::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Saturday, March 30, 2013

::THE VERY FIRST STEP::




mulakan langkah pertama.... :)

Susah kan nak berubah?
Tak tahu nak mulakan dari mana?
Tak perlu risau, tak perlu bimbang, tak perlu susah hati... 


Ingat fiman Allah SWT,
"Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu."
[2:185]


Nabi Muhammad SAW juga bersabda,
Sesungguhnya agama ini (Islam) mudah, dan tidak ada seorang pun yang mempersempitkannya melainkan (agama itu) mengalahkan dia (mengembalikan dia kepada kemudahan). 
[HR al Bukhari:39] 


Walaupun langkah pertama itu sangat susah,
Tapi kita dah buktikan yang kita telah pun berjaya..

 *eh, tadi suruh mulakan langkah pertama, tiba-tiba cakap dah berjaya pulak*

Sabar abang, sabar kakak, sabar adik..
Haaa, lupa lah tu..
jom imbas semula... 

Masa zaman comel-comel dulu tu..
(sekarang pun comel je lg..)
Ingat lagi masa kita mula-mula belajar berjalan?
Ingat lagi berapa kali kita jatuh?
Susah ke senang nak belajar berjalan tu?
Tapi akhirnya kita boleh berjalan tak?
Sebelum boleh berjalan tu, kita boleh berlari ke?

Nampak?
Dari kecik lagi kita dah berani sahut cabaran,
Tak pernah ada pun perasaan putus asa, menyerah kalah.
Takkan dah besar ni jadi penakut pulak?
Dan kita belajar tu, kena la ikut step kan..
Dari meniarap, merangkak, berdiri, berjalan,
Boleh berlumba lari dengan anak jiran sebelah,
Sampailah jadi johan merentas desa...ehhh?


*kembali ke tajuk asal*

Samalah jugak dengan kita nak berubah ni,
Memang susah lah kalau kita nak ubah hidup kita 100%,
Sebab banyak benda yang dah jadi habit, jadi darah daging..

Tapi jangan lupa yang life is an ongoing process
Berubah pun ada processnya..

Adanya niat nak berubah tu pun dah dapat pahala,
Inikan pula bila kita mula melangkah ke arah perubahan..
Semoga pahala terus-terusan bersama langkah perubahan kita.. :)


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam,
maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung.
Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam,
maka dia dari kalangan yang rugi.
Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam,
maka dia di kalangan orang yang celaka


pilihlah sendiri nak jadi orang yg untung, atau orang yg rugi, atau orang yg celaka...

*nangis laju2... :'(*

Masih tak tahu nak melangkah dari mana?

follow this step:

1. on FB, DELETE GAMBA2 yg tak proper, DELETE POST2 mengarut
2. kurangkan layan LAGU JIWANG, lebihkan dengar CERAMAH AGAMA
3. kurangkan baca NOVEL CINTAN, lebihkan baca BUKU MOTIVASI
4. kurangkan baca BAHAN GOSIP, lebihkan baca AL-QURAN
5. kurangkan berFB, berTWITTER, lebihkan berMA'THURAT 
6.kurangkan langkah ke SHOPPING MALL, lebihkan langkah ke MASJID,SURAU
7. bukak wardrobe, check balik baju semua..asingkan UNAPPROPRIATE CLOTHES 
8.kurangkan urusan dengan yg BUKAN MAHRAM, lebihkan masa untuk FAMILY
9.rajin-rajinkan diri, lapang-lapangkan masa berBULATAN GEMBIRA 
10.pergi jalan TAR, beli stokin, hand socks, tudung labuh
(beli, pastu jangan simpan je)



walau kita punya perancangan, namun perancangan Allah jauh lebih indah... :)


notakaki:
dari mana pun kita nak melangkah, tanya diri..
Allah redha ke apa yang kita buat ni?


 

Sunday, March 24, 2013

::WORDLESS MOTIVATION::

always bear in mind...


then, aim ur goal!


get rid unnesessary things!!


from hardest, it will become, harder, hard..
then, it will continuously become easy, easier, and easiest... :)


percaya pada diri, dengan azam dan keyakinan..
jom menuju puncak dunia, sambil mengejar jannah!! 



::MASANYA SEMAKIN SUNTUK::



AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!
AKU NAK BERUBAH!

Ayat itu dah 150 juta kali diulang-ulang
Tapi dia masih lagi belum memulakan langkah pertama


BELUM BERSEDIA untuk berubah 100%?
TAKUT dengan penerimaan masyarakat selepas ini?
TAK PASTI sama ada betul ke tak keputusan yang dibuat?


change for good ain't a crime...berapa kali nak gtaw??

