegemaran mereka
Mungkin juga ada yang pernah menonton, tapi langsung bertukar channel 
(tak menarik katanya)
(kena tengok berita, isu semasa tu penting)
Mungkin juga ada yang tak pernah tahu pun rancangan ni wujud
(sebab OASIS memang bukan channel pilihan)
(sebab busy sangat, tak sempat nak bukak tv)
*anda dimana? tepuk dada, tanya IMAN.. :)*


tak tahu rancangan apakah ini? 
sila baca dengan teliti....
CUBAAN adalah.........
Sebuah program realiti yang menduga secara spontan interaksi masyarakat terhadap perkara-perkara asas kehidupan seorang Muslim.


Tertengok tu masa Hari Raya Aidilfitri,
Jadinya isu yang dibincangkan adalah mengenai 1Syawal..

"Bolehkah kita berpuasa pada 1Syawal,
Apakah hukumnya?"

Soalan nampak macam senang,
Tapi..dengar respon dari para pemuda-pemudi,

"Hari Raya kan, buat apa nak puasa.. "


"Kita diharamkan berpuasa pada 1 Syawal.."


"Tak boleh kot..."


"Tak digalakkan puasa pada hari raya.."


"Makruh kot.."


"Dah sebulan puasa, hari raya kita sambutlah.."


.....dan banyak lagi jawapan...tapi hanya seorang yang menjawab HARAM...


Adik disebelah menyampuk,

"Lar, 1Syawal tu kan salah satu hari yang haram berpuasa..kenapa diorang nak jawab panjang2..Jawab je la, HARAM!!"

Hanya mampu tersenyum memandang adik,
Kerana dia masih lagi seorang gadis yang cuba memahami dunia..

Orang dulu-dulu cakap,
Rambut sama hitam, hati lain-lain..

Orang sekarang-sekarang cakap,
Rambut sama hitam, tahap ilmu agama lain-lain.. :)

Hati tertanya-tanya semula..
Kalaulah saya yang berada di tempat mereka,
Mungkin solan itu saya mampu menjawabnya...

tetapi bagaimana jika beliau bertanya,


"Bilakah tarikh Rasulullah SAW wafat?"


"Siapakah sahabat Rasulullah yang pertama?"


"Berapakah jumlah ayat suci alQuran?"

Mungkin masa inilah baru hendak mencari senaskah alQuran,
Mungkin masa inilah kitab-kitab Sirah dirasakan berguna..
Mungkin masa inilah baru menyedari pentingnya dengar ceramah di surau..

Terdetik di hati,
Layakkah digelar seorang MUSLIM..
Andai artis lebih dipuja berbanding nabi-nabi Allah..
Lagu-lagu lebih fasih dinyanyikan berbanding ayat alQuran..
Pawagam lebih diutamakan berbanding masjid dan surau...

Layakkah kita bergelar MUSLIM,
Bilamana orang bertanya tentang Islam,
Kita tidak mampu menjawab..

Layakkah kita bergelar MUSLIM?
Pastinya jawapan itu ada pada kita..


Teringat peristiwa dalam kelas hubungan etnik, ustaz tanya..

"Malaysia ni negara Islam ke?" 
siapa kata Ya, angkat tangan!

Hanya separuh dari kelas yang angkat tangan,
Maknanya Malaysia ni negara separuh Islam?
*renung-renungkan, dan selamat beramal.. :) *



Saturday, October 8, 2011

:: PERFUME TU WANGI?? ....::




BVLGARI
GUCCI
CALVIN KLEIN
HUGO
DOLCE & GABBANA
CELINE DION

Sebut apa sahaja nama perfume itu,
Dengan yakin dia memberikan komen,

“Perfume tu mahal, tapi sangat wangi”

“Perfume tu bau dia tahan lama, nice”

“Perfume tu ok la, soft..sesuai dengan awak”

Dah boleh ambil alih tugas promoter dah ni.. J

Semua orang nak wangi
Semua orang suka wangi

perfume kat LABUAN duty free.. :)


Sanggup berhabis beratus-ratus
Sebab nak beli perfume yang paling wangi
Perfume yang baunya tahan berjam-jam lamanya,

Mungkin puas hati bila dengar suara-suara halus berkata begini,

“Perfume apa dia pakai tu, wangi gile!”
*kesian, buat apa wangi tapi gila..oppsss*

“Semerbak satu ofis bila dia lalu”

Dia tersenyum senang dengan kata-kata itu,
Lagi-lagi kalau ayat itu keluar dari mulut sang jejaka,
Hati mula berasa bangga,

Astaghfirullah

Betul ke ni rasa bangga?
BANGGA SEBAB DAPAT DOSA?

Kenapa pulak dapat dosa?
Kan Allah suka kalau kita berhias, berpakaian cantik, kemas, wangi…

Betul,
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan

Firman Allah SWT,
“Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan lah kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”
[al Aa’raf:31]

Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas

Melampau lah tu kan kalau harga perfume sampai beratus-ratus
Melampau jugak la kan kalau sampai satu ofis boleh bau perfume kita
Melampau tak kalau sebulan sebotol perfume habis?

Haram hukumnya bagi perempuan yang keluar rumah, baik keluar ke masjid apalagi ke tempat-tempat lain dengan memakai minyak wangi atau haruman

So, kena buang lah minyak wangi yang ada semua ni?
Ehh, jangan…kan dah beratus-ratus duit habis..

Tak salah kalau kita nak pakai perfume,
Pakailah wangi-wangi masa kita ada kat dalam rumah..

Buat apa nak pakai perfume dalam rumah?
Membazir je…

Ha, dah tahu membazir kenapa sanggup berhabis beli perfume?

Pakailah wangi-wangi dalam rumah
Kan ada sang suami…*eheemmmmmmmm….*
(ok, ini in advance..;p)

Tiba-tiba terfikir,
Semua orang suka wangi,
Kita wangi sebab pakai minyak wangi,

Mujur dosa itu tidak berbau,
Kalaulah ia berbau, adakah orang yang hendak mendekati diriku ini?

Jom pastikan diri kita wangi dan terus mewangi dengan menunaikan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah… J