::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Friday, December 31, 2010

::BLOGLIST ISTIMEWA UNTUK BLOGGER BARU::


Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.

Sebagai penutup 2010 ni, saya berhasrat nak himpunkan blogger yang mempunyai follower yang kurang daripada 300 orang follower. Saya telah membina page untuk diisikan oleh blogger baru yang bertujuan bagi menaikkan trafik dan meningkatkan follower mereka. Mahu sertai? Ikuti syarat yang berikut:
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang;
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini;
  3. Tinggalkan Link entry tersebut di ruangan komen;
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi;
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda;
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong.

atty nak tag zie, syila,,ipah, n sumew yg bace...=) JOM JOIN RAMAI2..

nak join jugak?? klik la [sini]

Thursday, December 30, 2010

::PENYELARASAN CUTI SEMESTER PELAJAR IPT MALAYSIA::




Mungkin ramai yang dah tahu berita mengenai pelarasan cuti semester
bagi kita-kita yang masih bergelar pelajar dimana-mana IPT di Malaysia.

Mungkin juga ada yang langsung tidak pernah dengar mengenai berita ini.

Atty pon sebenarnya tak sure sangat...
just tahu penyelarasan ini adalah untuk meyelaraskan cuti dengan pelajar diluar negara
maknanya, lepas ni tak kisah la dok u dalam or luar negara
time cuti, semua sama cuti..
senang nak wat reu..hehe~
motif sebenar??

tapi bila tiba-tiba semalam kazenku bertanya,
"k.tie, tahun depan cuti 4bulan kan? bulan 9 pulak baru naik sem baru?"

*terdiam jap*
ohh..ha..otakku terasa macam baru nak berfungsi semula...

"memang pernah dengar. tapi tak sure la start bile. dah start tahun depan ke?"
(obvious tak ayat cover..haha~)

mula la meminta bantuan incik google untuk mencari kepastian..
tapi incik google nampak macam tak nak bagi kerjasama pon..
ohh, alangkah sedih hati ini...

takpela, akak facebook mungkin boleh bantu..

woah, adakah ini yang dicari-cari??

ini yang atty dapat dari page

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar




::ohh, nak abis belajar cepat2. nak keje. nak ade dwet sendiri. nak kawen..hehe~::

::UiTM naik 5hb??::




UiTM naik 5hb??
tengok kat status fb abyd tadi..



tengok lisa update entry dye pulak


suke??
tak suke??
ntahla..

arituh tengok kalendar akademik, kuliah start 03/01/11..
takkan tibe-tibe tuka pulak?

takkan sebab esok cuti umum dan kami masih dalam cuti,
maka cuti kami dipostponed?
dua hari lagi tu..ye ke tak nih?
tapi..kalo tak, mane dyorang dapat brite nih?

bukak student portal...
tengok nih...




tapi mungkin yang lama
*mula berharap agar berita ini menjadi kenyataan* hehe~
tak kisah la naik 3hb ke 5hb..
yang penting 2hb tetap kena balek melaka
tike da beli...=)

::Piala Suzuki AFF: PM isytihar Jumaat cuti umum::


2010/12/30

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. - BERNAMA



tahniah pasukan MALAYSIA..=)


bestla orang yang keje, tapi yang memang sedang bercuti macam atty, takde effect pape la kot..

Wednesday, December 29, 2010

::PENGHUJUNG SEBELUM TIBA BARU::



bila sampai penghujung tahun
sibuk fikirkan azam baru

bermacam-macam

nak ini
nak itu

nak pergi sini
nak pergi sana

nak jadi macam ni
nak jadi macam tu

tapi bila masuk awal tahun...

yang kuat ingatan
simpan azam dalam kepala otak

yang kurang ingatan
selit azam dalam buku

langsung tak berusaha merealisasikan
segala azam yang menunggu dalam senarai

sedar dah masuk tengah tahun
tapi pura-pura lupa
buat-buat tidak perasan

hingga tiba penghujung tahun lagi
baru nak terkecoh-kecoh
azam belum tercapai

akhirnya, azam lama dibiar terkubur
tulis azam tahun baru lagi..




::jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini::

azam tahun baru: selesaikan segala azam yang tertangguh dulu..=)

Tuesday, December 28, 2010

:: KONTEST | GAMBAR SAYA TAK CANTIK KALAU TAK EDIT ::




join kontest lagi...
kali ini kontest dari cik hanem pulak...
mai join ramai2 before 30.01.2010
nak taw lagi detail, klik [sini]




[ini adalah gambar asal dari cameraku]

[ini pula gambar selepas di edit]

gambar yang dirakam di SEPANG GOLD COAST pada 25 DISEMBER 2010
si penjual aiskrim yang mengambil peluang menjual aiskrim ketika orang ramai bercuti
sempena HARI KRISMAS

BEST SANGAT BERCUTI DI SEPANG..=))


atty nak tag zie, syila,,lisa,ipah, n sumew yg bace...=)

::KONTEST | KENANGAN TERINDAH 2010 ::


Semasa berblogwalking, secara tak sengaja telah terjumpa fasal contest kenangan terindah 2010 ini, anjuran CIK TERATAI WANGI

Rasa macam sempat lagi nak join. Saja nak mencuba nasib. Kalau nak join jugak, klik [di sini] cepat-cepat..hehe~

Atty pilih FAMILY DAY YANEM 2010 sebagai kenangan terindah untuk tahun ini.

FAMILY DAY YANEM 2010

(YAYASAN NELAYAN MALAYSIA)

PNK SEPANG RESORT, BAGAN LALANG, SEPANG

24-26 DISEMBER 2010

Baru 2hari berlalu family day ni.

Tapi atty nak jugak abadikannya sebagai kenangan terindah tahun ini.

TEAM YANEM terdiri daripada anak-anak nelayan dari seluruh Malaysia. Sama ada yang sudah berkeluarga, bekerja, atau masih belajar, kami berkumpul bersama –sama untuk mengeratkan ukhwah sesama kami.

Biasalah bila sebut family day, macam-macam aktiviti ada..

Kat sini, atty nak focus pada salah satu sukaneka kami yang sangat mencuit hati.

::SEMAKIN JAUH, SEMAKIN SAYANG::

Agak-agak apakah aktiviti kami???

Inilah dia…=))

Baling telur aje sebenarnya..hehe~

Kami dengan pasangan masing-masing berlawan siapakah yang paling handal membaling dan menyambut telur..

Macam2 gelagat kami untuk menyelamatkan telur daripada pecah.

Pasangan alin dan adam sangat menarik perhatian…sebab dah berapa kali terlepas tak dapat sambut..

Tapi telur mereka tak pecah-pecah juga..

Telur rebuskah??

Atau mereka dah jampi telur tu??hehe~

Adat berlawan, ada menang ada kalah..

Walaupun kalah, kami sangat enjoy dan tak akn lupe kenangan terindah ini…=))

atty nak tag zie, syila,,lisa,ipah, n sumew yg bace...=)

::KONTEST | THE BEST MOMENT ::



Kali nih atty nak join contest the best moment anjuran cik adlia pulak…

nak join jugak, sila la baca detail [di sini]..da nak tutup da contest nih..cepat3…hehe~


inilah gambar yang menjadi pertaruhan pada kali ini.

siapakah K.A.M.I??

K.A.M.I adalah dak2 BBAF3C Bachelor of Business Administration (hons) (FINANCE) UiTM MALACCA CITY CAMPUS.

Nampak lecturer kami di tengah-tengah itu?

Itulah lecturer PERSONEL DEVELOPMENT kami yang sangat sporting.

Prof Madya Hajah Zaiton Mahmud

Gambar ini dirakam semasa kelas beliau.