Nak tunggu apa lagi?
Bukan kita tak tahu, 
Esok pasti ada, tapi ia belum pasti untuk kita..

"Aku nak pakai tudung labuh, nak pakai stokin, nak pakai baju labuh..
Tapi nanti mesti orang cakap aku nak jadi ustazah.."
"Aku dah taknak keluar tengok wayang, pergi karaoke, lepak ramai-ramai dengan lelaki..
Tapi nanti mesti diorang cakap aku ketinggalan zaman..
Macam mana kalau diorang dah taknak kawan dengan aku?.."

"Aku dah taknak message-message, calling-calling dengan si dia..
Bukan sebab aku dah bosan dengan dia, tapi aku taknak kami terus-terusan berdosa..
Tapi macam mana aku nak jelaskan kat dia? Dia boleh terima ke?.."


Cukup-cukuplah tu bermonolog sendirian..

mulakan langkah pertama...HARI INI!!
Awak takkan ke mana-mana selagi kaki tu tak mula melangkah

UNTUK BERUBAH, MEMANG SUSAH
TAPI, IA BUKAN MUSTAHIL!!


nak tunggu apa lagi? dah takda masa dah ni... :'(

Takut dengan penerimaan masyarakat sekeliling?
Cuba fikir semula,
Mana lebih penting...
Pandangan Allah terhadap kita atau pandangan manusia terhadap kita?



notakaki:
dengan lafaz bismillah, aku mulakan langkah pertama..
moga Allah redha... :'(


Tuesday, March 19, 2013

::JOM UBAH PAGIKU DAN PAGIMU::





biasa dah kan tengok fenomena camni...

Pagi yang gelap
Kini sudah terang....

Dan rutin harian bermula seperti biasa...

Tetapi hari ini, tidak sama dengan semalam...
Dan semoga hari esok, tidak sama dengan hari ini...


Dalam tren itu...

Seorang adik tengah scroll down FB laju2..
Takut benar jika ada 'berita penting' yang tertinggal
Memandangkan dah lama tak on FB itu..

7jam lamanya..
Sejak last log in pukul 12 malam tadi, sebelum tidur...

Dengan keasyikkan berita-berita di FB,
Si adik langsung tidak mengendahkan orang-orang disekeliling..

Tiba-tiba.............

Kepala diangkat,
Mata tertancap ke hadapan...
Tiada suasana yang indah..
Jauh sekali perkara luar biasa yang terjadi..

Yang kelihatan,
Hanya seorang kakak yang sedang duduk,
Memegang sebuah alma'thurat,
Tenang mengalunkannya...

Hati di sapa pelbagai perasaan...
Mata yang kembali menatap telefon pintar di tangan,
Mula terasa panas..

Telefon pintar lantas dimasukkan dalam beg..

Pelbagai persoalan mula menerjah fikiran..

Bila kali terakhir baca ma'thurat?
Mana lagi penting antara ma'thurat dan FB?
Telefon pintar tu banyak Islamic app, tapi kenapa guna untuk berFB je?

*nangis laju-laju.... :'(*


jom tambah pahala dengan sematfon kita... :D


notakaki: tiap2 hari naik tren, sempat je gunakan 15minit tu untuk baca ma'thurat..
baca ma'thurat, kompem dapat pahala...
tapi baca FB, mungkin dapat dosa bila terbaca fakta @ auta yg tak tahu sumbernya...


jom ubah gaya hidup, jom gapai Mardhatillah... :)


:: IN A RELATIONSHIP??::





buat mereka-mereka yang sedang hangat dilamun asmara
*wekk...muntah hijau*


"a relationship should be between two people, not the whole world"


perlukah semua benda diexposed ke segala laman social yg ada?




reminder to all -  
ur relationship is not a priority unless u are officially married to that person.

Monday, March 18, 2013

::KEEP ALIVE WITHOUT IT::


Walaupun arini ISNIN
Dan orang akan menghidap MONDAY BLUES
Tapi arini 7.32am dah sampai ofis

Sampai AMPANG PARK td,
Tengok berduyun manusia beratur kt McD..

Tengok calendar kt fon,
Ohh, arini 18 March..


mereka beratur untuk ini


Beratur lah wahai manusia...

Aku nak cepat sampai ofis,
Nak sambung tido..

boleh? tak boleh? boleh? tak boleh??
sebenarnya bila cakap pasal McD,
aku tak tahu lah..
kenapa macam susah nak join kawan-kawan yang lain
untuk tak jejak kaki ke sana...
kadang-kadang,
perasaan bersalah tu memang ada..
tapi McFlurry, bubur ayam, double cheese burger selalu memanggil aku.. =.='

tak mati kot kalau tak makan ni..

notakaki: mulai harini, aku akan sedaya upaya melawan nafsu untuk pergi McD....doakan aku kuat, kawan2!!!


