Ada apa di sebalik jejari runcing tangan kanan dan kiri anda??
Mari kita perhatikan bersama-sama..
Cuba renung dalam-dalam..
KEWAJIPAN SOLAT LIMA WAKTU JANGAN DIABAIKAN
Itu jika dilihat secara keseluruhan..
Jika diteroka satu-persatu pula,
Jika diteroka satu-persatu pula,
Bermula dari jari kelingking,
Terletak di hujung, kecil dan kerdil..
Begitulah kehidupan kita,
Bermula dari kecil, membesar, dan terus membesar…
Orang dulu-dulu cakap,
“melentur buluh biarlah dari rebungnya”
KEGAGALAN MENDIDIK DI USIA INI PASTINYA MEMBERI KESAN YANG BESAR DIMASA HADAPAN
Beralih kepada jari kedua,
Jari manis diberi nama..
Begitulah usia remaja,
Semanis jari yang comel mulus ini.
Jari manis diberi nama..
Begitulah usia remaja,
Semanis jari yang comel mulus ini.
Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.
Namun, sila berjaga-jaga..
Disinilah kita diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan..HANYA IMAN DAN TAQWA MENUNJUK JALAN KEBENARAN
Berganjak ke tengah-tengah,
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya
Zaman remaja ditinggal, alam dewasa mula menjengah
Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya
Zaman remaja ditinggal, alam dewasa mula menjengah
Ketika ini, kita telah mempunyai status..
Kerjaya rancak melonjak naik,
Ekonomi makin bertambah kukuh..
Namun, kita mesti berhati-hati kerana di kala ini,
Banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda.
Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi.
KEGAGALAN MENGAWAL EMOSI LANTAS TERUS MASUK KE JERANGKAP NAFSU DAN SYAITAN.
JUSTERU ITU, AMAL IBADAT MESTI DILIPATGANDAKAN.
Perhatikan pula jari keempat,
Jari telunjuk yang setia menunjuk arah..
Jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya ALLAH SWT ketika solat..
Bila sudah di tahap ini,
Kita perlu tampil sebagai model kepada generasi baru,
Menjadi pembimbing yang sentiasa hebat berfikir dan berhujah.
Kita perlu tampil sebagai model kepada generasi baru,
Menjadi pembimbing yang sentiasa hebat berfikir dan berhujah.
Akhir sekali, renung ibu jari..
Walau besar dan pendek,
Tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.
Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara.
Buat generasi muda,
Mari kita jadikan mereka yang berpengalaman ini sebagai rujukan..
Sekiranya petunjuk mereka kita patuhi,
Mungkin kita boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggenggam semua jari
dan angkat ibu jari ke atas suatu hari nanti…
Hari ini 24 Februari 2011..
alhamdulillah, dah 21 tahun awak hidup di dunia ini..
jangan lupakan pengorbanan ayah ibu dan keluarga awak selama ini..
semoga kita sama-sama beroleh rahmat dalam mencari kejayaan dunia dan akhirat..
3 comments:
salam..~suke pakai cincin lor..(tetibe)
wslm...
sile la pkai selalu...:)
like! hehe
Post a Comment