Sesi kuliah telah bertukar kepada surprise birthday party for her..

*sebenarnya kami malas nak buat presentation pada hari tu..hehe~*

Mula-mula kenal dulu, nampak macam strict sangat.

Tapi bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta..

For the whole sem, K.A.M.I really enjoy attend the class


atty nak tag zie, syila,,lisa,ipah, n sumew yg bace...=)

Monday, December 27, 2010

::GERAK MASYARAKAT BELIA NELAYAN 2010::

PROGRAM KETIGA BERSAMA TEAM YANEM UNTUK TAHUN 2010


~SEMAKIN JAUH, SEMAKIN SAYANG~



ADAM MENUNJUKKAN SKILL YANG TAK BERAPA MENJADI


ALIN, PASANGAN ADAM YANG MENJAMPI TELUR...:p


PES TIME DAPAT CABUTAN BERTUAH...
WAOH, BERTUAH JUGE RUPENYER....heee~


TAK CUKUP KE KERANG TU SALAM???haha~



AZHAR YANG SENGAL...TAK SABAR TUNGGU JPA MASOK,KAN??lalala~



SIAPAKAH EXCITED DISINI??



K.AZZY, JUARA KAROK KITEW...=))


best sangat2 bile dapat same2 ngan TEAM YANEM...
...sukaneka,gotong-royong,karaoke,santapan diraja...
happening gile...=)


UiTM dihatiku...
YANEM juga dihatiku...








::SEPANG EMAS PANTAI::



mungkin inilah percutian terakhirku untuk tahun 2010...
=)
sepang emas pantai..
nak taw best tak??
rasakan sendiri...hehe~















Thursday, December 23, 2010

::KONTEST | EDIT PHOTO | ::




makin banyak blogwalking, makin banyak pulak jumpe kontest...
mane yang rase macam best, mesti rase nak join..hehe~
kali nih nak join kontest dari [CIK QASEH] pulak..
kontest pasal apakah??
tengok balek tajuk kt atas...=)
nak taw lebih lanjut, tanyalah [PIHAK PENGANJUR] kita...


GAMBAR MY HAPPY FAMILY DI PAGI HARI RAYA 2010...

ini adalah gambar asalnya (sebelum diedit)



selepas masok dalam adobe photoshop cs4, inilah hasilnya...=)




atty nak tag zie, syila,,lisa,ipah, n sumew yg bace...=)

Wednesday, December 22, 2010

::KONTEST | BILANGAN ORANG PALING RAMAI DALAM SATU GAMBAR |



nak join lagi satu kontest....
kontest apakah???
jeng...jeng.jenggg....



nak taw syarat2 pertandingan ini??
sile la tanya kepada [incik penganjur]



agak-agak cukup ramai tak kami di sini??
siapakah kami??
dimanakah kami??
apakah yang kami lakukan??
dimanakah pula saya??

dah puas dah selongkar folder dalam lappy
ini je gamba yang paling ramai ade agaknya
kalau ade yang lain pon,
mungkin dah terlepas pandang..

kami 29orang semuanya disini
mungkin tak seramai gambar kawan2 lain
tapi kami 1pasukan yang kuat
kami adalah SISWA-SISWI YANEM
(yayasan nelayan malaysia)

gambar ini dirakam sebagai kenangan kami semasa
PROGRAM MOTIVASI KEPIMPINAN SISWA NELAYAN
Di AIR TENANG RESORT, JANDA BAIK PAHANG
Pada 01-03 JUN 2010 yang lalu
dengan slogan
BERSAMA BERBAKTI MEMBINA MASYARAKAT DAN NEGARA
insyaAllah....
kami anak-anak nelayan akan melaksanakannya...=)

dah nampak saya dimana??
nampak??
tak nampak??
tengok betol2...
tu.....
saya terselit kt belakang di sebelah kiri..hehe~

gambar saya tak cukup ramai??
silalah tayang gambar2 anda pula....=)