::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Sunday, December 4, 2011

::DAY OF ASHURA | 10 MUHARRAM::



10 Muharram datang lagi...ini adalah salah satu hari kebesaran umat Islam kerana banyak peristiwa berlaku pada hari yang juga dikenali sebagai HARI ASHURA...:) 


1. Hari pertama Allah menciptakan alam.

2. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

3. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

4. Allah menjadikan 'Arasy.

5. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

6. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

7. Nabi Adam a.s. dicipta.

8. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.

9. Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.

10. Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.




"Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.


11. Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.

12. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.

13. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.

14. Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.

15. Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.

16. Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.

17. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..

18. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

19. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.

20. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

21. Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib 
baginda.

22. Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah Yazid








p/s: sekadar peringatan untuk diri sendiri dan anda semua... =)


notakaki: sesungguhnya bulatan gembira itu memang menggembirakan... =))

2 comments:

zi_anny said...

banyak jugak peristiwa yg tak tahu terjadi masa 10muharam.
tq 4 sahring. hehe :)

p/s: teman orang g bulatan gembira pun mengembirakan juga :D

SYAITAN SRI PADANG SERAI said...

KALI PERTAMA MEYAMPAIKAN CERAMAH HARI ASHURA DALAM SEUMUR HIDUP SEKALI DI SURAU TAMAN SUTERA SEBERANG JAYA PULAU PINANG ITUPUN TAK SEMPAT NAK HABISKAN SAMPAI KE PERISTIWA KE 22 HANYA SEQADAR PERISTIWA KELAPAN SAHAJA! TERIMA KASIH KEPADA TUAN YANG EMPUNYA BLOG YANG SUDI MEMBERI KEIZINAN KEPADA SAYA MEMETIKNYA UNTUK MASLAHAH JAMAAH ISLAM DI SEKITAR SEBERANG JAYA.