Thursday, March 14, 2013

::BICARA HATI::



"Bestnya kalo dapat sama-sama solat jemaah dengan ISTERI.....
cam bahagia je rasanya...."
140312;19.39


Harini.

140313.

Setahun lepas.

Status ini diupdate oleh seorang dia di wall Facebooknya.

Aku yang TERbaca.

Hanya mampu tersenyum (baca:terharu)


Buat seorang dia,
Teruskan usaha mencari si solehah
disamping mempersiapkan diri menjadi si soleh.

Dan ingatlah bahawa ketenangan dan kebahagiaan itu
adalah hembusan dari langit
diturunkan ke lubuk hati orang beriman
mereka tetap berhati teguh
dikala orang lain dalam kegoncangan...


yakinlah dengan ketentuan Allah SWT

motif buat entry ni: nak tunjukkan rasa terharu walaupun dah setahun berlalu...*wink*



my special request for my future husband

Sunday, March 10, 2013

::PAST IS PAST::


 
they say past is past,
we need to move on to see the future
but how can we move on

when our past is the only thing
we ever wanted in the future..


boleh ke nak lupakan kenangan?
boleh ke nak hapuskan memori lama?
boleh ke nak terus hidup dalam dunia ciptaan sendiri?

ayuh sahabatku,
BANGKIT!!
hidup perlu diteruskan
lupakan yang telah berlalu
kita manusia
tak pernah terlepas dari kesilapan

buat peminat Setia Hujung Nyawa,
mesti dah familiar sangat dengan ayat ni, kan... :)

tiada insan suci yang tidak mempunyai masa silam
dan tiada insan berdosa yang tidak mempunyai masa depan


ingatlah

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,

 "Setiap hamba pada hari kiamat tidak akan mengorak langkah menuju ke mana-mana
selagi dia belum selesai disoal-siasat tentang empat perkara,
Pertama : Tentang umurnya di manakah dihabiskan sewaktu di dunia dahulu?
Kedua : Masa remajanya, bagaimana dia menghadapi ujian di waktu itu?
Ketiga : Tentang harta, dari mana dia perolehi dan bagaimana dia membelanjakannya?
Keempat : Tentang ilmunya, apakah dia telah beramal dengan ilmu itu?"
(Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a.)



sentiasa muhasabah diri

Agak-agak boleh jawab keempat-empat soalan tu dengan cemerlang?
tepuk dada, tanya selera iman



so, which of Allah's favour's will you deny?
[55:13]



mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis... :)


Thursday, February 28, 2013

::ANDA SEORANG PEMIMPIN?::


Sesetengah orang mengatakan bahawa
PEMIMPIN ITU DILAHIRKAN

Manakala, sesetengah lagi mengatakan bahawa
PEMIMPIN ITU DIBENTUK

Sejarah membuktikan…


PEMIMPIN telah membuat LALUAN BARU untuk diikuti orang ramai

Kadangkala…
Seorang pemimpin itu mungkin akan terjatuh
Tetapi, mereka bangkit daripada pengalaman
Menjadi semakin kuat


mereka bangkit dari kegagalan untuk menjadi lebih hebat



Bagi seorang pemimpin, cabaran, dugaan, ujian bukanlah suatu penghalang
Mereka melihatnya sebagai peluang

Seorang PEMIMPIN tidak pernah memberikan alasan
“HANYA MANUSIA YANG KAYA AKAN BERJAYA”
Fakta: kurang daripada 1% daripada usahawan berjaya datang dari keluarga yang kaya-raya

Sebaliknya, mereka mencipta kekayaan untuk keluarga mereka

Pemimpin itu tidak terhad pada umur dan pengalaman


Buktinya


kenal siapa dia? tak kenal? sila GOOGLE.. :p


 
Seorang pemimpin itu perlu berwawasan

Seorang pemimpin itu perlu menjadi

EDUCATOR
INNOVATOR
MOTIVATOR
COMMUNICATOR
FACILITATOR
ADVISOR



ADAKAH ANDA SEORANG PEMIMPIN??



tepuk dada, tanya iman..jangan tanya aiman..
nanti aiman jawab, aiman tak kisah… :p

Thursday, January 31, 2013

::KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG::


Kalau dulu berbaju labuh, berseluar longgar,
Kini baju semakin singkat, seluar semakin ketat.

Kalau dulu beriya mengutuk orang yang kapel,
Sekarang dia yang asyik berkepit dengan sang jejaka.

Kalau dulu pandangan terbatas, suara terjaga,
Sekarang dunia dah macam dia yang punya.

