Awak rasa awak dah cukup BAGUS?
Dapat capai apa yang awak impikan
Dan berbangga dengannya?
Awak rasa awak sangat BERBAKAT?
Setiap tingkah laku awak
Buat mereka menghormati awak?
Awak rasa awak adalah yang TERBAIK?
Hanya kerana mereka tidak mampu menandingi awak?
Ok, saya manusia
Awak juga manusia
Lumrah manusia itu sering terlupa
Mari kita ingat-mengingati
Apa yang saya ada
Apa yang awak miliki
Segala-galanya dari ALLAH
Apa yang saya peroleh
Apa yang awak capai
Itu adalah kurniaan ALLAH
Sila jangan berbangga sangat
Dengan segala itu
Dalam sekelip mata
Jika ALLAH tarik semula segala nikmatNya
Dapatkah saya menghalangnya?
Mampukah awak mempertahankannya?
Dengan apa yang saya ada
Dengan apa yang awak miliki
Mari kita manfaatkan
Sebelum kita kehilangannya
::peringatan buat saya yang disini,
juga buat kamu yang disana::
3 comments:
atie..lawa gmbr tu
kan..kan...
amek kt iluvislam je...huhu~
segala nikmat kurniaan Allah adalah pinjaman sementara
Post a Comment