::I THANK YOU::

Dear You,
We met for a reason, He guided me thru you,
He made me decided, To change on the 10th hour,
Though chances are that we're never going to meet again,
I THANK YOU!!

p/s: I'll nver be the same, if we ever meet again..:)

Wednesday, February 2, 2011

::kau kata | LELAKI ITU KUAT, WANITA ITU LEMAH?::



mata itu pastinya mampu melihat
telinga itu pastinya mampu mendengar
tapi sekeping hati itu
belum pasti dapat menilai...


kuatkah lelaki itu,
yang terus bergoyang kaki di kerusi apabila pulang dari pejabat,
menonton televisyen sambil ketawa berdekah-dekah.


lemahkan wanita itu,
yang tekun melaksanakan tugas sebagai kerani di pejabat,
gigih pula melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri sebaik pulang kerumah,
mengemas rumah dan memasak untuk suami dan anak-anak,
tanpa sepatah keluhan meniti di bibir.


kuatkah lelaki itu,
yang memiliki suara lebih garang berbanding wanita,
namun segan mengeluarkan suara itu untuk melaungkan azan,
malu untuk mengalunkan kalimah suci alQuran dengan kelantangan itu.


lemahkah wanita itu,
yang suka mendiamkan diri bila berlaku perselisihan faham,
diam itu, diam yang dalam maknanya,
diam itu, mampu memadam api kemarahan dihati lelaki.


kuatkah lelaki itu,
yang masih lena diulit mimpi ketika azan subuh berkumandang,
yang masih seronok menendang bola dipadang ketika masuk waktu maghrib.


lemahkah wanita itu,
yang gigih mengejutkan lelaki dari lena disubuh hari tanpa bersungut,
yang sudah siap sedia menunggu seruan mengerjakan solat sebelum azan maghrib berkumandang.


lelaki, benar kau kuat..
jika kau mampu menahan kemarahanmu.


wanita, benar kau lemah..
namun, ada lagi orang lebih lemah dari dirimu.
orang yang sebenarnya lemah adalah orang yang melihat maksiat didepan matanya tanpa ada sedikitpun di dalam hatinya untuk membenci maksiat berkenaan.



ayuh lelaki-lelaki sekalian,
buktikan kekuatanmu yang sebenar.

wahai wanita,
jangan tersilap mengakui kelemahanmu itu...