::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Tuesday, May 3, 2011

::ADA AKAL KAN.. | FIKIRLAH::


tanya sama iman apa sebab goyah
nanti jawab iman tanyalah hati

tanya sama hati apa sebab rapuh
nanti jawab hati tanyalah akal

tanya sama akal apa sebab sempit
nanti jawab akal aku malas berfikir



dengan akal,
kita berbeza dengan makhlukNya yang lain
dengan akal juga,
kita mendapat tempat istimewa disisi Allah.

dengan akal,
kita akan berjalan ke arah kebaikan
dengan akal juga,
kita boleh tersesat dalam kejahatan.


firman ALLAH SWT:
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Surah Shod, ayat 29)

hebatnya kuasa akal
namun, kenapa kita malas berfikir menggunakan akal??

akal fikiran itu nikmat terbesar dari Allah
mengapa kita ego
tak mahu gunakan nikmat yang diberi percuma ini?

kemudian ALLAH berfirman lagi,
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.
(Surah Ali-Imraan, ayat 190)

kita tidak menghargai akal fikiran yang ada
kerana sibuk dengan angan-angan kosong?

jangan begitu sahabat,
sesungguhnya angan kosong itu tipu daya syaitan
agar manusia terus alpa dibuai mimpi

Dan demi sesungguhnya, aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong.
(Surah an-Nisaa, ayat 119)

ayuh sahabat,
mari kita bersama menanam iltizam,
mencerna minda, terus berfikir kreatif dan kritis
membuat pertimbangan dengan wajar
agar dapat membuka jalan penyelesaian secara inovatif.

mari amalkan budaya berfikir,
mari kembalikan kegemilangan Islam
seperti yang menyinari zaman Rasulullah SAW,
sahabat dan tokoh ilmuwan terkemuka Islam
seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Ibn Khaldun, Al-Biruni,
Al-Khawarizmi, Al-Ghazali dan ramai lagi.


::menghargai nikmat Allah sebaik mungkin::


3 comments:

HAZWAN17 said...

manusia ialah makhluk yang istimewa kerana dikurniakan akal fikiran tapi zaman sekarang ramai manusia tak guna akal dalam sesuatu tindakan...

khayla fadwah said...

btol3...lumrah hidup kn..:)

Ad-Dien said...

mari sentiasa berfikir kebesaran Allah dan sntiasa muhasabah diri..insyaAllah akan mudah kearah kebaikan..jom bersama WADi..