::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, November 25, 2010

TAK NAK JADI DEWASA??


Masa zaman kanak-kanak dulu

Nak cepat-cepat jadi dewasa

Boleh pakai kasut tumit tinggi

Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org selalu tanya apa cita-cita

Boleh pergi mana-mana kita suka

Boleh bercinta

Boleh balik rumah lewat malam

Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.

Lama-lama, baru perasan..

Rupa-rupanya...

Jadi dewasa ni...

Kena matang

Kena profesional

Banyak tanggungjawab

Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu

Banyak essay nak kena tulis

Banyak pakai duit

Tak boleh emosional tak bertempat

Kena cari makan sendiri

Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan

Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita

Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina

And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Namun itulah sunnatullah

Perlu hadapi dengan redha dan tabah...



::kadang kadang bila dah banyak sangat problem, memang rase nak balek zaman kanak-kanak je...bestnye..heeee~=)::

Wednesday, November 24, 2010

::DARI AWAL HINGGA AKHIR::



Awl sem.

Mood takde lagi nak study.

Takpe, rilex la dulu.

Banyak masa lagi.

Nanti kita struggle la…


Mid sem.

Esok kuiz ini.

Lusa test itu.

Jumaat submit assignment itu.

Takpe, siapkan assignment dulu.

Test dengan kuiz tu tawakal aje.

Alaa, berapa peratus aje.

Nanti final kita score la...


Akhir sem.

Minggu depan dah final.

Satu apa pon xstudy lagi nih.

Sempat ke nak cover semua?

Carrymark dah la rendah.

Arghhh..tension!!!


Tak boleh dah study last minit.

Otak dah tepu.

Buat aje lah setakat yang mampu.

Takpe, sem depan berubah.

Nanti kita buat betol-betol.

Stop main-main dah..


Takpe, nanti..

Takpe, nanti..

Takpe, nanti..

Dari sem satu,

Sampai sem tiga..

Agak-agak sampai bila terus begini??


::tabiat TAKPE merosakkan bumi diri sendiri. Jangan biarkan sampai tergolek ke bawah baru nak berhenti cakap TAKPE. Tawakal lepas abis berusaha. Usaha pon tak, takde makna la nak tawakal::

Tuesday, November 23, 2010

::JADILAH MANUSIA YANG BERSYUKUR::


Bila matahari girang memancarkan cahaya,

Manusia itu bersuara,

“ panasnya nak jalan pergi kelas”

Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum di bumi Allah pula,

Manusia itu terus bersuara,

“ asyik hujan aje, bila baju nak kering”

Bila jadual sem ni banyak kelas petang,

Manusia itu tak jemu merungut,

“ bosan la kelas petang-petang. Pagi asyik tidur aje”

Tapi bila jadual sem depan banyak kelas pagi,

Manusia itu merungut lagi,

“ tak bestnya hari-hari kena bangun awal”

Bila assignment bertimbun-timbun,

Manusia itu menyalahkan lecturer yang banyak berjasa,

“ lecturer nih teruk betol. Tak fikir kita nih ada banyak subjek”

Tapi bila assignment takde langsung,

Manusia itu masih tidak berpuas hati,

“ tak rase macam budak U pulak. Assignment pon takde”

Bila sem ni takde study week,

Manusia itu mengeluh entah pada siapa,

“ hurmm, abis je silibus, teros final. Bila nak study??”

Tapi bila ada study week pulak,

Manusia itu lantang menutur kata,

“ tak guna study week panjang-panjang. Bukan study pon”

Bila kuliah baru je stat dua minggu,

Lambatnya nak cuti sem,

Tapi bila skarang dah dua minggu bercuti,

Lambatnya nak abis cuti,

Bosannya cuti panjang2…

::wahai manusia, apakah yang dicari dalam hidupmu? Kegembiraan? Keseronokan? Belajar bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Allah. Jangan terus-terusan merungut. Bimbang nanti, Allah tarik kembali segala nikmat yang dipinjamkan::


~Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang Engkau kurniaan kepadaku..ameen~

Saturday, November 20, 2010

::SELAMANYA::



Memori semalam hadir bersama
Sebuah kisah luka
mengingatkan aku akan
Keagungan Tuhan

Sengketa yang melanda
Membuatkan aku sesal sendiri
Perlukah ianya berakhir sebegini
Kini ku sedar setelah lama
Ku mencari
Sebuah persahabatan

