::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, November 27, 2011

::HIJRAH 1433 | HIJRAH HATI::



tahun semakin berganti,
usia semakin bertambah, 
ajal semakin dekat..


sepatutnya apabila umur semakin meningkat,
fikiran semakin matang, tingkah laku semakin bersopan.

apa pun yang kita lakukan, haruslah lebih baik dari sebelumnya.

macam mana nak jadi sentiasa lebih baik??

kita cuma perlukan, HIJRAH!

tak susah nak berHIJRAH,
tapi HIJRAH itu susah!

hijrah itu kesabaran,
hijrah itu jihad,
hijrah itu ketahanan,
hijrah itu pengorbanan,
JIWA, HARTA mahupun KELUARGA..

bila sebut pasal hijrah, 
pasti kita akan terkenang kembali peristiwa hijrah Rasulullah, 
para sahabat dan umat Islam dari kota Mekah ke Madinah..

itu kisah zaman Rasulullah,
zaman kita sekarang,
kita hanya perlu HIJRAH HATI DAN JIWA,
dari keburukan kepada kebaikan..

HIJRAH HATI 
tidak perlukan perpindahan dari bentuk fizikal dan kebendaan, 
tidak perlukan pengorbanan fizikal dan harta benda.

HIJRAH HATI 
perlukan keikhlasan,
perlukan keazaman, kemahuan dan kesungguhan.


Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya didalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, rosaklah seluruh anggota, ketahuilah, itulah hati."
(HR Imam Bukhari & Imam Muslim)


Hati punca tercetusnya segala amalan,
sama ada baik atau buruk, berpahala atau berdosa.

Hati adalah pelengkap utama dalam tubuh manusia.

Hati menjadi tempat jatuhnya pandangan dan nilai Allah SWT terhadap hambaNya

Dihati juga berlakunya amalan niat..

Sebab tu lah kita kena hijrah hati.. :) 



::akhi pesan, kalau kita nak berubah, mulakan sekarang::


Rasulullah SAW bersabda, 
“Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” 
(HR. Muslim)




::ya Allah, ya Razzaq, berikan aku kesempatan untuk bersama mereka::


::SALAM MAAL HIJRAH1433, SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUMNYA::





4 comments:

nikamir said...

salam maal hijrah

Kami Cool

HazwanDotCom said...

salam maal hijrah atty

khayla fadwah said...

salam maal hijrah nik amir, hazwan... =)
semoga tahun ini lebih baik buat kita..

wanni. said...

salam maal hijrah~