::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Thursday, December 8, 2011

::KESEMPURNAAN ITU MILIK AWAK?::




persamaan membina keserasian,
perbezaan saling melengkapkan.. 


pernah dengar ini?
tak pernah dengar pun takpe, asal pernah baca.. ;)

tapi bukan nak tulis pasal persamaan, pasal perbezaan,
jauh sekali pasal keserasian...

tapi, nak cerita pasal kesempurnaan
satu benda penting yang kita tak pernah miliki,
tapi kita selalu rasa ia milik kita...

macam mana ia boleh jadi?
biasalah, kita manusia normal...
sering terlupa, selalu terleka


mungkin kita lupa layang-layang yang gah menari di udara itu adalah kerana bantuan angin..



senyum sikit..nak tengok ada tak lesung pipit... =)

awak, rasa diri sempurna lagi?
sabar dulu, ambil masa, fikir masak-masak, biar sampai rentung pun takpe

jangan nak sombong sangat la..

awak, kanak-kanak lagi mulia dari awak
sebab kanak-kanak ni belum banyak melakukan dosa seperti awak...

awak, orang tua pun lagi mulia dari awak,
sebab si tua itu telah lama beribadat...

awak, orang alim tentunya lebih mulia dari awak,
sebab mereka itu telah banyak ilmu yang dipelajari dan diketahui..

awak, 
even orang jahil, orang jahat malah orang kafir pun lagi mulia dari awak..


macam mana awak boleh cakap diri awak sempurna??


awak, si jahil lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, 
sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui..

awak, jangan sesekali menganggap kita lebih mulia dari orang jahat 
kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, 
katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah 
dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.

apa lagi yang tinggal untuk awak cakap awak sempurna?? 

sudahlah awak,
mari kita gabungkan ketidaksempurnaan kita untuk cipta kesempurnaan.. :)





p/s: maafkan diriku yg tak sempurna.. 
aku bukanlah siapa2 tanpa kamu dan kamu.. :'(



No comments: