::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Tuesday, March 22, 2011

::AKHIRNYA | MASA ITU TIBA JUA::



akhirnya...
masa yang ditunggu itu telah tiba... :)

23.MAC.2010



ada orang kata, tarikh ini penentu segalanya..
tapi, betul ke?
bukankah Allah menjadikan rezeki kita dibawah bayang-bayang usaha kita?

maknanya, bukan esok penentu segalanya..
tetapi usaha kita selama ini yang akan menjamin kejayaan

mesti macam2 perasaaan sekarang kan
ada yang excited
ada yang takut
ada yang gementar
ada yang resah gelisah
ada yang rilex je
ada yang tak kisah pun?


hanya sekadar pesanan buat mereka2 yang layak dipanggil adik-adikku sayang,
sila ingat ini:

Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.
Bila Dia tak makbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

pastinya kita telah berusaha sebaik mungkin kan
tetapi Allah jua yang Maha MEngetahui apa yang terbaik buat setiap hambaNya

sila buat pilihan betul-betul
ke mana arah tuju selepas ini
mohon pada Allah agar dimudahkan segala urusan


adeq lambat lagi nak SPM
spesial for my cousin, fakhira..
i know u are smarter than me
tak sabar nak tahu result anda...hehe~
all the best dear.. :)


p/s: dunia sekarang makin maju..boleh check result SPM via SMS aje..



Sunday, March 20, 2011

:: APABILA KITA MULA LALAI::


sekadar berkongsi buat renungan bersama~






Tolong bayangkan siapa ikonmu Tuan Puan,
Siapa ikon anak-anakmu selama ini Tuan Puan,
Siapa idola saudara-saudara anak-anakmu saat ini,
Lihatlah bagaimana anak-anak kita yang sudah
melupakan Baginda Nabi Muhammad,
Mereka lalai kepada Baginda Nabi Muhammad,
Mereka tak ada lagi rasa cinta kepada Baginda Nabi Muhammad,
Mereka bangga dengan ikon artis-artis mereka,
Mereka bangga dengan pemain bola sepak yang mereka banggakan,
Tolong katakan Tuan Puan,
Sudah berapa lama kita lalai hidup di dunia ini,
Sudah berapa lama kita tidak mendidik anak-anak kita,
Untuk mencintai baginda Nabi Muhammad SAW..



terkesima
terkedu
terpegun
tersentak
ter.........

tiada kata yang selayaknya mampu menggambarkan perasaan yang sebenar
semoga kita tidak terus-terusan lalai dalam menyusuri arus duniawi


Friday, March 18, 2011

::KEKUATAN DARI KEINDAHAN AYATMU::



Kutatap ayat-ayat itu,
Ayat-ayat yang memberiku semangat,
Walau berpuluh kem motivasi ku hadiri,
Walau beratus buku motivasi ku baca,
Namun ayat-ayat itu lebih bersemangat,
Ayat-ayat itu mengajarku seribu erti..

Aku bukanlah seorang hafiz,
Hanya sebagai pemerhati semata..

Walau begitu,
Inginku sampaikan dan berkongsi bersama kalian
Sebagai ingatan kita bersama..

Sahabatku yang ku kasihi,
Tiada motivasi yang sesungguhnya ku temui
melainkan kekuatan dari ayat-ayat ini…

Ayat-ayat yang inginku kongsikan bersamamu
agar dikau menjadi seorang yang tabah…




Sahabatku yang ku rindui,
Ketahuilah hakikat bahawa segalanya itu adalah ujian bagimu untuk menguji keimananmu…



Sahabatku,
Sesungguhnya ujian itu sebenarnya dan selayaknya buatmu,
hanya dikau yang mampu untuk menempuhinya,
walaupun terasa berat olehmu…