Perjalanan kita ini masih jauh
Penuh dengan onak duri
Penuh cabaran
Dan jua rintangan
Perjalanan yang jauh ini
Perlukan teman-teman yang
Memahami yang sejati
Mampu membimbing diri ini

Silaturahim yang telah
Terjalin kini
Bersamalah kita hargai
Walaupun kita terkadang
Bersengketa
Itukan lumrah
Mendewasakan kita
Pengalaman yang dilalui semalam
Mengajar kita hakikat kehidupan

Suka duka kita tempuhi bersama
Menjadi kenangan indah kekal
Untuk selamanya


Sunday, November 14, 2010

::10 Things You Should Know About A True Blue Johorean::


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).

2. They refer to
Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.

3. They pronounce
Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)

5. Diorang ada
ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.

6. Diorang
Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.

7. Pernah (or berangan nak) jadi
Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada
Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

9. Tidur atas
LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **.

10. They never watch
RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk. Apa lagi EKK?


Kamus Johor :

Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah”

Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat)
dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu
(orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”

roti perata – roti canai

semangka -tembikai

epok2 -karipap

Sekadar berkongsi mungkin ramai yang tahu tapi xperasan
by Kawan Kota Tinggi



::bangga jadi rakyat JoHor::
orang joho tulen = orang jawa??


Thursday, November 11, 2010

::SEMBANG PETANG::


Chitchat bersama seorang mamat yang bongok sengal di petang hari sambil berangan angan kat mana nak praktikal walaupun baru je abis part3 and praktikal adalah semasa part6 nanti…lalala~


+ awak amik course ape?

- finance.

+ ohh, nanti mcm mana bidang kerjanya?

- kerja kt bank ke, under ministry of finance ke, xpon mana2 company la.. kn semua ada finance department..

+ ohh.. along, kn?

- apa pulak along??

+along kn finance company, betol lah tu…


Nak gelak golek-golek rase..hahahahahahahahah~ok, sabar atie sabar… nak kena tembak agaknya mamat nih.. ada jugak orang macam nih.. penat aku blaja kt U, dia boleh cakap aku nak jadi along.. helloo, saya bukan ALONG, ANGAH, atau ACHIK.. tapi saya ALANG.. =,=’



jadi ALONG, ANGAH, ACHIK yg nih lagi best kot..;p


::mungkin jugak la along tuh semua xstudent U, berpegang pada prinsip high risk, high return. Tu yang berani jadi along..P.E.A.C.E::

Wednesday, November 10, 2010

::FINALLY, FINAL EXAM DAH ABIS::


17.15P.M
09 NOVEMBER 2010

akhirnya....
berjaya menamatkan peperiksaan akhir sem nih.
keluar dewan dengan perasaan yang bercampur-baur.

GEMBIRA
exam habis = cuti sem bermula

SEDIH
kalau "mimpi" itu menjadi kenyataan

TAKUT
memikirkan result yang bakal diperoleh sem nih

KECEWA
tak dapat buat yang terbaik


*positifkan diri*

USAHA. dah..tp xtaw cukup or x..
DOA. dah jugak...teruskan. jangan berhenti.
TAWAKAL. hanya pada ALLAH tempat kita bergantung.





Thursday, November 4, 2010

::USAHA DAN TAWAKAL::

syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

sedia tidak sedia
3paper telah berjaya ditempuh
tinggal lagi 1paper aje lagi...
yang akan menjadi kayu pengukur kecemerlanganku pada sem ini..

mampukah bertahan?
atau menjadi lebih baikkah?
atau langsung jatuh tergolek ke bawah?

::BIAR TAKDIR YANG MENENTUKAN SEGALANYA::
boleh tak camtuh? =.='



teringat kt pesan sahabat baikku,

::jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaanmu,
tetapi berimanlah bahawa TAWAKAL mu itu semata-mata pada Allah SWT.
Usahalah semampumu :) dan hendaklah dikau pohon dariNya semata-mata.
Bersegeralah kita menuju kejayaan.::


si dia pulak cakap,
even if u feel so tired to seek the knowledge,
keep in your mind that this might be 1 of our greetest deeds that going
to be count during the day of judgment
just imagine, ALLAH is watching you right now and He knows how tired you are
but because of His Deen, you keep on moving forward...


::UiTM...USAHA TAQWA MULIA::
tiba2 aje..haha~