Kutatap ayat-ayat itu,
Ayat-ayat yang memberiku semangat,
Walau berpuluh kem motivasi ku hadiri,
Walau beratus buku motivasi ku baca,
Namun ayat-ayat itu lebih bersemangat,
Ayat-ayat itu mengajarku seribu erti..
Aku bukanlah seorang hafiz,
Hanya sebagai pemerhati semata..
Walau begitu,
Inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian
Sebagai ingatan kita bersama..
Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui
melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…
Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu
agar dikau menjadi seorang yang tabah…

Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…
Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu,
hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya,
walaupun terasa berat olehmu…
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu,
hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya,
walaupun terasa berat olehmu…
Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari
dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah
yang ku temui di dalam pengembaraan ini…

Jikalau kau berasa kau bersendirian,
ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati,
kerana DIA sentiasa bersamamu…
Jikalau kau berasa kau bersendirian,
ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati,
kerana DIA sentiasa bersamamu…
Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah,
biarpun seringkali jua aku tersunggur…
ingin ku sampaikan untuk dirimu
agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…
terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat,
namun hanya sekadar ini sahaja
yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…
1 comment:
Teringat time pergi motivasi bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi.. Buku2 belaiu pun best!
Post a Comment