PELAKON:
Pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah-sekolah seluruh Malaysia,
termasuk sekolah menengah harian. SM Teknik. SMK Agama,
SBP Integrasi, SM Sains, MRSM, dan juga sekolah-sekolah swasta
SINOPSIS:
SPM 2011 merupakan sebuah cerita yang melibatkan barisan pelakon paling ramai, semuanya adalah terdiri daripada golongan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Kisah bermula pada 14 November 2011, setelah yakin pelakon-pelakonnya telah menghafal skrip jawapan dengan baik, dapat menggunakan rumus yang bersesuaian, hebat menggunakan calculator Casio fx 570MS, dan mampu melukis segala jenis rajah.
Pelbagai gelagat ditonjolkan dalam filem ini, serius, sedih, takut, gembira, rilex aje malah ada yang buat-buat tak tahu. Setelah dua tahun mempersiapkan diri, mereka diberi masa selama tiga minggu untuk membuktikan siapa yang benar-benar hebat, siapa yang bakal meninggalkan Tanah Melayu, siapa yang bakal menyambung pelajaran dengan tajaan sepenuhnya, siapa yang akan jadi orang kebanyakan, siapa yang menyesal tiada kesudahan, dan siapa yang bakal meninggalkan karier sebagai pelakon.. =p
Sila ke pawagam sekolah berhampiran untuk mengetahui kesudahan cerita ini, bagaimana mereka menyambut kemerdekaan dan bagaimana perasaan mereka pada hari terakhir memakai uniform sekolah...
TARGET NILAI KUTIPAN:
STRAIGHT A'S
AMARAN!!
Post ini dipublish hanyalah untuk mengucapkan
GOOD LUCK TO ALL SPM CANDIDATES
BELIEVE IN YOURSELF, HAVE FAITH IN ALLAH
MAY ALLAH BLESS
berusaha, berdoa, then tawakkaltua'lAllah.. =)
langsung tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia apa yang ditulis di atas..
notakaki: baru sedar dah 4tahun tinggalkan alam permaktaban persekolahan. cepatnya masa berlalu. dah final year kt uni pun...tahun depan, dah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan..bila-bila masa, akan masuk ke alam barzakh pulak...sedia dah ke??
No comments:
Post a Comment