Sahabatku yang ku kasihi,
Apalah ertinya jikalau kau sentiasa bersedih dengan apa yang berlaku terhadapmu…
Bangunlah dikau dan terus berlari
dan jangan biarkan dirimu terus lumpuh tak berdaya…
Kau adalah orang yang terkuat dan gagah
yang ku temui di dalam pengembaraan ini…


Sahabatku,
Jikalau kau berasa kau bersendirian,
ketahuilah bahawa kau tidak bersendirian…
Masih ada yang sentiasa mendengar keluh kesahmu…
Janganlah dikau takut dan bersedih hati,
kerana DIA sentiasa bersamamu…



Ayat-ayat ini yang selama ini menjadikan ku seorang yang kuat dalam melangkah,
biarpun seringkali jua aku tersunggur…
ingin ku sampaikan untuk dirimu
agar mampu bersama-sama untuk melangkah pergi…
terlalu banyak ayat-ayat yang memberi semangat,
namun hanya sekadar ini sahaja
yang mampu ku sampaikan sebagai tanda ingatanku untukmu…



Tuesday, March 15, 2011

:: KEMBALI MENGIKUT SUNNAH NABI::



"Awak, kita sekarang zaman moden. 
kehidupan kita tak sama macam zaman Nabi dulu.."

ayat ini dilontar kepada saya 7bulan lepas
dah lama..tapi tak mungkin saya akan melupakannya

siapa yang cakap?
mengapa beliau berkata begitu?
*biarlah rahsia* 
tapi siapa makan cili, memang pedas kan rasanya? :)

kenapa tiba-tiba nak ungkit balik cerita yang dah lepas?
bukan mengungkit sebenarnya, tetapi membangkit
isu yang belum selesai

betul cakap awak..
memang sekarang kita zaman moden
bukan lagi zaman Rasulullah
bukan jua zaman Khulafa' arRasyidin..
kita zaman moden, segalanya moden 

tapi mungkin awak terlupa,
saya juga terlupa..

sila ambil purse masing2..
tengok myKad kita
agama Islam kan?

takde tulis?
cuba tengok betol2...
dah nampak dah?
AGAMA:ISLAM

Islam tu sampai sekarang ada lagi kan?
bukan masa zaman Rasulullah dulu je kan?
so, ada beza ke hidup zaman moden dengan zaman Rasulullah..
*mari fikir sama2..ilmu agama saya memang sangat sikit*

mungkin saya tersilap tafsir
mungkin juga awak yang silap memaknakannya

Rasulullah naik unta,
kita naik Proton Inspira,
sebab tu awak cakap hidup kita berbeza dengan zaman Nabi?

tapi...
Sunnah Nabi tu segala amalan Nabi kan?
bukan material atau perbuatan..
memang kita semakin moden
tapi Sunnah Nabi akan terus terpelihara

kerana dunia semakin moden,
kita memandu proton Inspira
tak perlu lagi menunggang unta
tapi pada dasarnya, Inspira dan unta ini sama

sebelum menaiki unta, 
Rasulullah tidak pernah lupa untuk berdoa
begitu juga sebelum kita menaiki Inspira, perlu berdoa
kerana ini Sunnah Nabi

dalam sehari,
berapa kali kita mengaku bahawa
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?
tapi kenapa kita enggan meniru amalan Rasulullah yang kita akui pesuruh Allah??

lihat remaja diluar sana,
fesyen menyerupai orang barat
kenapa mereka berpakaian begitu?
*malas nak cakap banyak dah*



sila tanya Iman,
jangan tanya Aiman,
sebab nanti Aiman jawab,
Aiman tak kisahh............




suka tengok lelaki yang ada janggut seciput tu..
simpan janggut sunnah nabi jugak kan? :)



Monday, March 14, 2011

::PESANAN SAIDINA ALI R.A::




firman Allah SWT dalam surah alZalzalah ayat 7 dan 8:


then shall anyone who has done an atom's weight of good, see it!
and anyone who has done an atom's weight of evil ,shall see it..