Dah?
Habis dah?


ingat ni kawan-kawan... ;)


Amboi awak, perasan je perubahan orang,
cepat je nampak kesalahan orang!

Astaghfirullah,
Mungkin memang dia salah.

Tapi awak,
Awak dah betul sangat ke?
Jom cermin diri sekejap...

Awak...
Hablu minAllah cemerlang?
Hablu minAnnas terjaga?
Aurat tertutup sempurna?
Ikhtilat mengikut landasan?

Tapi,
Dia kan dulu memang stok budak2 baik,
Memanglah kita kena berubah, tapi towards better,
Apa guna berubah jadi makin teruk??

MasyaAllah...

Awak,
Kita ada mata, dapat melihat..
Kita ada telinga, boleh mendengar..
Tapi itu lahiriah sahaja,
Hati dia kita tak dapat baca..


faham ini kan? :)


Awak yakin perubahan ni memang atas kehendaknya?
Awak pasti dia bangga dengan perubahannya?

Mungkin baju dia ketat, seluar dia ketat sebab dia makin berisi?
Mungkin jejaka yang dia berkepit selalu tu abang dia, adik lelaki dia?

Awak nak kepastian?
Jom kita tanya empunya badan... :)



notakaki: buat kali ke enam belas ratus, tajuk tiada kaitan dengan entry... my bad.. -.-'



Thursday, January 17, 2013

:: JOM DUDUK DALAM KASUT::




melihat telatah si kecil yang baru dapat kaki, 
berdiri, berjalan, jatuh...
berdiri semula, berjalan lagi, jatuh lagi...

tiba-tiba mata si kecil bersinar,
senyuman mula terukir diwajah yang comel itu..

oh, nampak 'high heels' ibunya..

pantas si kecil itu mencapai "high heels' itu,
menyarungkan kaki kanan ke kasut kiri,
kasut kiri ke kaki kanan..
dan terus memulakan langkah..

baru menapak beberapa langkah,
si kecil dah tersungkur di atas lantai...

*si kecil yang suci itu, buat apa sekalipun, tetap kelihatan comel*

Pernah terfikir kenapa si kecil tadi boleh tersungkur? 

"kasut tu besar sangat"
"dia pakai kasut terbalik"
" budak tu mana reti pakai high heels"

kita tahu kasut tu tak sesuai, tidak selesa untuk si kecil


awak yg bapak orang tu, tak yah la nak try kasut baby.. :p

the same thing goes pada kita si BESAR semua

kalau kita nak pinjam kasut kawan,
mesti pinjam pada kawan yg sesaiz dengan kita,

sebab kita nakkan keselesaan,
nak mudahkan pergerakan,

taknak tersungkur depan orang ramai,
taknak kasut tertinggal di belakang masa kita tengah berlari.

kasut yang sama,
bila dipakai si pemiliknya, mungkin sangat selesa..
tapi bila dipakai oleh orang lain, mungkin langsung tidak selesa.


letakkan diri anda dalam kasut mereka (baca: put yourself in someone's shoes)

nak memahami perasaan kawan anda?
pinjam kasut mereka, pakai untuk pusing 1 shopping mall
ok, tipu....

letakkan diri anda dalam diri mereka,
sentiasa ingat apa yang kita nampak tak selalunya sama dengan apa yang tersurat

jangan mudah sangat nak judge orang
sebab anda bukan hakim..

**en loqman hakim,
walaupon nama awak hakim, awak pun belum ada hak nak judge org




Saturday, January 5, 2013

::SEKALI-SEKALA, PANDANGLAH KE ATAS::


Nobita berada di atas bangunan.

Sizuka berada di tingkat bawah.

Nobita nak panggil Sizuka, tapi Sizuka tak dengar.

Sizuka pon balik cokelat M&M ke bawah, dengan harapan Sizuka akan tengok ke atas, dari mana cokelat tu jatuh.

Cokelat tu jatuh betul-betul di hadapan Sizuka.

Sizuka cepat-cepat amek, langsung tak mendongak ke atas.


dah bertahun rasenye tak tengok cite doraemon.. =.='


Nobita yang mula rasa geram cepat-cepat amek batu, baling sekuat hati, tepat kena kat kepala Sizuka.

Sizuka mula la sumpah seranah, pandang ke atas nak tengok keje malaun mana yang baling batu tu.


Itulah kehidupan.

Sizuka itulah kita.

Masa Allah baghi nikmat, langsung lupa nak bersyukur pada Allah kat atas sana tu.

Tapi bila Allah turunkan musibah, time tu la kita tak malu nak mohon pertolongan dariNya.

Ehh, betul ke kita macam Sizuka?

*sentap*

Mungkin bukan selalu, tapi memang pernah buat camtu.

Jom semua..muhasabah diri semula.. :)