tanya sama iman apa sebab goyah
nanti jawab iman tanyalah hati
tanya sama hati apa sebab rapuh
nanti jawab hati tanyalah akal
tanya sama akal apa sebab sempit
nanti jawab akal aku malas berfikir
dengan akal,
kita berbeza dengan makhlukNya yang lain
dengan akal juga,
kita mendapat tempat istimewa disisi Allah.
dengan akal,
kita akan berjalan ke arah kebaikan
dengan akal juga,
kita boleh tersesat dalam kejahatan.
firman ALLAH SWT:
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayatnya, dan untuk orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.(Surah Shod, ayat 29)hebatnya kuasa akalnamun, kenapa kita malas berfikir menggunakan akal??akal fikiran itu nikmat terbesar dari Allahmengapa kita egotak mahu gunakan nikmat yang diberi percuma ini?kemudian ALLAH berfirman lagi,Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal.(Surah Ali-Imraan, ayat 190)kita tidak menghargai akal fikiran yang adakerana sibuk dengan angan-angan kosong?jangan begitu sahabat,sesungguhnya angan kosong itu tipu daya syaitanagar manusia terus alpa dibuai mimpiDan demi sesungguhnya, aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka (daripada kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong.(Surah an-Nisaa, ayat 119)
ayuh sahabat,
mari kita bersama menanam iltizam,
mencerna minda, terus berfikir kreatif dan kritis
membuat pertimbangan dengan wajar
agar dapat membuka jalan penyelesaian secara inovatif.
mari amalkan budaya berfikir,
mari kembalikan kegemilangan Islam
seperti yang menyinari zaman Rasulullah SAW,
sahabat dan tokoh ilmuwan terkemuka Islam
seperti Ibn Sina, Ibn Al-Haitham, Ibn Khaldun, Al-Biruni,
Al-Khawarizmi, Al-Ghazali dan ramai lagi.
::menghargai nikmat Allah sebaik mungkin::
3 comments:
manusia ialah makhluk yang istimewa kerana dikurniakan akal fikiran tapi zaman sekarang ramai manusia tak guna akal dalam sesuatu tindakan...
btol3...lumrah hidup kn..:)
mari sentiasa berfikir kebesaran Allah dan sntiasa muhasabah diri..insyaAllah akan mudah kearah kebaikan..jom bersama WADi..
Post a Comment