::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, January 26, 2011

::KEMALASAN ITU KEHANCURAN::


Tulisan dari hati kepada minda yang sering tersalah arah

Saya nak dapat dekan
Saya nak dapat 1st class degree
Saya nak jadi finance exec
Saya nak keje dengan gaji besar

Saya nak itu
Saya nak ini
Macam-macam saya nak
Saya nak segala yang terbaik

USAHA
Itu yang paling penting
Saya tahu dan ingat itu
Tapi kadang-kadang saja buat tidak tahu

Saya tahu perlu fokus dalam kelas,
Tapi saya lebih gemar berborak dengan rakan di belakang kelas.

Saya tahu perlu gunakan masa lapang untuk membuat revision,
Tapi saya lebih teruja untuk menonton drama Korea.

Saya tahu perlu siapkan assignment pada hujung minggu,
Tapi saya lebih seronok mencuci mata di shopping mall.

Dengan sikap saya ini
Mampukah saya capai segala kehendak saya itu?

Teringat ayat di dinding kelas dahulu,
Tiada kejayaan semanis madu,
Tanpa pengorbanan sepahit hempedu..

Saya tahu kemalasan yang wujud dalam diri ini semakin merebak
Saya harus menghapuskannya dengan segera
Saya tidak mahu kemalasan ini terus-terusan menghancurkan diri saya
Saya juga tidak mahu menyesal dikemudian hari

Hari ini,
Secara tidak sengaja
Saya terjumpa ayat ini..

"Jika pelajar ekonomi dan kewangan malas dan membaca melompat-lompat, pasti inflasi bertambah."

Sayalah pelajar kewangan itu
Saya jugalah yang pemalas itu
Membaca melompat-lompat itu juga saya
Maknanya saya akan menjadi penyebab pertambahan inflasi?

Pada mulanya saya tidak bersetuju
Saya hanya seorang dari berjuta-juta rakyat Malaysia
Pastilah ia tidak mendatangkan sebarang kesan
Tapi itu jika dilihat dari mata kasar

Saya cuba mengaitkan dengan diri saya
Oh, memang ada kaitan kerana
Saya belajar ini bukan hanya untuk diri sendiri
Tapi juga untuk keluarga, masyarakat, negara dan agama

Saya mahu mencapai cita-cita saya
Saya mahu mengubah nasib keluarga
Saya mahu menyumbang kepada masyarakat
Saya mahu meningkatkan pendapatan negara
Saya mahu memperjuangkan cara Islam dalam segala transaksi






buat pelajar agama, jangan malas jika tidak mahu menempah kesusahan di akhirat kerana fatwa dan ajaran yang menyeleweng.

buat pelajar perubatan, jangan malas jika tidak mahu meninggalkan jarum dalam tubuh pesakit dan membuatkan pesakit anda bertambah sakit.

buat pelajar kejuruteraan, jangan malas jika tidak mahu bangunan runtuh dan jejantas bergoyang-goyang.



::ini bukan lagi masa untuk berangan-angan , mulakan perubahan, berhenti mencipta alasan, jangan bertangguh lagi::

2 comments:

umi Hamraa said...

ehem. ehem. buat pelajar perakaunan, takde ke? hehe

Cik Suria said...

boleh masok sama2 bawah pelajar ekonomi n kewangan kot...

ke nk ckp camni, buat pelajar perakaunan, janagan malas jika tak mahu kunci kura-kura xbalance..haha~