::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, February 10, 2011

::KEMPEN | KAMI TAK SAMBUT VALENTINE DAY::




mari kita bersama-sama menyokong kempen ini..

mungkin ada di antara mereka yang masih belum tahu kisah sebenar disebalik valentine's day ini,
menjadi tanggungjawab siapalah kan untuk memberitahu mereka...
pastilah saya, awak, kamu, dia dan mereka..:)


Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaitu Maharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Rom tidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah ditangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telah meninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan "Love from your Valentine". Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day. [Sumber dari
SINI]


Disebabkan itu, Hari Valentine haram disambut oleh masyarakat beragama Islam..

6 comments:

kindergartenlibrary said...

bagus kalau kempen secara besar-besaran ..
=)

Jom baca :
Kuasa tulisa "

Cik Suria said...

mari berkempen bersama-sama..:)

kiwi said...

saya sukun ^^

Cik Suria said...

sy sokong juga..hehe~

zi_anny said...

su..nak share lagi..hehe :)

Cik Suria said...

sila la zie..:)